Isnin, 18 November 2013

TANGKAP EJEN CIA ITU




KOMENTAR TUKAR TIUB
siapa ajen cia itu?
kenapa duduk di pejabat peguam negara?
apa yang di cari oleh ajen cia ini?

kenapa semua senyap 

Ejen CIA: SAMM buat laporan polis
KUALA TERENGGANU – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Terengganu membuat satu laporan polis berhubung dakwaan berkaitan wujudnya tuduhan bahawa peguam negara mempunyai kaitan dengan ejen CIA.

Penyelarasnya, Ahmad Rafzi Ramli berkata, laporan yang dibuat serentak dengan SAMM di seluruh negeri itu turut menggesa supaya siasatan dilakukan serta mengambil serius terhadap perkara yang membabitkan soal keselamatan negara.

“Kita menggesa pihak polis memulakan siasatan dan mengambil tindakan serius ke atas wujudnya tuduhan bahawa peguam negara terkait dengan ejen CIA.

“Sebelum ini dakwaan berhubung wujud satu akaun bersumpah menggambarkan penglibatan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dalam membuat tuduhan bahawa peguam negara, Abdul Gani Patail terlibat dengan ejen perisikan asing (CIA).

“Ini merupakan satu perkara yang serius kerana di bawah peguam negara dimaksudkan banyak penyelewengan telah berlaku yang merugikan negara dan ini mungkin berlaku kerana dia terlibat selaku ejen negara asing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis pada jam 3 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Sebelum ini, Mahathir mendedahkan terdapat ejen CIA bekerja di pejabat peguam negara dan laporan tersebut disiarkan The Malaysian Insider pada 6 November lalu bahawa Mahathir menimbulkan isu dua pegawai CIA itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam masa sama, Ahmad Rafzi menggesa pihak berkuasa menahan dan menyiasat peguam negara berdasarkan dakwaan yang telah dibuat sebelum ini, di samping turut menyiasat Mahathir jika peguam negara tersebut tidak terlibat.

“Kenyataan Tun yang dibuat mengenai perkara itu boleh mengganggu-gugat keamanan dalam negara,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan membuat laporan berhubung perkara sama yang akan diadakan secara besar-besaran di Balai Polis Dang Wangi sekiranya pihak berkuasa menganggap perkara itu sebagai kes terpencil.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...KENAPA SEMUA SENYAP....kah kah kah...

kah kah kah... SENYAP KERANA TAKUT?.... kah kah kah..

kah kah kah....SIAPA BERI KEBENARAN CIA  INI?.... kah kah kah

------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ko dah buat repot? Ada tangkapan? Kalu ada, aku sunat lagi sekali!

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah ..Polis ada berani kah mau siasat..Awal sudah tolak kat Anti commission agency..Comission ni lagi kecut..kata takda unsur rasuah..

Masna anjing berani gigit tuanya..