IRAN TIDAK
AKAN KALAH
AMIN
TIDAK AKAN
MENYERAH KALAH
KHALAS
Trump tak faham rakyat Iran, semakin ditekan semakin kuat – Ali Larijani
TEHRAN: Ketua Keselamatan Iran, Ali Larijani, pada Jumaat menyertai perarakan besar-besaran di Tehran bersama beberapa pegawai kanan lain, sambil menyifatkan serangan terbaru Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas ibu negara itu sebagai tindakan terdesak.
Dengan nada tegas, beliau berkata Presiden AS, Donald Trump, tidak memahami bahawa rakyat Iran ialah bangsa yang berani dan bertekad.
Katanya, semakin tekanan diberikan, semakin kuat semangat rakyat Iran.
"Serangan ini berlaku kerana ketakutan dan rasa putus asa. Pihak yang benar-benar kuat tidak akan mengebom demonstrasi. Jelas mereka telah gagal," katanya kepada pemberita ketika menyertai perarakan tahunan Hari Quds bagi menyatakan sokongan kepada Palestin.
Kehadiran Larijani adalah antara kemunculan awam paling menonjol pegawai Iran sejak serangan pada 28 Februari lalu yang mengorbankan pemimpin tertinggi negara, Ali Khamenei serta beberapa pegawai kanan lain.
Ketua Kehakiman, Gholam-Hossein Mohseni-Ejei dan Ketua Polis Negara, Ahmad-Reza Radan, turut menyertai perarakan itu.
Pada masa sama, beberapa letupan besar dilaporkan berlaku di pusat Tehran, tidak jauh dari lokasi perarakan berkenaan.
Satu letupan juga kedengaran ketika Ejei sedang ditemubual oleh televisyen negara.
"Rakyat kami tidak takut dengan pengeboman ini. Kami akan terus berjuang," katanya.
Orang ramai turut membawa gambar Ali Khamenei serta penggantinya, Mojtaba Khamenei, berarak di sekitar Tehran dalam perarakan tahunan menyokong Palestin dan membantah Israel, sambil memijak gambar Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan