Selasa, 8 Mac 2016

HARI WANITA SEDUNIA





Hari Wanita Sedunia 2016 
“Kesepakatan Ikrar Demi Kesaksamaan” #Pledge for Parity

Bunga indah, bunga berseri
Menjadi idaman sepanjang zaman
Budaya, agama mesti dipatuhi
Melaksana keadilan dan kesaksamaan
 
            Sudah tentu kita semua mempunyai impian untuk mengecapi kebaikan dan kesejahteraan dalam kehidupan, hubungan sesama manusia dan sebagai sebuah masyarakat yang mempercayai kewujudan alam akhirat, untuk mencapai kesejahteraan di alam baqa’.   Tuntutan melaksanakan keadilan dan kesaksamaan berkait rapat dengan hasrat dan impian tersebut.   Terutamanya terhadap para pemimpin yang telah menerima amanah untuk memimpin, membimbing dan melindungi rakyat.
            Bilangan wanita berjumlah kira-kira 50% daripada penduduk dunia dan juga di Malaysia.   Wanita terkesan oleh banyak isu-isu yang melanda masyarakat. Suara wanita perlu diketengahkan dalam sidang-sidang dan seluruh proses pembuatan keputusan agar keputusan yang sempurna, adil dan saksama diperolehi dan diimplementasikan.   Dalam hampir semua hal, wanitalah yang paling layak untuk menjelaskan masalah dan keperluan wanita.   Antara solusi yang paling efektif memastikan kepentingan wanita itu terjamin ialah dengan meletakkan lebih ramai wanita sebagai pemimpin dalam arena pembuatan keputusan di peringkat legislatif dan eksekutif serta kedudukan yang kritikal dalam pentadbiran awam dan swasta.
            Adalah menjadi suatu kesilapan dan kerugian yang besar apabila sumber-sumber yang ada dalam 50% penduduk itu dinafikan.   Wanita Malaysia tidak pernah ketandusan wanita yang berdaya dalam soal kepimpinan, khususnya dalam bidang sosio-ekonomi dan politik.   Pelaksanaan minimum 30% kepimpinan di Parlimen (Ahli Parlimen), Dewan Negeri (ADUN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (Ahli Majlis) masih jauh dari menjadi kenyataan walaupun sudah melebihi tiga dekad ia dijanjikan.   Usaha-usaha proaktif masih lemah dan dilihat sambil lewa dan berbentuk slogan-slogan yang tidak diikuti oleh suatu tindakan yang jujur, kemas, inklusif dan melibatkan semua pihak.   Wanita Malaysia sewajarnya nanti hanya memilih calon-calon yang terbukti komitmennya terhadap agenda memenuhi minimum 30% kepimpinan wanita ini.   Bakal-bakal pemimpin wajar memastikan bahawa agenda pemberdayaan wanita yang memenuhi keperluan sasaran wanita – wanita suri rumah, wanita muda, wanita berkerja dan di sektor informal, ibu tunggal, remaja perempuan, wanita OKU, wanita warga emt
as, wanita ladang dan desa, wanita profesional dan intelektual, wanita industri, wanita migran – diimplementasikan dengan sempurna tanpa lengah atau dilembabkan oleh kecuaian dan percaturan politik.  
            Dalam berbagai isu perundangan, hak dan keselamatan, wanita masih belum terbela sepenuhnya dan masih dibebani dengan birokrasi sistem, kejahilan tentang hak wanita dan para pegawai yang tidak peka gender.   Ramai ibu tunggal yang masih tidak mampu memiliki kediaman yang sesuai untuk diri dan anak-anak mereka.   Permasalahan wanita adalah permasalahan masyarakat dan negara.   Selesai masalah wanita, hampir selesailah separuh daripada semua masalah umat manusia dan rakyat Malaysia.

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia 2016:
Kesepakatan Ikrar Demi Kesaksamaan (Peldge for Parity)


Rodziah Ismail
ADUN Batu Tiga, Selangor
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakya




--------------

3 ulasan:

Unknown berkata...

Azalina masuk kategori wanita ke dok?

Tanpa Nama berkata...

Apa kebende nih ?????????????

BON BON BUKAN WANITA lah..............

BON BON MAGIK tu hantu lah.

Ada HANTU ???????


Chabut....... Chabut........ Chabut.........

Tanpa Nama berkata...

Ini silap wanita sendiri.. tambah2 yg graduate UITM.. maaf cakap la..

Mmg layak wanita dihina, mmg layak wanita tidak diberi peluang kerana hanya segelintir saja yg tahu menuntut hak. Lain2 mcm graduate UITM..x reti berpikir. Bila org tolong.. dikatakan berpolitik.

Perempuan mmg x boleh ditolong.. lagi ditolong.. lagi bebal berlapis2 mcm graduate UITM. Terlalu membuang masa menolong wanita...