Jumaat, 28 Ogos 2020

PUNCA SOKONGAN POLITIK UNDI





PUNCA SOKONGAN 

POLITIK UNDI



Pada 9 Mei 2018 Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan. Barisan Nasional yang dikepali oleh gerombolan United Malays National Organisation hilang kuasa. Kuasa baru kini  dimiliki oleh  Pakatan Harapan.  Pada 17 Mei -  dua minggu sesudah kemenangan   Pakatan Harapan  bulan puasa sampai.

Pelik tetapi benar dalam minggu  kedua bulan puasa   tahun 2018 saya telah mendapat  jemputan berbuka puasa melalui sistem pesanan talipon bimbit. Dimana? Bukan diwarung Mek Ngoh Bangsar. Bukan di Restoran Iran di Ampang. Saya dijemput ke jamuan berbuka puasa di Hotel Hilton Petaling Jaya. 

Hebat. Saya dijemput ke Hotel Hilton.

Dari fakta yang saya baca - Hotel Hilton  yang bersepah-sepah dalam dunia ini  didirikan  oleh Encik Conrad Hilton pada tahun  1919.  Nak dijadikan cerita -  cucu kepada Conrad Hilton ini ialah  Minah yang bernama Paris Hilton. 

Dari laporan media dan gambar-gambar yang tersebar dalam portal internet saya difahamkan  bahawa Minah ini ialah  teman penyedap  Encik Jho Low.  Encik Jho Low ini ialah  jantan  kaya kawan baik kepada  Najib dan Rosmah.  Najib  bekas Perdana Menteri dan   ayah kepada Reza yang juga kawan baik Jho Low. Reza dan Jho Low kenal  baik pula dengan   warga  Holywood saperti Martin Scorsese dan Leonardo DiCapario.

Justeru  apabila saya mendapat jemputan berbuka puasa ke  PJ Hiton  ini saya merasa bagitu bangga sekali. Saya merasa telah ‘sampai ’ kerana mendapat bau bau  bacang  berasosiasi dengan nama-nama yang hebat hebat dalam dunia.

Kemenangan dan kuasa baru Pakatan Harapan  ini  memungkinkan saya berbuka puasa di Hilton. Belum pernah dalam hidup saya berbuka puasa dalam hotel mewah saperti Hilton. Tanpa banyak songel saya bersetuju untuk hadir.

Pada anggapan saya jemputan  berbuka puasa ini hanya untuk beberapa kenalan. Opps… saya silap.  Bila saya sampai saya nampak ramai yang dijemput sama. 

Saya merasa  letih berjabat tangan dengan kenalan lama. Kemudian berjabat tangan dengan muka muka baru yang entah dari mana datangnya. Mereka mula nak   nak berkenalan.  Maklumlah Pakatan Harapan sudah jadi kerajaan. Yang menjemput ini pun orang kuat Pakatan. Bukan kecik anak. Berjawatan Menteri.

Hendak dijadikan cerita ada seorang kenalan datang lambat. Justeru tak ada tempat duduk. Meja di sebelah kanan saya masih kosong. Tetapi diatas meja telah bertanda nama penempah meja itu.  Teman saya pergi melihat dan terus duduk. Saya memberi ingatan bahawa  meja itu telah ditempah  awal oleh orang lain. Jangan ambil  dan jangan duduk. Nanti kecoh.

‘ Betullaaa… meja ini meja  kita… ditempah  untuk kita…’ Jawab kenalan saya.

‘Siapa menempah? Tengok namanya…sapa Mamat tu..jangan silap.. nanti bergaduh…’ 

‘ Abdullah Ang … hang tak tau ke… dia yang sponsor berbuka puasa ni…’

Bila mendengar nama itu disebut. Dengan cepat mulut saya mencarut  dari bahasa Melayu, ke bahasa Inggeris, ke bahasa Urdu, ke bahasa Peranchis , ke bahasa Sepanyol , ke bahasa Bengali.  Semua pukrak mukrak  nama alat sulit lelaki dan perempuan dalam pelbagai bahasa   terhambur  dengan sepontan dari  mulut saya.

Dengan sekelip maya saya menjadi kurang ajar. Menjadi kurang sopan dalam majlis  yang dilihat beriman.  Beberapa biji mata  yang hampir dengan meja saya memandang Hishamuddin Rais yang  sedang  buat perangai. Hishamuddin Rais kurang  hajar dan kurang sopan dan tidak tahu adat majlis.

Saya memanggil sosok yang menalipon saya untuk  datang ke Hilton. Saya terus bersuara.

‘ Kau tak tahu ke siapa puki mak malaon ni…?  Saya menguatkan suara tanda marah. Saya menggunakan objek  anggota badan sebagai kata sifat. Saya marah kerana  saya telah datang ke majlis  berbuka puasa yang ditaja oleh  orang jahat. Untuk saya ini bukan soal  bukan halal haram atau suci bersih. Saya marah  kerana saya tahu siapa Abdullah Ang. Pengetahuan saya ini tidak membenarkan saya duduk diam tidak bersuara. Khalas.

Apa yang berlaku di PJ Hilton ini adalah satu contoh bagaimana  cara halus para towkay dan cukong masuk menyelit kepada meja kuasa.  

Para towkay dan para cukong dengan senang hati akan menabur budi  menaja  pelbagai  bentuk jamuan  untuk para Menteri, untuk  Yang Berhormat atau  sesiapa yang diyakini  atau dilihat  memiliki kunci kuasa atau boleh membawa ke sosok yang memiliki kuasa.

Dalam kes PJ Hilton  sebelum tamat jamuan Si Penaja  telah dijemput ke atas pentas  dan telah diberi penghormatan dan ucapan terima kaseh dari Sang Menteri. Sambil berterima kaseh  mereka  bergambar bersama diatas pentas. Amin.

Ini satu kes yang saya sendiri alami. Justeru ini bukan kesah penglipur lara atau cerita dongeng.

Bagaimana pula berita yang menjadi heboh ketika Pilihan Raya Kecil  (PRK) di Port Dickson. Pada 9 Oktober 2018 MalaysiaKini telah melaporkan kenyataan NGO Bersih meminta  agar Anwar Ibrahim  calon PRK   Port Dickson membatalkan jamuan makan malam untuk 4,000 bakal pengundi. Bersih menganggap jamuan ini sebagai rasuah dan  menyalahi tatacara pilihan raya.

Sabenarnya Bersih agak sopan apabila meminta jamuan makan malam ini dibatalkan. Bersih bersopan tidak menyebut siapa sebenarnya penaja jamuan makan malam untuk 4,000 orang bakal pengundi Port Dickson. 

Wajib dirakamkan dalam sejarah bahawa jamuan makan malam PRK Port Dickson menjadi heboh bukan kerana ‘makan free’ bukan kerana dibuat dalam kawasan Tok Pekong. Bukan kerana ada  menu  ikan bawal kukus. Bukan. Bukan. Bukan.  

Jamuan ini menjadi heboh kerana jamuan ini ditaja oleh  Encik Tee Yam @ Koo Tee Kam.   Towkay Khoo ini amat rajin menderma. Sebelum menaja  jamuan makan malam  untuk Anwar Ibrahim  Towkay Khoo pada bulan Jun 2018 telah  merancang untuk menaja jamuan  makan malam sambutan Hari Jadi Mahathir Muhamad yang ke 93. Jamuan ini dirancang untuk menjemput 200 orang kenamaan  dan para gedebe dari Malaysia. Jamuan ini dirancang untuk diadakan di HXC Grand Ballroom ICC Pudu. Tapi Mahathir lebih cekap dan tahu siapa sabenarnya Towkay Khoo ini. Mahathir menolak tajaan. Projek Towkay Khoo gagal meleset.

Apa yang Mahathir tahu tentang Towkay Khoo  dan Anwar Ibrahim tidak tahu menahu. Atau Anwar pura pura tidak tahu untuk memastikan dia tetap menang diatas Saipol Bukhari.

Mahathir tahu bahawa  Encik Khoo Tee Kam ialah  towkay lendir dan towkay judi beroperasi di Bukit Bintang dan bandar-bandar lain. Mahathir juga tahu bahawa  Towkay Khoo ialah kepala samseng   jaringan China yang beroperasi di Malaysia. Amin.

Towkay Khoo mahu menaja  pesta hari jadi Mahathir kerana pada bulan Jun 2018  kerana  Mahathir Muahamd  telah dilantik sekali lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Towkay Khoo mahu menaja jamuan makan malam Anwar Ibrahim di Port Dickson kerana satu dunia tahu  bahawa  apabila Mahathir berundur maka Anwar Ibrahiam akan menjadi Perdana Menteri.

Lihat bagaimana  orang  jahat dan kepala samseng boleh menyelit untuk berkenalan dan berbaik baik dengan sosok sosok yang memiliki kuasa.

Ketua samseng dan towkay lendir dan towkay dadah juga  memahami   perkembangan politik.  Mereka  perlu tahu  detik  perkembangan politik tanah air  agar mereka dapat melabur.  Jamuan makan malam   ini adalah satu contoh  bagaimana politikus mendapat sokongan  dalam politik undi. Jamuan makan free untuk 4000 orang bererti dapat 4000 undi. Yang datang makan pasti akan memberi undi mereka kepada yang memberi makan.

Setiap hari raya , setiap tahun baru China, setiap Dewali  kita akan mendengar  atau membaca  berita  para  Menteri dan Yang Berhormat dari Kawasan Ini dan Kawasan Itu mengadakan jamuan Rumah Terbuka.  Disimpang jalan kita akan ternampak  kain rentang  dengan muka  Yang Berhormat menyampaikan ucapan dan mengumumkan jamuan rumah terbuka. 

Pada tahun 1996 saya baru   setahun pulang dari 20 tahun berkelana. Ketika itu saya wajib mempelajari kembali budaya yang telah lama saya tinggalkan. Pada hari raya tahun 1996 saya telah dijemput oleh kenalan saya untuk sama merayakan  rumah terbuka YB Lembah Pantai. Sabenarnya saya tidak  kenal dengan YB Lembah Pantai. Hanya mendengar nama. Teman yang menjemput saya hadir ada pertalian darah dengan YB ini.

Sambutan ini diadakan dibelakang Stesen LRT Bangsar  Jalan Kemuja. Pada tahun 1996 masih ada tanah lapang seluas padang bola dikawanan  ini.  Berbelas belas khemah  dipasang.  

Ketika  saya meninggalkan Malaysia  pada tahun 1974 – budaya rumah terbuka telah wujud. Tapi tidak saperti yang pertama kali saya alami pada tahun 1996.  Saya terperanjat besar apabila dibawah setiap khemah  ada makanan khusus disediakan.  Ada khemah cendol. Ada khemah mee rebus. Ada khemah satay. Ada khemah  roti canai. Ada khemah rojak.  Ada khemah lemang dan rendang.

Yang memeranjatkan saya bukan jenis makanan. Saya terperanjat kerana semuanya diberi percuma. Para tamu hanya datang beratur untuk menikmati apa saja yang diidamkan. Amin

Ketika  menunggu cendul dibuat  ingatan saya kembali kepada  kitab-kitab  lama tentang Raja Raja  Melayu. Surah  dan kesah  Raja Melayu  mengadakan jamuan apabila Putera atau Puteri  baginda Sultan  bernikah.

Tabuh  dipukul canang dipalu
Seantero negeri dijamput datang
Kecil tua muda jantan betina dan sida
berduyun  duyun datang
Yang capek datang  bertongkat
Yang buta berpegang  bahu 

Lembu di sembelih
kambing dilapah
kepala  lembu  menganak bukit
kerak nasi membusut jantan
nasi ditanak gulai dikawah
jamuan   empat puluh hari empat puluh malam
anak raja naik pelamin

Pada jamuan rumah terbuka YB Lembah Pantai tahun 1996  saya teringat kembali kepada kata-kata arwah Cik Gu   Muzaffar Tate…. politic is a rich man’s game – politik ialah mainan mereka yang kaya. 

Ketika saya menikmati  cendul tajaan YB Lembah  Pantai saya anggap  YB ini pastilah orang kaya. Bayangkan para jemputan datang bertali arus. Bukan belas belas. Bukan  ratus ratus. Tapi ribu ribu para tamu. Seolah-oah seluruh warga Lembah Pantai datang menjamu selera.

Pada tahun 2020 saya  mendewasa . Saya  memahami budaya politik Malaysia. Saya memahami bahawa dibelakang politik ini ada lagi kuasa yang lagi berkuasa. Kuasa apa? Tunggu minggu hadapan. (TT)


1 ulasan:

Awanama berkata...

Ada satu parti isle nak tanding di prn sabah.Kat sabah tak main tonggang agama dan bangsa.Kalau laku tonggangan agama senang seperti menunggang kuda padi dah lama dah parti isle menjadi adun dan mp kat malaysia timur.Yang berlaku selama ini ialah hilang deposit dan tak pernah menang, habuk pon takda.Jadi harap parti tu ukur dulu badan sendiri jangan ukur saiz serban dan jubah yang boleh rakyat malaysia timur pakai.Nak jadi king maker bertanding semua kerusi pun lingkop, cuma dengan berkawan dengan penyanggak dan penyamun dan dilengkapkan oleh tindakkan gerembolan pengkhinat barulah boleh jadi king maker.kahkahkahkahkhah thuiih