Rabu, 21 Mac 2018

SABAH UNTUK SABAHAN








SALUT

SABAH

MASA TEPAT

MENUNTUT

IALAH KETIKA

NAJIB LEMAH

Rakyat Sabah tunggu Najib tunai janji mengenai hak negeri


RAKYAT Sabah sentiasa ingat janji Najib yang akan memulakan lawatan selama dua hari ke negeri itu, untuk mengembalikan hak mereka.

Lawatan tersebut barangkali boleh menjadi lawatan terakhir Najib ke Sabah sebegai Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka akan diadakan sebelum Jun, walaupun mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berkahir pada Ogos.

Bagaimanapun, para pemimpin pembangkang Sabah percaya Najib akan membiarkan negeri itu terus menunggu sebarang perkembangan mengenai pemulangan hak-hak istimewanya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Bagi mereka, janji Najib itu hanyalah helah pilihan raya dan bagi mereka tiada sebab bagi Najib menangguhkannya.

"Najib sudah banyak kali datang sini dan apa yang perlu beliau lakukan hanyalah kembalikan hak kami. Apa yang perlu ditangguhkan lagi? Semuanya sudah dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Lajim Ukin.

Isu pengembalian hak Sabah di bawah MA63 sering diutarakan oleh kedua-dua belah parti politik di negeri itu, dan isu yang paling hangat diperkatakan ialah hak pendapatan negeri sebanyak 40%.

Sebuah kumpulan yang ditubuhkan kerajaan negeri untuk membincangkan mengenai hak Sabah, iaitu MySabah mendapati kerajaan Persekutuan telah menghentikan pembayaran sejak 1974.

Hak pendapatan inilah yang menjadi sebab mengapa pemimpin Sabah bersetuju membentuk Persekutuan Malaysia pada 1963 bersama Sarawak, Malaya dan Singapura, yang kemudian berpecah dua tahun kemudian.

Dari masa ke semasa, pemimpin politik Sabah berkata lama-kelamaan negeri itu dilihat menyerahkan kuasa ekskutifnya kepada kerajaan Persekutuan dalam banyak bidang - dari sumber minyak, hinggalah pendidikan, janaan kuasa dan hak lain.

Presiden Parti Sabah Solidariti Tanah Airku (Sabah Star), Dr Jeffrey Kitingan berkata ini menyebabkan Sabah kurang membangun dan mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.

Menurut beliau, walaupun Sabah menyumbang sejumlah besar kepada tabungan Persekutuan dari sumber semulajadinya, namun begitu sedikit dana yang dikembalikan semula. – 20 Mac, 2018.




TERBAIK

INI JUGA

 TAKTIK

CHINA MERAH

PAU NAJIB

BILA NAJIB

AMAT LEMAH

BANYAK UTANG

CHINA MERAH

JADI ALONG

DATANG BERI 

NAJIB PINJAM

DUIT 

CAGARAN IALAH

BUMI MELAYU

RAKYAT SABAH

WAJIB SEDAR

CHINA MERAH

NAK TANAH

DI SABAH

UNTUK DIRIKAN

PENGKALAN ASKAR

--------------------

Tiada ulasan: