Rabu, 27 November 2019

MELAWAN GEMOK





MELAWAN GEMOK

Minggu lalu saya telah menulis tentang gemok dan gedebab. Tulisan saya itu berlatar belakangkan kematian wakil rakyat  Dr. Farid Rafik. YB Tanjung Piai merangkap  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.  Dr Farid  - pakar bius - meninggal dunia pada umur yang masih muda. Al-Fatihah.  

Berlatar belakangkan kematian Timbalan Menteri ini saya menulis  untuk  menyentoh   sikap para YB  Pakatan Harapan yang gemok-gemok. Terlalu ramai YB GEMOK dalam parlimen Malaysia – dari Pakatan dan dari Barisan.  Pada hemat saya para YB tidak sedar bahawa rakyat telah dan sednag  melabor  terhadap sosok tubuh badan mereka. Pelaburan ini bukan saham  dalam bentuk wang ringgit atau  intan berlian. Rakyat membuat  pelaburan harapan.

Kerana pelaburan ini tidak dapat dilihat turun naik di Papan Pertama atau Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur maka para YB kita kurang sedar. Maka muncul Hishamuddin Rais dengan nada kasar mengingatkan  para YB dan juga mereka  yang memasang jala untuk  jadi YB   agar jangan  gemok. Rakyat sedang melabur.

Hakikatnya - satu undi  untuk Mat Sabu atau untuk Saifuddin Abdullah adalah satu harapan. Perlaburan ini berharap  agar  Mat Sabu atau Saifuddin akan hidup panjang untuk terus menjadi pemimpin negara.  Harapan orang ramai satelah memilih dan mengundi mereka ialah para YB akan mengkotakan apa yang mereka janjikan. Mereka terus sehat lincah dan bugar dalam parlimen bukan terlantar dalam hospital.  

Pelaburan harapan inilah yang gagal dilihat dan dirasai oleh para YB. Justeru mereka  terus melantak hingga gedebab. 

Kenapa saya menghebohkan pekara gemok gedebab ini hanya untuk para YB? Ramai lagi sosok gedebab  dalam negara kita ini. Apakah gedebab mereka dianggap ok. Boleh diterima? Sabar dulu biar saya  beri pencerahan.

Gemok dan gedebab para YB agak berlainan. Jika Pak Dip  Gemok pemilik warung di Kepala  Batas meninggal  dunia yang bersedih hanya anak isteri dan  sanak saudara yang berdekatan. Tetapi apabila YB  yang meninggal dunia akan berlaku kelam kabut politik. Pilihan raya kecil wajib dijalankan. SPR memerlukan dana kerajaan. Parti politik akan mencurah tenaga bersama kepala Agong.  Bukan itu sahaja PRK akan menjerut pekara yang lain saperti yang telah berlaku di Tanjung Piai baru baru ini.

Gemok dan gedebab bermakna  berat badan melebihi ketinggian sosok. Cara mentakrif gemok gedebab  ialah melalaui BMI ( Body Mass Index ) atau   UIB ( Ukuran Indek Badan ). UIB ini dilakukan secara saitnifik . Pendekatan ini diwujudkan oleh pakar bomoh dan tabib dari  WHO ( World Health Organisation). Justeru kita tidak perlu bertengkar atau bertelagah dalam hal ini. Kita terima  pendekatan Badan Kesehatan  Dunia (WHO) ini sebagai pegangan hidup. Amin.

Dengan hati terbuka saya berani berkata  bahawa  anak semua bangsa tidak memerlukan UIB atau BMI. Sekali pandang pasti kita boleh nampak si Mamat itu gemok  atau si Minah itu gedebab atau langsing.  Apatah lagi jika Sang Gemok berdiri dihadapan kita. Pasti pandangan kita terlinding oleh daging badan yang berlebihan.  Mata menjadi dacing  pengukur yang paling jujur.

Terimalah hakikat bahawa dalam negara ASEAN – Malaysia adalah negara TERGEMOK. Maknanya di Malaysia ramai warganya gemok dan gedebab berbanding dengan negara ASEAN yang lain. Kenapa ini berlaku.

Pada hemat saya telah sampai masanya Malaysia  melancarkan  kempen nasional melawan gemok. Saya hairan kenapa menteri kesehatan yang bersedia untuk mendenda 10 ribu ringgit terhadap perokok tidak berani melakukan  apa apa terhadap warga yang gemok. Malah kita tidak  terbaca apa-apa dasar baru terhadap gemok dan gedebab. 

Apakah sikap Menteri Kesehatan  muncul kerana ramai YB yang gemok terdiri dan rakan dan kawan Menteri sendiri. Maka Sang Menteri langsung tidak berani bersuara menyatakan  betapa bahayanya gemok. 

Hakikatnya antara perokok dan gemok dari kajian kesehatan gemok lebih banyak membawa mudarat. Penyakit lebih cepat datang kepada sosok  gemok dan gedebab.

Laporan  kesehatan membuktikan bahawa badan gemok akan menjemput masaalah. Tidur berdengkur.   Badan gedebab mengganggu pernafasan.  Badan gemok juga menjemput cholestoral dan memanggil  lemak datang berkumpul disaluran darah.  Badan gemok akan menjemput darah tinggi. Akhirnya datang kencing manis.

“ Kencing manis ini macam stesen Astro…’ kata-kata dari seorang Abang Pemandu Grab yang yang tumpangi awal tahun ini. Saya pelik dan tidak faham apa hubungan  Astro dengan kencing manis. 

‘ Macam mana pulak  Astro dengan kencing manis…’  Saya bertanya meminta penjelasan.

‘ Kalau ada kencing manis… macam kita ada Astro… bila ada Astro … banyak saluran tv masuk… darah tinggi masuk, gaut masuk, buah pinggnng mula  sakit… lutut mula lemah …semua saluran sampai…badan bertambah gemok….’ Saya  ketawa terbahak bahak bila memahami metapora yang bijak ini.

Pasti ada yang akan menuduh saya ini kurang sopan. Tidak beradab kerana daripada pandangan para Agamawan Pondok gemok itu pemberian tuhan.  Pernah tiga tahun dahulu saya diserang oleh kaum feminis. Serangan ini timbul   kerana saya selalu membuat lawak  berdiri tentang  berat badan  melalui watak Rosmah Mansor. Saya dituduh ‘ sexist’ . 

Saya menjawab  - saya bukan sexist tapi saya ‘ sizeist’.  Saya bukan benci perempuan . Saya benci gemok. Saya  akan menjadi kelam kabut bila melihat orang  gemok. Saya menjadi risau . Saya menjadi gelabah.  

Kita ada terbaca tentang orang phobia apabila melihat cacing. Ada  yang takut pada ruang sempit.  Ada phobia melihat lubang.  Ada yang takut melihat jarum. Malah Najib dan sepupunya Hishamuddin dihinggapai oleh xanthophobia  - penyakit  takut  melihat warna kuning. 

Saya akui saya dihinggapi oleh gemokphobia.  Saya sedar  gemok phobia – ini  belum lagi diiktiaf oleh WHO sebagai penyakit. Tapi inilah phobia  yang saya hadapi sekarang. Malah saya juga sedang memerangi diri saya sendiri kerana kilo saya semakin naik. Saya amat-amat takut dengan stesen Astro.

Justeru apa yang wajib dilakukan? Jawapan kepada soalan  telah lama terpampang dihadapan kita semua. Hanya kita kurang sedar.

Kita semua tahu jika  sesiapa mahu menjadi    anggota PDRM atau menjadi soldadu dalam angkatan tentera mereka  wajib memiliki ketinggian sekian sekian. Berat badan sekian sekian. Ukuran dada kita sekian sekian. Jika kurang atau melebih maka kita akan gagal. 

Ertinya sosok gemok gedebab dan pendek tidak  akan diterima untuk menjadi anggota polis atau askar.  Ini cara yang tepat. Polis dan askar wajib dilihat tampak , segak,  kacak dan bergaya. Khalas.

Malah saya juga  difahamkan bukan hanya PDRM atau tentera yang mengadakan syarat sademikain.  Syarikat penerbangan juga memastikan pramaguri dan pramagura memiliki tinggi  dan berat badan yang ditetapkan.  

Mustahil akan  muncul seorang pramaguri gedebab ke hulu ke hilir dalam kapal terbang  sambil bertanya  ‘… tea  atau kopi…’ Kapal terbang akan berat sebelah jika ada pramaguri yang gededab. Malah saya difahamkan orang gemok diwajibkan membeli 3 tiket sekali  harung untuk satu penerbangan. Ini kerana tempat duduk dalam kapal terbang bukan untuk gedebab.

Pada hemat saya sebelum kita bertemu dengan pramaguri yang langsing dan cun atau pramagura  yang kacak dan jambu  – kita wajib memiliki kesedaran bahawa gemok adalah musuh negara. Gemok membawa penyakit.  Terbukti Malaysia  negara tergemok dalam Asean. Ini bermakna  belanjawan kesehatan negara  akan melonjak.  Pesakit akan berduyun duyun memerlukan rawatan. Ini membebankan negara.

Justeru ibu bapa wajib kita sedarkan dahulu.  Melawan gemok ini wajib bermula dari rumah. Menteri Kesehatan wajib berani menyatakan dengan jelas dan terang  kepada ibu bapa bahawa makanan segera  saperi McDonald dan  Ketucky ada pembawa gemok. Makanan segera bermudarat tanpa khasiat. Jika perlu larangan  saperti rokok maka kita luluskan undang-undang. Gula dan gua-gula wajib diserang dan diperangi  habis-habisan.  Minuman berkabonate  saperti Coca Cola wajib  dilawan. 

Ibu dan ayah  wajib diberitahu dan disedarkan  tentang mudarat makanan segera.  Disekolah bukan sahaja budi bahasa wajib diajar. Bahaya makanan segera juga wajib masuk ke dalam mata pelajaran. Kenapa ada mata pelajaran latihan jasmani. Kenapa anak murid diajar bersenam untuk sehat? Tapai tidak diajar musuh kepada sehat.
Anak murid juga diajar  dari  awal tentang bahaya rokok terhadap kesehatan. Musuh  negara bukan hanya rokok. Anak anak  sekolah juga wajib disedarkan dan diberitahu  tentang McDonald dan Coke yang juga  musuh negara. 

Jika kaum pemodal antarabangsa melawan kembali maka kita  lakukan kempen sedunia melawan makan segera, Jepun, Sepanyol,  Itali dan Belgium telah wujud NGO yang  melancarkan serangan terhadap makanan segera.  Malaysia wajib menjadi pemula di ASEAN kerana kita tergemok.

Dari kajian kesehatan badan   WHO  telah terbukti bahawa makan  segara adalah pembawa gemok. Gemok pembawa penyakit. Penyakit  pembawa hospital. Hospital pembawa belanjawan kerajaan. Syarikat makanan segera hanya meraih untung. Bil dan kos hospital kita yang membayar  dengan  harga kesehatan yang membebankan. Semua berpunca dari gemok.

Kempen juga wajib dimulakan kepada  semua kanak-kanak yang mahu masuk sekolah wajib. Sebelum masuk sekolah  ditetapkan ukuran index badan. Jika melintasi index yang ditetapkan maka anak murid ini tidak akan diterima masuk ke sekolah.  Ibu bapa diberi nasehat dan amaran agar menurunkan berat badan  Si Cilik. 

Langah sademikian pasti mendapat sokongan. Tetapi wajib dijalankan kempen mengolah persetujuan  terlebih dahulu. Jangan lakukan saperti kempen anti rokok. Jangan buat undang senyap saperti Perjanjian Rome atau ICERD. Jauhkan Wijawamoorty. Mazlee yang menjadi Menteri Pelajaran wajib disekolahkan dahulu bukan hanya tentang bahaya gemok tetapi tentang cara  dan Teknik media untuk mengolah persetujuan  orang ramai.

Jika semua ini kita lakukan maka Malaysia akan menjadi negara terlangsing di ASEAN. Anak muda kacak bergaya. Anak dara cun bergetah. Ibu ayah datuk nenek semua segar bugar. Gemok dan gedebab menjadi sejarah. Warga  gemok membebankan negara. Warga yang langsing menceriakan  semua. Amin. (TT)


Tulisan ini juga disirkan dalam
SUARA KEADILAN
akhbar dwi bulanan
sesiapa ingin melanggan sila pukul talipon
03-92-21-30-45
------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gemok is seni tiada kurus tidak gemok oversized overweigh over its limited edition hukhukhuk hoi org gemok romantis di ranjang hebat berombak katil suami dilayan seumpama raja dgn viuman cinta abg ani windu anak dh tido jom bang abg pejam mate i have something new for u bee wow ngengaaard ini adalah the empower of gemok jgan remeh org gemok tak kenal maka tak cinta the truth is org gemok lebih setia dlm hubungan