Rabu, 19 Februari 2020

UNDI PERCAYA - UNDI TAK PERCAYA




UNDI PERCAYA - UNDI TAK PERCAYA

Heboh. Heboh. Heboh. Heboh tentang undi percaya kepada Mahathir. Heboh tentang undi tidak percaya kepada Mahathir. Heboh bila Mahathir nak  berhenti dari jadi PM. Heboh tentang janji  Mahathir.

Mari kita bertenang. Mari kita fahami apa makna berita-berita  heboh yang kita baca ini. Apa makna dan apa dibelakang  pelbagai berita  menular muncul  dari  mulut Haji  Desas dan Lebai Desus. Apa makna semua ini.

Justeru saya tidak dapat menepis  lalu mewajibkan diri untuk memberi pencerahan. Maka saya menangguhkan perbincangan tentang maruah Bani Melayu. Amin.

Bagini : Dunia mengetahui bahawa wilayah  Timur Tengah terus  bergelora.  Kacau bilau berterusan. Perang sambung menyambung.   Warga  Arab tidak pernah duduk dengan aman damai. Ramai warga Arab lari lintang pukang meninggalkan tanah air. Lepas satu satu pemimpin dan negara Arab  digoddam. Apa sabenaranya semua ini?

Hakikatnya - Apa yang berlaku di Timur Tengah adalah manifestasi dari satu pekara. Hanya satu pekara. Satu  pekara bernama Israel. Pekara ini bermula pada 15 Mei 1948  apabila kuasa  imperial Anglo- Amerikan mewujudkan  Isreal. Semenjak  tahun 1948 bumi Arab terus bergolak. Pergolakan itu adalah manifestasi dari kewujudan  Israel.

Apa pula sangkut pautnya Isreal dan Arab  dengan heboh heboh  undi percaya kepada Mahathir?

Bagini: Heboh heboh  undi percaya kepada Mahathir, pergaduhan dalam PKR,  Mentari saman Menteri,  Setpol pukul rakan sepejabat ,  ahli parti kena buang – semua ini hanyalah manisfestsi dari satu pekara.

Kalau kacau bilau dan perang berterusan  di Timur  Tengah disebabkan oleh keberahian Israel untuk menaklok bumi Arab.

Maka kacau bilau  dan huru hara yang sedang berlaku dan yang akan terjadi di Malaysia hari ini hanya kerana satu pekara. Satu pekara sahaja.  Pekara ini ialah keberahian Anwar Ibrahim hendak jadi Perdana Menteri. Huru hara dan heboh politik terkini adalah manifestasi dari  keberahian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. Khalas.

Untuk memahami lebih mendalam mari kita tengok  dan kaji satu persatu manifestasi ini.  Yang paling terkini ialah langkah Parti Islam Pas untuk menganjur undi percaya kepada Mahathir Perdana Menteri ketika ini.  

Undi percaya kepada Mahahir ini sekali imbas dilihat sebagai lawak. Malah Mahathir sendiri telah berkata bahawa dia masih menjawat jawatan Perdana Menteri dan tak perlu undi percaya. Tetapi Parti Islam Pas dari kenyataan resmi masih ingin meneruskn pengundian ini.

Sama ada Tuan Speaker  Parlimen pada bulan March ini akan meluluskan agenda pembangkang mendahului agenda kerajaan  adalah  satu persoalan lain. Yang pasti heboh telah muncul. 

Undi percaya ini pelik. Pelik dan memelikkan Apa perlu ianya  dilakukan?

Ketahuilah bahawa undi percaya kepada Si Mahathir ini bermakna undi tidak percaya kepada  Si Anwar.  Percaya  dengan Mahathir bermakna tidak percaya dengan Anwar. Khalas.

Ini gaya permainan  politik dan stratiji  Parti Islam Pas.  Parti Islam ini amat jelas  tidak mahu Malaysia dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Dari pandangan Parti Islam si Anwar ini tidak layak kerana memiliki keberahian seksual dengan lelaki. Ajaran Islam   menolak keberahian   sademikian. Amin.

Awas dan waspada walau pun parti ini melaung-laungkan Islam – Pasti Pas ini masih lagi parti politik.   Parti  Islam ini berminat untuk mendapat kuasa.  Dan sedang  berkuasa di Kelantan dan Terengganu. 

Dari punca kuasa akan muncul  kekayaan. Dari kekayan boleh   memiliki kereta Mercedes atau Audi. Sesudah memiliki  Mercedes atau Audi boleh hadiahkan kepada Bini Muda atau berkemungkinan berbini lagi. Hakikatnya Parti Islam pun sama sahaja dengan parti kapir dalam hal berpolitik da bersyawat. Kah kah kah.

Berapa minggu kebelakang ini kita terbaca tentang SD – Statutory  Declaration atau Akuan Bersumpah. Saban hari kita  membaca , berbual dan mendengar tentang SD. Tak habis-habis laporan berita tentang SD. Dari media cetak, ke tv dan melalui portal  SD muncul sebagai induk berita.

Akhbar melapor jumlah SD. Media melapor siapa yang enggan menanda tangani SD.  Heboh bagai nak rak dengan SD.  

Dalam budaya politik Malaysia SD ini bukan satu yang baru.  Awal awal dahulu kita  mengenal SD melalui kes pembunuhan Altantuya. P I Bala membuat SD – mengakui bahawa Najib kenal Altantutya. Kemudian kita baca SD dari Yusoff Rawhter yang mengakui bahawa Anwar Ibrahim cuba mencabul  dirinya.  Dari SD Yusoff kita dapat tahu bahawa wujud tangga berpusing di rumah Anwar di Bukit Gasing .oopps.. maaf silap…di Bukit Segambut. Kini dilaporkan isi SD ini bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada Mahathir.  Untuk Mahathir duduk dikerusi PM hingga berakhir penggal Parlimen ke 14.

Pelik lagi memelikkan. Kenapa Mahathir perlu menerima sokongan melalui SD? Apa perlunya Mahathir disokong.  Apakah Mahathir perlu disokong kerana  ada  ramai para YB yang merancang untuk menjatuhkan  Mahathir dari kerusi Perdana Menteri. 

Belek punya  belek – kaji punya selidik kita bertemu jawapan. Bahawa SD ini juga adalah manifestasi dari keberahian Anwara Ibrahim hendak menjadi Perdana Menteri.

Sila jelaskan ?

Bagini : Pada  18 Julai 2019 akbhar The Star melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memiliki cukup sokongan ahli parlimen untuk membolehkan dirinya  dinobatan sebagai Perdana Menteri.  Pada 3 November 2019 sekali lagi akhbar yang sama melaporkan  tentang  sokongan majoriti para  YB kepada Anwar Ibrahim.

Bila berita ini muncul pastilah Parti Islam Pas menjadi gelabah.  YB Takiyuddin  Setiusaha Agong Pas pernah berkata ketika pilihanraya kecil di Port Dickson bahawa Anwar Ibrahim ialah bekas banduan. Malah YB Taki mempertikaikan  sama ada sah atau tidak pengampunan Anwar oleh Yang Dipertuan Agong. Ini ketika berceramah  berkempen menentang calon yang bernama Anwar Ibrahim.

Jika betul Anwar memiliki majoriti ahli parlimen bermakna untuk pertama kalinya dalam sejarah negara majoriti Islam akan melantik pemimpin tertinggi  negara seorang pengamal sex songsang dalam istilah ajaran Islam.  Tapi  jantan suka jantan ini   bukan satu yang baru  dalm politik dunia. Di Luxumbourg dan di Ireland Perdana Menteri negara ini adalah lelaki yang bersuamikan lelaki.  

“ I have the number…I have the numbers.. “ menjadi mantra Anwar Ibrahim. Mantra ini menjadi bahan ratip oleh para peminat, penyokong dan pelabur dalam  Bursa Saham Anwar Ibrahim.

Mantra ini  mengerunkan bukan saja Parti Islam tetapi  juga  para para YB dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).  Sayugia diingati bahawa Anwar Ibrahim ini  menjadi  Presiden PKR dengan cara menang tanpa bertanding. Dalam pemilihan PKR yang akhir majoriti yang menang adalah dari garis apa yang dikenali sebagai ‘Kartel’.  

Kartel ini bukan pengedar dadah saperti di Colombia. Kartel dalam politik  Malaysia adalah garis politik yang  tidak berminat dan tidak menyokong Anwar Ibrahim. Garis Kartel ini menyokong  gedebe yang bernama Azmin Ali – sosok number dua sesudah Anwar Ibrahim dalam  haraki PKR.

Parti Islam jadi gerun. Garis Kartel jadi gerun.  Pikir punya fikir  maka  keluar pendapat yang rasional : cakap tak guna lebih baik bercakap dengan tanda  bukti.  Maka dijalankan pungutan suara  dikalangan YB. Ditanya para YB  sama ada menyokong Anwar atau menyokong  Mahathir.

Abracadabra! Sin Salabin!  Tetiba jin datang membawa  SD. Jika sokong Mahathir  sila  ditanda tangani.

Justeru berita tentang SD. Tentang jumlah SD yang telah ditanda tangani  adalah juga  manifestasi dari  keberahian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. Amin.

Awas – dalam PKR Anwar Ibrahim masih memiliki sokongan tapi bukan lagi seluruh parti.  Parti Bersatu 100% menyokong Mahathir.   Garis parti DAP dan garis Parti Amanah hanya Guru Nanak yang tahu.  

Mustahil Amanah tidak menyokong Mahathir. Mustahil DAP tidak menyokong Mahathir. Kalau mereka bersama maka ini akan mengecewakan Anwar. Kerana dari tahun lalu lagi Anwar telah berdendang dengan lagu Kerajaan Baru Tanpa Dap dan Amanah. Ini taktik perang saraf Anwar. Hakikatnya SD ini tidak akan meminggirkan  sokongan sesiapa. Semua  dijemput – ahlan wa sah lan.

Jeng  jeng jeng. Dari sini mencelah masuk Hishammmuddin Hussein. Dari sini mencelah masuk  Zahid Hamidi.  Mereka ini adalah gedebe dari United Malays National Organisation.  Dari Haji Desas dan Lebai Desus kita dengar bahawa para gedebe ini boleh mendapatkan para YB dari parti Ketuanan Melayu untuk menanda tangani SD  yang sedia ada.

Hisham dan Zahid  dalam politik bukanlah sosok ‘kosher’. Hisham bekas  Menteri Pertahanan  yang masih berkelintau dengan  beberapa ekor  helikopter yang telah dibayar beratus juta ringgit tapi  terbang tersalah radar hingga hari ini tak sampai sampai ke Malaysia.

Manakala Zahid Hamidi Presiden United Malaya National Organisation sedang berhadapan dengan puluhan kes mahkamah.  Zahid didakwa dbawa undang-undang  AMLA - Anti Money Laundring Act  - mengubah wang haram.

Justeru sosok sosok ini memiliki kepentingan pribadi  untuk Bersama menanda tangani SD menyokong Mahathir. Bayangkan sosok yang hampir mati lemas. Sosok ini akan  mencapai apa sahaja termasuk saketul tahik untuk dijadikan pelampong menyelamatkan diri. Menanda tangani  SD  menyokong Mahathir ini bukan seketul tahik.

Akhirya pada Jumaat 21 Febuari 2020 ini Majlis Presiden Pakatan Harapan akan  bersidang.  Anwar telah beratip mengatakan bahawa  dalam mesyuarat ini nanti satu tarikh akan ditetapkan untuk  Mahathir  berundur. Beratip, bermimpi dan berangan-angan bukan satu jenayah.  Kita tengok nanti apa yang akan berlaku.

Walau  apa pun  warga Palsetin telah lebih dari 70 tahun dihura harakan oleh  keberahian Isreal menaklok bumi Arab.   Di Malayia huru hara oleh keberahian Anwar Ibrahim  belum mencecah 70 tahun. 

Dua tahun  sesudah  9 Mei 2018 - kemenangan Pakatan Harapan telah dibajak oleh keberahian Anwar Ibrahim. Reformasi dan perubahan struktural gagal secara tuntas dibentangkan kepada rakyat. Saban hari  tak ada kesah lain melainkan labon Anwar  nak jadi PM ke8. 

Saban hari  ada sahaja pelaburan dari Bursa Saham Anwar Ibrahim beratip : bila Mahathir nak berudur… bila Anawar akan jadi PM ke8. Ratipan dan tatapan ini wajib diselesikan agar  agenda kemennagan  Pakatan Harapan  pada 9 Mei 2018 dapat dituntaskan. 

Anwar ini jadi atau tidak jadi PM ke 8?  Jawapan nya ada dihadapan mata. Guru Nak  pun tahu. Ratipan dan hehoh heboh tentang janji Mahathir terus kedengaran.   Mengikit surah yang dihebohkan ini adalah janji Pakatan Harapan. Maka ada molek untuk kita semua melihat apakah janji ini. 

Dari dokumen Maufakat Pakatan Harapan yang ditanda tangan  pada 6 Januari 2018 oleh empat pemimpin parti  gabungan Pakatan Harapan (Bersatu, DAP, PKR dan Amanah ) amat jelas ditulis bahawa Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri.  Malah tidak ada tarikh dan  bila pencalonan ini ditutup. Ini bererti Dolah Sani atau Nik Nazmi pun boleh menjadi calon Perdana Menteri. Sesiapa saja boleh mencalonkan diri untuk menjadi PM ke 8.  Selamat mencalonkan diri. Amin END














-------

5 ulasan:

Unknown berkata...


Bro! Gua pernah jumpa lu bro, kat chow kit
Wife gua yang uruskan gaghtering tu
Lu memang awesome bro!

Unknown berkata...

Gua ada kat ningbo, china la ni bro!
Lu memang power bro!

Unknown berkata...

Anal sex power bro!
Kemut keliling!
Janji perempuan bro!
Lelaki???
Disgusting

yeop_sepet berkata...

Keyword di sini adalah 'calon'. Kalau ini diajor dlm silibus bahasa melayu darjah dua pun budak leh paham.org tua otai x paham,bak kata en jamil dah tua2 pun bodoh.butang baju aku mana pah.

Awanama berkata...

Heboh, heboh, heboh sakai melabon beratip pasal anwar nak jadi pm ke 8. Sakai yg heboh melabon beratip tu tak pernah pun turun mengundi. Kahkahkah