Rabu, 21 November 2018

TERUS DILARANG





TERUS DILARANG



UKM sekat program wacana Hishamuddin Rais


UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) malam ini membatalkan majlis diskusi politik semasa anjuran aktivis pelajarnya malam ini atas dakwaan penganjur tidak memohon kebenaran pihak pentadbir.

Program yang diberi nama Sekolah Malam itu menampilkan aktivis politik Hishamuddin Rais dan dijadual membincangkan tajuk “Reformasi Struktural: Mahathir vs Anwar lagi?”.

Hishamuddin yang tiba di Sudut Pidato di Bangunan Pusanika dihalang oleh anggota keselamatan daripada menyampaikan syarahannya pada pukul 8.30 malam. 

Jurucakap penganjur, Mohamad Azan Safar mengaku tidak meminta kebenaran secara rasmi daripada pihak pentadbir tetapi program sama sudah berlangsung dua kali tahun ini tanpa ada sebarang masalah.

“Kami memang tidak maklum secara rasmi, kita anggap ia tidak lebih daripada diskusi wacana ilmu. 

“Tapi sosok seperti Hishamuddin Rais jadi satu igauan dasyat,” katanya kepada The Malaysian Insight, di UKM, selepas program itu dibatalkan.

Penganjur mengakui tidak memohon kebenaran dari pentadbiran universiti, namun program sedemikian telah dua kali diadakan di universiti tanpa apa-apa permohonan dan ia berlangsung tanpa wujud masalah. 

Bagi Hishamuddin, beliau kecewa kerana dalam era Malaysia Baharu ini masih ada insiden-insiden menghalang wacana ilmiah dijalankan. 

Hishamuddin berasa kecewa dengan kejadian itu kerana perkara sedemikian tidak sepatutnya terjadi di era Malaysia Baharu di bawah kerajaan Pakatan Harapan. 

“Dalam Malaysia Baharu masih ada lagi sekatan dan penindasan terhadap diri saya, juga masih terdapat halangan-halangan untuk saya membawa pencerahan perdebatan dan pertukaran fikrah,” katanya.

“Saya dengan ini meminta Menteri Pendidikan mengkaji dasar-dasar lapok yang masih digunakan khususnya seperti yang dihadapi oleh saya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memuji keberanian aktivis-aktivis mahasiswa itu untuk menganjurkan wacana tersebut.

“Saya mengangkat topi kepada mereka ini yang berani menjalankan program perbincangan secara ilmiah dan intelektual,” ujarnya.

Beberapa pegawai keselamatan yang enggan dikenali menjelaskan, arahan itu memang daripada pihak pentadbir atas alasan tidak mempunyai surat kebenaran.

Mahasiswa UKM mendapat tabik hormat aktivis Hishamuddin Rais kerana berani mengadakan program wacana ilmiah dan intelektual di dalam universiti itu.
.
Susulan insiden itu, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik meminta pihak UKM memudahkan penganjuran dialog akademik.

“Saya mohon semua pemimpin atasan UKM, permudah usaha mahasiswa anjur dialog dan diskusi. Harus selaras dengan Malaysia Baharu yang pro-wacana bukannya menjadi penghalang,” kata beliau.

Sebelum ini, Maszlee pernah mengumumkan, Kabinet bersetuju untuk meminda Seksyen 15 dan 16 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Pemansuhan akta yang dilihat menindas kebebasan intelektual merupakan satu janji manifesto kerajaan Pakatan Harapan sewaktu Pilihanraya Umum 14. – 20 November, 2018.



-----------------

2 ulasan:

Hudbenseman berkata...

Tepat sekali tindakan ukm tu. Aku dulu kira kau ni aku dh anggap cam the only one yg boleh diharap kt malaysia ni. Tp sejak tertubuh kerajaan baru, kau dah jadi kera pulak. Tgok blog kau ni. Penuh cerita kote jubur tetek dan puki je sekarang ni. Dkt ngara mana yang orang yg dok update menda2 ni diangkat dalam majlis ilmu?

azam berkata...

Eloklah TT kena gam.
Dah mula bertuan.
Cakap berpusing-pusing.
Dulu cakap jubo saiful fitnah.
Sekarang baru nak spin kononnya tok sheikh main jubo.
TT ni dah jilat jubo atuk kutty.