Rabu, 24 April 2013

LAGI BUKTI RASUAH OLEH GEROMBOLAN



CALON BN PASIR SALAK, TAJUDDIN RAHMAN DIBERI KONSESI RM1.3 BILION

Najib  Razak berjanji bahawa calon-calon Barisan Nasional dalam PRU13 ini benar-benar ditapis agar mereka mempunyai rekod cemerlang yang bebas dari rasuah, atau anugerah projek yang diragukan.

Pemilihan calon BN terus menjadi kontroversi sehingga menyebabkan ramai pimpinan Umno/Barisan Nasional sendiri tidak puas hati dan mengambil tindakan keluar parti. Terbaru, Kamillia Ibrahim menyertai seramai 61 orang anggota Umno yang telah dipecat kerana bertanding bebas. Di kerusi Parlimen Pandan pun, lawan saya (Sdr Gary Lim) masih bergelumang untuk membersihkan namanya yang dituduh melanggar etika dan peraturan guaman sehingga bekas majikannya sendiri membuat satu laporan polis terhadap beliau.

Seperti yang dijanjikan, KEADILAN terus meneliti calon-calon BN untuk meneliti sendiri kredibiliti mereka seperti yang diwar-warkan oleh Najib  Razak.

Salah seorang yang diteliti adalah Tajuddin Rahman, calon BN bagi Parlimen Pasir Salak yang didapati menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, walaupun syarikat miliknya (Detik Utuh Sdn Bhd) bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan mempunyai rekod prestasi yang baik.

Merujuk kepada pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia (rujuk Lampiran A), rakan kongsi yang juga merupakan syarikat pembinaan sebenar dalam projek ini iaitu Crest Builder Holdings Berhad mengumumkan bahawa projek itu dimiliki secara bersama oleh Crest Builder Holdings Berhad (51%) dan Detik Utuh Sdn Bhd (49%) melalui syarikat pegangan khas bernama UniTapah Sdn Bhd.

Kos pembinaan UiTM Tapah hanyalah RM285 juta tetapi Unitapah diberikan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyenggara kemudahan universiti itu pada jumlah RM1.3 bilion sepanjang tempoh itu.

Kadar bayaran kepada Unitapah oleh Kerajaan Malaysia adalah seperti berikut:

·         Bayaran tetap penyediaan bangunan – RM4.50 setiap kaki persegi setiap bulan
·         Bayaran penyenggaraan bulanan – RM1.146 setiap kaki persegi setiap bulan

Jumlah keluasan kaki persegi keseluruhan UiTM Tapah yang diberikan melalui konsesi ini adalah seluas 837,872 kaki persegi.

Ini bermakna, setiap bulan Kerajaan Persekutuan terpaksa membayar sewa dan yuran penyenggaraan sebanyak RM56.77 juta. Jumlah keseluruhan sepanjang tempoh konsesi adalah RM1.3 bilion, iaitu 5 kali ganda berbanding dengan kos pembinaan yang hanyalah RM285 juta.

Detik Utuh Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Ali Baba yang hanya mendapat keuntungan atas angin dengan menggunakan Crest Builder Holdings Berhad untuk mengusahakan sepenuhnya pembinaan dan penyenggaraan UiTM Tapah. Pada masa yang sama, kosnya melambung sehingga 5 kali ganda akibat pemberian konsesi yang menguntungkan Tajuddin Rahman.

Maklumat ini adalah maklumat yang diperolehi dari Perjanjian Konsesi yang ditunjukkan kepada saya.

Sebagai calon boleh menang yang sepatutnya bersih dari tuduhan kronisme, rasuah dan mengaut untung atas angin hasil dari kontrak kerajaan, Tajuddin Rahman perlulah membersihkan namanya dan menjelaskan perkara-perkara berikut:

1.      Apa kelayakan dan rekod pembinaan Detik Utuh Sdn Bhd miliknya?
2.      Kenapa projek ini tidak diberika terus kepada sebuah syarikat pembinaan yang layak tanpa perlu ada usahasama dengan syarikat ahli politik Umno yang tidak membawa apa-apa kepakaran?
3.      Berapa dari jumlah RM1.3 bilion itu yang akan disumbangkan kepada penduduk Pasir Salak?

Perjanjian konsesi ini adalah salah satu dari perjanjian konsesi yang akan disemak semula sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU13.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi


---------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Detik Butuh opppppss sori Detik Utuh

Tanpa Nama berkata...

Baruah Tajuddin ni - kalua nak tahu, tahun 90an kaut berjudi! tak malu nak tujuk muka kat Genting main kat meja Roullete/BlackJack >>> tak heran kalah beribu2 satu hari aje (CCTV kat Genting semua ada pi tengok lah)- baham duit rasuah buat kerja ni lah - sekarang pulak dapat berbillioun - tak tahu lah mungkin naik kapal terbang private Menteri Besat Melaka pi judi kat Macau/Sydney lah tu.........tapi buat alim konon nak jaga maruah bangsa?!sandiwara orang UMNO depan mata aje.....Tuiii punya banjigan jalanan! INI Kali lah - lepas tu kita tengok!

DIDI KOTA BELUD berkata...

Jangan memain dengan rafizi...dio belajar dari tt tur cara menyerang macam turrrrr........hehehehhee...hai boh....kembang hidung ko.....hhhahhhahahah

Tanpa Nama berkata...

duit banyak tuh klu bagi kat budak unibersiti, tak payah nak pinjam ptptn/ ptptipu

Tanpa Nama berkata...

Kalau upah pengundi hantu indon atau bangla dalam 50 orang, tak abis pun 50 ribu hinggit sebulan! Setahun tak sampai 1 juta hinggit. 25 tahun tak sampai 25 juta hinggit!!

Bodo punya ketua!! Kerja cuma nak merembat duit kejaan aje! Patut la bakal PM Anwar kompiden boleh bagi pendidikan percuma!!