Jumaat, 11 Julai 2014

SELAMAT BERBUKA






JUMAAT
sabtu dan ahad
cukup dua minggu puasa
hari berjalan cepat

hari ini cuaca aman damai
sejuk
petang lepas jam satu
alam pecah 
hujan turun


TERBACA
gaza di serang
heboh heboh
gaza di serang oleh zionis israel
kalau buat heboh bagus juga

tapi 
kampong berembang
kampong chui badak'
kampong railway
kampong annda dalam
kampong kerinchi

di roboh
diambil oleh zionis tempatan
tak heboh pulak

apa bezanya
tanah palestin di rampas zionis
dengan tanah chu badak di rampas zionis ytl
tak ada beza


ZIONIS ADA TIGA BENTUK

pertama
 zionis israel 
berbangsa yahudi

kedua 
zionis antarabangsa
ini pelbagai bangsar
duduk dipelbagai negara

ketiga
zionis tempatan
duduk bersama kita
mereka menyamar sebagai manusia
sebenarnya inilah zionis tempatan
kadang kala lebih ganas
dari
zionis israel
KELMARIN
pulang dari buat lawak
berhenti di jalan thambpillai
beli dua kepeping roti canai untuk sahur

tapi
diwaktu sahur
hanya makan satu
masih ada satu keping lagi
telah keras tapi boleh dipanaskan

TAHUN INI
masih belum pasti
akan beraya dimana
mungkin tak pulang ke kampong
mungkin berhari raya 
bersama mat bangla
bersama mat indon

dua puluh tahun dahulu
ketika aku berkelana
aku beraya  banyak tempat
tapi biasanya
sendirian
musafir yang berkelana
mencari makna hidup

kali ini
aku juga akan berkelana sekali lagi
meneruskan perjalanan 
mencari makna hidup


BAZAR RAMADAN
aku belum pun
masuk mana  mana
belum melihat mana mana
bazar ramadan

bagaimana agaknya 
tahun ini?

SELAMAT BERBUKA


ta





-----

4 ulasan:

Awanama berkata...

Ko dah tua bangka belum dpt cari makna hidup..kesian ko tt.

Awanama berkata...

Tak payah pegi bazaar ramadan. Salah beli sakit perut.

Awanama berkata...

Temu hulu hilir menyusur
Adat hidup temukan mati
Jangan tuan duk nengung sugul (terus masygul)
Adat wira haruh tehe uji (harus tahan uji)...
..melawan arus demi kebenaran mmg camni la bro,biar mati melawan dr mati poyo mcm bangkai2 kat pwtc,pengecut tegar sekalipun keris d tangan!! Kahkahkah

Awanama berkata...

mencari makna hidup.. hu..hu..
hidup takdak makna kalau membelakangkan Al quran.....
duduk di banglo tak bermasyarakat....
duduk dalam hutan bekawan dengan monyet lutung n kongkang...
cerita saudara islam dizalimi langsung tak peduli...
cerita menteri dan orang besar tipu dan songlap khazanah negara pun tak tahu...
maka ketika itu jadilah kau sebagai sampah dan bangkai...tak ada nilai hidup