Selasa, 7 April 2020

ZONE BAHAYA






ZON MERAH

WILAYAH AMAT

BAHAYA


Kawalan lebih ketat di Selangor Mansion, Malaya Mansion, umum Ismail Sabri

DUA bangunan flat di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan lebih ketat, kata menteri kanan Ismail Sabri Yaakob, menjadikannya kawasan keempat di Malaysia yang dikurung sepenuhnya bagi membendung ancaman penularan Covid-19.

Dua bangunan flat ini terletak di samping Masjid India, yang kerap menjadi tumpuan jemaah tabligh.

Ismail berkata perintah lebih ketat itu di Selangor Mansion dan Malaya Mansion dibuat atas nasihat menteri kesihatan selepas pihak kementerian mengesan 15 kes positif Covid-19 di dua bangunan flat itu.

Perintah kurungan melibatkan antara 5,000 hingga 6,000 penduduk di 365 unit kediaman dan perniagaan, jelasnya.

“Perintah ini berkuatkuasa hari ini sehingga proses pengesanan kes dari unit ke unit selesai.

“Dalam tempoh itu, setiap penghuni mesti berada di unit tempat tinggal masing-masing, tidak boleh keluar, malah orang luar pun tidak boleh masuk ke bangunan berkenaan.

“Saya berharap mereka mematuhi setiap arahan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini, memaklumkan perkembangan perintah kawalan pergerakan.

Pengumuman Ismail ini menjadikan kawalan pergerakan di dua bangunan tidak lagi tertakluk kepada PKP yang sepatutnya berakhir 14 April ini.

Ismail juga membuat pengumuman ini ketika semua empat daerah kesihatan di Kuala Lumpur dikelaskan sebagai zon merah dengan keseluruhan 640 kes positif Covid-19.

Sebelum ini, perintah sama dikenakan ke atas dua kawasan kediaman di Simpang Renggam, di Johor; di Sungai Lui, dalam daerah Hulu Langat, Selangor, dan kondominium Menara City One di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Flat Selangor Mansion dan Malaya Mansion terletak kira-kira 600 meter dari Menara City One, yang dikurung selepas ada penularan Covid-19 daripada kluster jemaah tabligh.

Setakat ini tidak diketahui sama ada 15 kes positif di Selangor Mansion dan Malaya Mansion ada kaitan dengan kluster jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.

Dengan perintah lebih ketat itu, Ismail juga mengumumkan semua aktiviti perniagaan dihentikan di dua bangunan itu kecuali yang melibatkan barangan keperluan.

“Penghuni boleh membuat pesanan makanan yang boleh dihantar dan diambil di tempat yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.

Ismail juga berkata semua laluan keluar masuk di dua bangunan flat itu ditutup.

“Saya berharap mereka mematuhi setiap arahan pihak berkuasa. Saya juga minta orang ramai tidak mengunjungi kawasan yang kawalannya diperketatkan.

“Pihak berkuasa akan mengawal seluruh kawasan tersebut,” katanya.

Kawalan akan dijalankan oleh pihak polis dan tentera dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), jelasnya.  

Mengenai PKP di seluruh negara, Ismail berharap rakyat akan terus mematuhi arahan dan bertanggungjawab supaya rantaian Covid-19 dapat diputuskan.

Beliau juga sekali lagi membayangkan satu bentuk peraturan pergerakan yang baharu akan diumumkan selepas ini, bergantung pada laporan yang akan dibincangkan oleh Majlis Keselamatan Dalam Negara, Khamis ini. – 7 April, 2020.


JAUHI 

ZON MERAH

--------------

1 ulasan:

hamim berkata...

Hisham...pasal apa kalau masuk zon merah dan yang berkatan MERAH semua bahaya, langgar lampu merah bahaya, yang sedang bendera merah pun kalau dilanggar pun bahaya...apa pasai...