Jumaat, 29 Mei 2020

PANDANGAN DARI DALAM PKR








MAKIN JELAS

MAKIN TERANG

PERANAN ANWAR

MEMBAWA 

RUNTUH

PAKATAN

Anwar gagal satukan PKR punca Pakatan runtuh, kata bekas pimpinan parti


ANWAR Ibrahim gagal menyatukan PKR selepas pemilihan parti pada hujung 2018, sebaliknya lebih berminat tentang soal hendak jadi perdana menteri, sehingga menyebabkan parti terus berpecah dan akhirnya merugikan Pakatan Harapan (PH), dakwa seorang bekas pemimpin parti.

Kemuncak perpecahan itu membawa kepada episod percaturan politik yang menyaksikan pentadbiran PH tumbang dan hilang kuasa di Putrajaya, serta kemudian di beberapa negeri, pada Mac lalu, kata bekas ketua Wanita PKR Sabah Rahimah Majid.

Selepas episod hilang kuasa itu, katanya, Anwar terus mengheret parti ke kancah perpecahan apabila memilih untuk menghukum pemimpin dan ahli parti, termasuk sesetengahnya tanpa alasan yang kukuh.

“PKR parti yang caca marba sekarang. Apa yang Anwar Ibrahim patut buat kepada ahli-ahli yang masih tinggal ini ialah pujuk, satukan mereka, dan kuatkan cabang-cabang parti.

“Beliau perlu kuatkan parti, bukannya menganggap semua ahli yang pernah sokong Azmin atau Zuraida sebagai pengkhianat,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau merujuk bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas naib presiden Zuraida Kamaruddin yang dikatakan antara dalang percaturan politik yang membawa kepada pertukaran pentadbiran di Putrajaya pada Mac lalu.

Selepas PH jatuh di Putrajaya, Perikatan Nasional yang menggantikannya juga mengambil alih pentadbiran di Johor, Melaka, Perak, dan Kedah. 

Azmin dan Zuraida kini anggota kabinet dalam pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

PKR berpecah teruk semasa pemilihan parti pada hujung 2018, ketika Azmin dicabar oleh Rafizi Ramli untuk jawatan timbalan presiden. 

Selepas kalah pemilihan, Rafizi dilantik sebagai naib presiden. Pelantikan itu sempat mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokong Azmin, yang terus mengheret perpecahan parti jadi lebih parah.

Rahimah, yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, menjelaskan Anwar bukannya tidak sedar PKR berpecah tetapi beliau tidak berusaha untuk memulihkan parti.

“Tiada usaha untuk berbaik secara konstruktif supaya ketegangan dalam parti reda. 

“Yang banyak dibincangkan isu peralihan kuasa perdana menteri (antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar) perlu dilakukan segera… itu tidak membantu,” katanya.

Rahimah adalah antara hampir 300 ahli PKR yang dikeluarkan surat penggantungan sementara, umumnya bersabit dakwaan mengkhianati parti terkait dengan episod pertukaran kerajaan itu.

Awal minggu ini, beliau menegaskan tidak akan mengemukakan rayuan kerana menganggap tindakan lembaga disiplin mengeluarkan surat penggantungan terhadapnya adalah satu hukuman tanpa usul periksa.

Katanya, surat penggantungan tanpa menyatakan kesalahan untuk dijawab sebenarnya adalah satu hukuman.

“Saya digantung tetapi tidak nyatakan atas sebab apa. Untuk apa saya buat rayuan atas kesalahan yang saya sendiri tidak tahu,” tambahnya.

Rahimah mengakui beliau bersama Azmin dan Zuraida semasa mereka di dalam parti tetapi menegaskan itu saja tidak memadai sebagai bukti untuk keanggotaannya digantung.

Beliau menyifatkan tindakan terhadapnya dan ratusan pemimpin serta ahli parti yang lain tidak ubah seperti memburu membuta tuli mereka yang selama ini setia kepada parti.

“Kredibiliti lembaga disiplin boleh dipersoalkan… ia sudah jadi alat presiden parti,” katanya.

Rahimah, yang juga ketua Cabang PKR Kudat, berkata beliau kini meninggalkan parti bersama majoriti barisan kepimpinannya serta sekurang-kurangnya sembilan pemimpin kanan Wanita PKR Sabah.

Jelas beliau, mereka tidak menyesal kerana parti yang selama ini mereka bantu bangunkan untuk memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat kini sudah diperalatkan untuk cita-cita peribadi.

Pada awal Mei, PKR Sabah mengumumkan 7 ahlinya dipecat sementara 63 digantung keahlian ketika parti bertindak menyngkirkan mereka yang dianggap bersubahat dalam komplot menjatuhkan pentadbiran PH di Putrajaya dua bulan lalu.

“Apa yang dikenakan kepada kami ini tidak adil. Kami berjuang untuk parti ketika Anwar dalam penjara. Kami keluarkan duit sendiri dan tidak kisah habiskan masa untuk kuatkan parti.

“Anwar kena ingat, parti kuat kerana sokongan semua pihak,” katanya. – 29 Mei, 2020.

INI  SUARA

DARI DALAM

PKR SENDIRI

BEKAS PEMIMPIN

YANG TAHU

SIAPA

KEPALA TAIK

SABENARNYA

AMIN

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ko bodoh ke TT..kan salah najibon semua ni..lu jilat atok lu bantai aljuuri..apokeeer

azam berkata...

Parti atok yang dah terbarai,
Tak pulak kau bising?
Memang bodoh sakai ni.

Unknown berkata...

TT...!kenapa semua yang jadi salah Anuwar saja...Apa salah Anuwar pada ko...? Ko tak nampak ke?, Siapa dalang yg sebenarnya?, Nak dapatkan sokongan...semuanya ditolak pada Anuwar...podahhhhh...manusia durjana...akan terimalah azab nerakajahanam diakirat nanti..semua yg memfitnah....