Jumaat, 29 Mei 2020

ATUK AJAR KITA CARA MELAWAN






ATUK AJAR

KITA CARA

MELAWAN

Sazmi Miah dilantik setiausaha kerja Bersatu yang baharu, kata Dr Mahathir


MUHAMMAD Suhaimi Yahya yang dipecat dari jawatan setiausaha kerja Bersatu malam tadi akan digantikan dengan Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan Sazmi Miah, kata Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir yang menolak pemberhentiannya dari Bersatu menegaskan Suhaimi dipecat kerana bertindak melampaui bidang tugasnya, sehingga melebihi kuasanya sendiri sebagai pengerusi parti.

“Memandangkan beliau (Suhaimi) sudah melebihi dari kuasanya sebagai setiausaha kerja jadi kita lucut jawatan setiausaha  kerja, dan lantik Sazmi Miah pemimpin Bersatu Kelantan isi jawatan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, hari ini.

Dr Mahathir menjelaskan beliau boleh memecat Sazmi kerana sehingga hari ini, beliau masih lagi pengerusi Bersatu yang sah.

Dr Mahathir turut menegaskan Marzuki Yahya masih lagi setiausaha agung Bersatu yang sah.

Semalam, Suhaimi dipecat oleh Marzuki beberapa jam selepas beliau mengeluarkan surat kepada Dr Mahathir serta empat yang lain memaklumkan bahawa mereka bukan lagi ahli parti.

Empat Ahli Parlimen Bersatu yang juga gugur keahlian parti ialah Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir (Jerlun), Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Maszlee Malik (Simpang Renggam), dan Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu).

Alasannya, kelima-lima mereka tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu. Mereka juga duduk di blok pembangkang semasa sidang Parlimen pada 18 Mei lalu. – 29 Mei, 2020.


TAK PERLU

BANYAK CAKAP

ATUR SUSUN

AKSI


Tiada ulasan: