Rabu, 24 April 2013

SEMUA ANAK MUDA YANG CELIK IT WAJIB BACA




PERANG GERILA SIBER

GERILA POLITIK SIBER


Ramai pembaca kurang faham atau tidak  bagitu jelas bahawa  kita – dunia yang kita diamai ini – telah memasuki apa yang dipanggil zaman pasca moden.  Zaman Pascamoden ini memberi makna bahawa kita telah melintasi Zaman Moden. Ribuan tahun dahulu umat manusia telah melintasi Zaman Batu, Zaman Besi, Zaman Gangsa  – kemudian masuk ke Zaman Moden. Kini kita beralih dari Zaman Moden ke  Zaman Pascamoden.

Apa itu pascamoden? Pasca ertinya  sesudah.  Ertinya kita sekarang sudah selesai dengan zaman moden. Kalau dulu kita moden. Kini kita semua  telah melintasi moden  dan meninggalkan moden.

Untuk memahami apa itu pascamoden kita wajib melihat apa pola-pola dan apa ciri-ciri dalam pasca moden. Contohnya: kita kenal kueh gulung melalui tepong yang  bergulung dengan  inti kelapanya yang manis. Kita kenal kueh karipap dengan bentuk, isi dan rasanya. Bagitu juga dengan pascamoden.  Untuk mengenal pascamoden kita wajib mengenal bentuk, isi dan rasanya.

Salah satu tanda moden ialah media. Dizaman batu tak ada radio, akhbar dan  tv. Kemajuan teknoloji moden melahirkan radio, talipon dan tv. Dizaman moden kita mula berhubung antara satu sama lain dengan membaca  akhbar dan buku atau mendengar radio.  Semua ini alat berhubungan moden. Dalam zaman pascamoden alat berhubung semakin canggih  mara ke hadapan.

Dalam zaman pascamoden  kita ada sistem internet. Kalau dulu hanya polis sahaja yang ada alat ‘ wireless’  untuk  berhubung jarak jauh. Kini kita semua  - setiap sosok -  boleh memiliki talipon bimbit tanpa dawai. 

Salah satu isi pascamoden ialah kemunculan imej sebagai unsur yang amat penting. Imej ini boleh berkahwin dengan  alat komunikasi yang canggih – kamera,  kamera video atau  alat  rakaman pandang dengar. Ini dibantu oleh sistem komputer dengan talian internet yang membolehkan kita mencari imej, menyimpan imej dan membuat imej. Semua imej dari  zaman berzaman  membawa tanda dan makna. Dalam zaman pascamoden imej menjadi tanda  wujudiah yang utama.

Salah satu lagi tanda penting untuk zaman pascamoden ialah berakhirnya monopoli daulah terhadap media.  Monopoli daulah  mengkontrol media  berakhir  bukan hanya di Malaysia tetapi diseluruh dunia – dimana ada internet -   maka disitu akan muncul media baru.

Untuk senang cakap: di Malaysia ini  tandanya bahawa  kita telah memasuki zaman pascamoden ialah apabila orang  ramai – rakyat Malaysia - tidak lagi ambil pot dengan RTM, Tv3, Utusan atau New Straits Time.  Media  baru yang lahir dalam zaman pascamoden tidak mungkin lagi dikongkong. Media dan imej dari media tidak hanya dibuat, dimunculkan atau dimiliki secara monopoli oleh United Malays National Organisation.

Ini bermakna - zaman pascamoden telah membebaskan kita dari dijajah oleh RTM, Tv3, Astro atau kumpulan Utusan atau kumpulan Media Prima.  United Malays National Organisation tidak lagi memiliki monopoli  dalam hal pemberitaan.  Kita tidak lagi dipaksa untuk mendengar berita dari RTM sahaja.  Zaman RTM, Tv3 atau Astro  telah berakhir.

Pascamoden memastikan parti  Ketuanan Melayu ini tidak mungkin dapat mengawal isi berita. Parti Ketuanan Melayu tidak mungkin dapat kontrol  cara orang ramai berkomunikasi.  Internet telah membunuh monopoli  maklumat   yang selama dikawal oleh United Malays National Organisation.

Kalau dulu ahli falsafah Peranchis Rene  Descartes ( 1596-1650) berkata : Aku berfikir justeru aku wujud. Hari ini  saya berkata : Aku berinternet maka aku wujud.

Saya menulis tentang pascamoden dan internet ini untuk menerangkan kepada para pembaca bahawa pertempuran politik  untuk merebut kuasa dalam PRU13 ini sedang berlaku hebat  dialam maya.  Pertempuaran  panas dan membara dalam alam maya ini ialah untuk  mencari pengaruh. Untuk mendapatkan sokongan. Semua bertujuan  untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

PRU13 ialah pertempuaran alam maya yang maha hebat. Saya ulangi sekali lagi bahawa perebutan politik ialah perebutan kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk  merebut  punca-punca  harta harta kekayaan negara.  Politik dan kuasa tidak akan lari dari punca harta kekayaan.

Parti mana yang akan memiliki kuasa – maka parti itu – akan memiliki kunci untuk menjaga dan mengawal  punca dan sumber harta kekayan dalam negara kita ini. Asas politik ialah ekonomi. Ekonomi ialah harta kekayaan. Yang selainnya – yang selalu diheboh-hebohkan –  hanyalah kempen dan propaganda mengolah persetujuan untuk mendapat sokongan  orang ramai.

United Malaya National Organisation mengolah persetujuan untuk mendapat sokongan orang ramai melalui ajenda Ketuanan Melayu. Parti Pas mengolah persetujun dengan agama Islam. DAP  mengolah persetujuan dengan hak masyarakat  China. PKR mengolah persetujuan dengan cita-cita untuk menubuhkan pentabiran baru  yang  bersih dari rasuah.  Perkasa dan BTN mengolah persetujuan dengan  menjadikan China  musuh orang Melayu.  Di belakang semua ini ialah keinginan semua parti-parti politik untuk memiliki kuasa.

Justeru, saya yakin para pembaca telah faham apa itu pascamoden. Pembaca telah tahu apa tujuan politik.  Pembaca telah sedar bahawa United Malays National Organisation tidak lagi boleh memonopoli apa yang kita baca, apa yang kita lihat dan apa yang yang kita dengar. Maka mari kita lihat bagaimana dalam pascamoden imej  sedang bertempur untuk mengolah  persetujuan orang ramai . Imej sedang dibentuk dan sedang direka untuk mengolah persetujuan.

 Askar dan tentera siber milik United Malays National Organisation telah ditubuhkan. Dari segi jumlah, dari segi kelengkapan, dari segi dana, dari segi sokongan media tradisional – askar siber parti  Ketuanan Melayu ini cukup besar. Berpuluh kali ganda  besarnya jika dibandingkan dengan pejuang siber yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi dalam perang siber  yang amat sengit ini  amat jelas kelihatan bahawa  pejuang siber yang menyokong garis kasar  politik Pakataan Rakyat lebih kuat, lebih ampoh dan lebih  berjaya.  Mereka sedang berjaya mengkemudikan garis dan arah politik terkini. Bila mereka bergendang maka United Malays National Organisation terpaksa menari. Kenapa agaknya berlaku bagini?

Perang adalah penyambungan perbincangan yang tidak dapat diselesaikan. Perang berlaku apabila berbincang gagal. Perang siber juga tidak lari dari falsafah ini.    Strateji perang siber tidak jauh bezanya dengan strateji perang anti kolonial di Vietnam, di Angola atau di Afghanistan.

Tentera Amerika – yang terkuat dalam dunia – kalah di Vietnam pada thun 1974.  Tentera Portugal  kalah di Angola pada tahun 1975. Tentera penjajah Sepanyol  dikalahkan oleh Fidel Castro dan Che Geuvera pada tahun 1959. Apakah dia rahsia kekuatan  yang berjaya mengalahkan bala tentera yang lebih besar, lebih lengkap dengan senjata dan memiliki dana yang lumayan?

Jawabnya cukup senang. Semua kuasa bala tentera kolonialis dan imperialis ini dikalahkan oleh gerila.  Hanya perang gerila sahaja yang dapat mengalahkan kuasa imperialis Amerika di Vietnam. Apa sangkut pautnya pekara ini dengan PRU13 kita?

Dalam PRU13 ini pejuang siber Pakatan Rakyat sedang  bergerak sebagai gerila. Bergerak tanpa tersusun.  Mereka adalah organisasi tanpa bentuk. Mereka adalah kesatuan tanpa bersatu.  Mereka  menyerang apabila dilihat ada peluang. Dalam straterji gerila:  Serang apabila musuh undur – undur apabila musuh menyerang. 

Gerila siber Pakatan Rakyat tidak memerlukan Pemimpin Pusat, tidak memerlukan pejabat, tidak memerlukan ‘command control’. Tidak ada sturuktur. Mereka adalah gerila siber yang  autonom. Setiap gerila adalah jeneral. Setiap gerila ada komander. Setiap gerila  adalah pribet. Setiap gerila berinisiatif sendiri. Menyerang tanpa di suruh. Berehat tanpa meminta.

Paling mustahak kekuatan gerila Vietnam yang mengalahkan kuasa imperial Amerika pada tahun 1975  ialah akidah. Gerila Vietnam berjuang dengan akidah  memerdekkan Vietnam – tanah air mereka. Gerila Vietcong  bukan makan gaji. Bukan bergerila kerana diupah.  Gerila Vietnam memiliki idealoji dan pandangan dunia untuk mewujudkan negara Vietnam yang merdeka. Manakala tentera Amerika dipaksa datang berperang. Mereka makan upah.  Justeru, idealoji dan pandangan dunia  ialah kekuatan induk yang tidak dapat dikalah oleh bala tentera Amerika.

Falsafah gerila Vietnam ini sedang diambil pakai oleh  para pejuang gerila siber Pakatan. Mereka tidak diketahui nama dan rupa. Tidak ada pejabat.   Mereka tidak dibayar gaji bulanan. Mereka menyerang dengan pegangan idealoji untuk mendirikan Malaysia yang bebas dan merdeka dari United Malays National Organistion.

Ditahap ini  ada kersatuan dan pemusatan cita-cita dan akidah. Mereka menjadi gerila siber untuk menjatuhkan United Malays National Organisation.   Dalam satu barisan yang ampoh – dalam satu barisan bersatu yang di galang – gerila ini sedang menyerang United Malays National Organisation.

Apakah yang saya lakar ini betul?  Atau saya melebong? Dalam zaman pacamoden ini kesahehan apa yang saya katakan ini hanya boleh dibuktikan dengan memahami imej dalam dunia siber yang terkini.

Imej porno terkini yang ditaja oleh United Malays National Organisation seminggu dahulu kini sedang meleset.  Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menjadikan imej ini ‘hot dan viral’. PDRM telah membantu  mewar-war imej porno ini. Ketua polis telah mengeluarkan amaran agar klip ini jangan disebar. Sebenarnya ini bertujuan untuk mengiklankan klip ini.

Suku sakat dan kaum kerabat  Kumpulan Utusan dan Media Prima juga telah tunggang terbalik cuba mempromo dan berkempen tentang klip ini. Semuanya meleset. Klip itu TIDAK viral. Dalam dunia siber, dalam perang siber jika TIDAK viral maka ertinya TIDAK ada siapa ambil pot tentang klip itu.

Saya juga wajib memberi tahu bahawa dalam zaman pasca moden jika imej itu tidak cool dan tidak counter culture atau tidak punk  besar kemungkinan imej itu akan lenyap dalam alam maya. Dizaman pascamoden klip porno bukan satu yang memeranjatkan. Dalam zaman pascamoden TIDAK ada lagi yang memeranjatkan. 

Justeru  ditahap ini  gerila siber yang autonom, organisasi tanpa bentuk sedang menjalar  dan menunggu masa untuk TERKAM United Malays National Organisation   jika parti Ketuanan Melayu ini menipu dalam pilihan raya. (TT)
  
  NOTA
tulisan ini telah
disiarkan dalam
SUARA KEADILAN terkini
sesiapa ingin melanggan
pandai pandai lah cari
jangan jadi bangang




-------

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pencerahan yang sangat bagus

Tanpa Nama berkata...

Bro..

Pencerahan yang bermutu ..bukan mutu samy ye..

Jgn ingat kita ni bodoh..senang nak ditipu..kat rumah aku ..chanel TV1, 2 3, astro semua dah masuk KUBUR..takat drama kasi leka ..pastu asik ulang cerita mr.bean je..nak muntah darah aku...
Yang Tengok tv tu anak aku je..cerita kartun...dragon ball..

lain info..internet lar...

INI KALI LAR...

DIDI KOTA BELUD berkata...

Menyerang ketika musuh tidur dan undur ketika musuh menyerang.........kalau musuh tu berancuk dan kita serang dan minta share sikit...boleh ke kita panggil dionyo gerila.......BQGI AKU BOLEH.....ITU NAMANNYA GELILAH GERILA.....hahahahaaa....mata pena mu masih sharp as usual......aku penganut mu yang pertama.

Tanpa Nama berkata...

TV3 kalo buat forum sesama UmnoBN itu layak dipanggil forum sampah syok sendiri. Hos dan ahli panel konon kedudukan kelulusan tinggi, tapi bila masa bercakap mcm bangkai. Debat lah 1 sama 1, dihos oleh bapuk2 TV3/BH cam dtk ahmad Talib, dtk Manja pun takpe...janji panggil pihak yg dikritik untuk menjawab.

Tanpa Nama berkata...

satu minit adalah tempoh yang amat singkat dalam sebuah kehidupan tetapi 'blackout' selama satu minit boleh mengubah sebuah keputusan dalam proses pengiraan undi. jika hari ini saja sudah berpuluh kali kejadian 'one minute blackout' berlaku di seluruh pekan, adakah itu cuma sebuah kegagalan pembekalan kuasa oleh pihak bertanggungjawab atau satu latihan untuk sebuah perancangan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab??waspadalah wahai umat malaya, hapuskan penipuan pilihanraya..

Tanpa Nama berkata...

PR nak bebaskan media masa perintah kelak mansuh akta yg mengawal media. Macammana dgn nasib TV3 kelak? Nampaknya kena teruskan juga boikot TV3suku lepas PR menang pasal PR tak akan laksanakan kawalan keatas media.

RTM1,2 pulak mestilah kekal jadi media kerajaan pada masa tersebut. Untuk sekian lama, kita akan layan berita TV1&2 pulak tahun ni. Kena buat penjenamaan semula RTM termasuk tukar logo yg kalu sekarang aku tengok pun rasa mcm nak termuntah.

Tanpa Nama berkata...

1. Orang yg membawa masuk alat siber ke malaysialah yang patut dipersalahkan jika BN terkubur

2. Alat siber telah menggantikan peranan BTN. Lagu anak kecik main api hanya tinggal kenangan

Khairi Mohd berkata...

gerila gerila sedang giat update blog untuk berkongsi rasa jadi gerila pascamoden walaupun blog hijau muda takde orang baca keh keh keh.

bukti Papagomo penipu

Tanpa Nama berkata...

bravo zulu bro..penjelasan yg sarat dan padat..cume sy langgan astro bro...dan anak2 sy pon x nak tgk channel msia ni..asyik2 pasal hal2 yg ngampu gomen je...pastu klu movienye lak, iklan lbh panjang dan byk dr tempoh movienye...hampeh..

Tanpa Nama berkata...

Pencerahan Terbaeeekkk!!!

Tanpa Nama berkata...

Ya ampoooon memang pecerahan terbaik.... dari jemapoh sampai ke menchester..

pdf berkata...

Berita wilayah tv1 ptg ni, dah dekat setengah jam tak abis2 cerita pasal markas bn/ bendera bn sana sini ada yg meletup, ada yg terbakar, ada yg kena curi brg.Huaaah, letih dgr org membebel pasal diri sendiri. Sbb dh bnyk sgt menipu dan biased selama ni, nak percaya pun tak selera. Tgk kat youtube berlambak lg aksi2 baju biru yg org ramai rakam candid. Baru la ketulenan tu terjamin. Puas ati!

Tanpa Nama berkata...

ngahahaha..woodoh perngahan ang melit2..macham tengelan ngulaaap, tengirit2!

Tanpa Nama berkata...

......

It has to start somewhere, it had to start sometime
What better place than here, what better time than now

All hell can't stop us now, all hell can't stop us now
All hell can't stop us now, all hell can't stop us now
All hell can't stop us now, all hell can't stop us now


Read more: RAGE AGAINST THE MACHINE - GUERRILLA RADIO LYRICS

Tanpa Nama berkata...

Penjelasan bernas laksana jelasnya sesuatu isu islamik yg diterangkan oleh Tok Guru Nik Aziz pada setiap kuliahnya. Simple dan lekat dijiwa. Kalau dipanah petir, tepat di dahi keling eee Mahataik.

Tanpa Nama berkata...


cita pasal blackout masa nak kira undi..

cadangan, petugas pr yg boleh masuk depan, bawa la torchlight/lampu apa-apa pun, selit-selit dalam beg ke jaket ke apa-apalah.

standby duduk tempat yg senang nak halakan lampu ke kotak undi

kalau blackout, pasanglah lampu tu, suluh kasi terang.jgn bagi senang sgt kita kena tipu lagi...

boleh buat ke cadangan aku ni? info, aku tak pernah masuk dewan kira undi jadi ini cadangan saja.

atau standby kamera night vision terus, yg boleh rakam. ok ke?

org pandan indah

Tanpa Nama berkata...

Wahai adik2ku bangsa malaysia..mara dan terus maju tampa rasa gentar semoga pegorbanan mu menentang sang peguasa@mahataik yang merompak khazanah bangsa selama ini tersungkur dengan semangatmu..ayuh..adik2ku bangsa malaysia

Tanpa Nama berkata...

Kuasa politik di zaman pasca moden ini mestilah di tentukan oleh rakyat jelata..biarlah kita semua rakyat jelata dari pelbagai lapisan menentukan kuasa politik mana yang harus kita pilih...kita semua rakyat jelata akan bersatu di alam siber dengan jenama ANONYMOUS dan BLOGGERS
untuk menentukan kerajaan yang kita pilih nanti akan bekerja untuk rakyat dan bukan untuk merompak dan melanun harta negara.

afya berkata...

Rakyat adalah gerila yg menyerang ubn. Kesedaran dibimbing dgn ilmu wajib ada setiap rakyat. Malaysia diamanahkan oleh Allah diurus tadbir mengikut quran dan sunnah. Bukan mengaut segala kekayaan utk menempah syurga dunia.

Tanpa Nama berkata...

Peranggg...peranggg!!!!

Tanpa Nama berkata...

Merebut kuasa bertujuan untuk  merebut  punca-punca  harta harta kekayaan negara.  Politik dan kuasa tidak akan lari dari punca harta kekayaan.

Sy setuju dgn kenyataan ini ttp utk mgkaitkn dgn prjuangan PAS amatlh myedihkn pd yg brfikiran begitu.
Nasihat sy pd yg brfikiran begitu, dekatilah markas2 PAS dan cubaiah mgikuti jemaah2 PAS dlm aktiviti & usrah yg mereka jalankan selama mana mungkin. Kemudian nilaikanlah apakah perjuangan PAS berdasarkan kenyataan diatas?

Prjuangan Islam telah lama diberi pandangan yg negatif oleh musuh2 Islam. Hanya kerana dua tiga kerat yg didakwa mjual agama maka seluruh umat Islam hendak dilabelkan begitu. Bersangka baiklah kerana itu yg diajarkan oleh junjungan Nabi S.A.W.

Hanya Allah jualah yg boleh mberikan kemenangan bukannya orang. Wallahuaqlam.

Tanpa Nama berkata...

Tt percaya ujud zaman batu?haha..jgn pecaya pada buku mat salleh.semua utk bodohkan manusia dari mengenal asal usul kejadian..