Ahad, 12 April 2020

KITA SESAMA SELAMATKAN DIRI KITA








KITA SESAMA

SELAMATKAN

DIRI KITA

Dengar nasihat pakar, kata Dr Mahathir


SAHUT saranan pakar dalam perang pandemik Covid-19, bukan kejar populariti ketika ini, kata Dr Mahathir Mohamad.

Menulis di Facebook hari ini, bekas perdana menteri itu berkata adalah penting untuk semua orang bersatu bagi mengatasi krisis global tersebut itu.

Beliau menambah bahawa Covid-19 adalah pandemik global, dan Malaysia sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi  terburuk dalam sejarah.

“Kita perlu usaha bagaimana hendak tangani masalah ini dan bukan untuk cari siapa yang lebih popular. Kita seharusnya berusaha mendepani dan menangani krisis ini secara bersama.”katanya.

Beliau juga berkata bahawa setiap orang harus berterima kasih kepada pasukan kesihatan di barisan hadapan, dan menunjukkan kepada mereka sokongan penuh.

“Kita perlu sama-sama tunjuk sokongan dan beri perhatian dengan menyahut nasihat-nasihat yang diberikan oleh mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ini.” katanya.

Kerajaan telah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April untuk terus mengekang penularan virus itu.

Pada masa yang sama, Kabinet telah bersetuju untuk membenarkan beberapa sektor untuk beroperasi ketika lanjutan PKP.

Antara perniagaan yang dibenarkan adalah perniagaan tukang gunting rambut tetapi kelonggaran ini telah ditolak orang ramai dan juga tukang gunting rambut dan pendandan rambut.

Mereka mengatakan bahawa risiko dijangkiti Covid-19 adalah tinggi jika mereka dibenarkan memotong rambut dalam jarak dekat.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah turut menggesa kerajaan supaya menangguhkan pelonggaran PKP bagi sektor ini kerana ia penting bagi membendung Covid-19.

Hari ini, Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji sama ada untuk kedai gunting rambut di zon hijau boleh dibuka.

Menteri pertahanan itu berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan mengkaji perkara itu lebih jauh sebelum membuat keputusan.

“Miti akan mengkaji semula dan akan meneliti perkara ini. Saya diberitahu bahawa tukang gunting rambut perlu mendaftar dengan kementerian dan walaupun begitu, mereka harus menunggu persetujuan. “

“Saya juga diberitahu bahawa kedai gunting rambut di zon hijau dibenarkan dibuka. Bagaimanapun, kementerian akan membuat penjelasan terperinci tidak lama lagi, “katanya.

Kementerian Kesihatan mengklasifikasikan zon hijau adalah kawasan yang tidak memiliki kes Covid-19.

Sehingga kini, terdapat 26 zon hijau di seluruh negara, dengan hanya empat di Semenanjung. – 12 April, 2020.



TAKDA SAPA

BOLEH TOLONG 

KITA

HANYA KITA

BOLEH TOLONG

KITA

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Che Det jangan percaya, kalau dia cakap, kalau ular cakap,.baik percaya cakap ular kah kah kah mamak ini tikam belakang, kah kah kah perangai eere sampai kubur jugak woit..
.

Tanpa Nama berkata...

Atok khianat nie cakap apa? Adakah Atok Sayang negara ? Adakah Atok Sayang Malaysiaku? Adakah Atok cakap serupa bikin ? Kah kah kah Hishamuddin Rais Pon sama geng sewaktu dengan Atok, khianat kepercayaan rakyat bukan satu yang mulia, patut Atok bubar buat Raya semula bukan tikam senyap senyapac.belakang taruk kah kah kah