Jumaat, 28 Ogos 2020

KOBIG MENGGANAS LAGI






BAHAYA LAGI

BERAWAS


Kes Covid-19 kembali catat 2 angka

KES positif Covid-19 hari ini kembali mencatat dua angka dengan 10 kes iaitu lapan kes import dan dua kes penularan dalam negara berbanding lima kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan sseorang warganegara dan tujuh bukan warganegara iaitu dari India dan Filipina.

“Daripada dua kes penularan dalam negara, satu kes melibatkan warganegara yang dikesan di Kedah daripada saringan bergejala, manakala kes bukan warganegara dikesan di Selangor iaitu kes saringan tahanan pendatang asing tanpa izin di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,306 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 151 kes.

Katanya selain itu terdapat 36 kes yang telah pulih dengan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 9,030 kes atau 97.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – Bernama, 28 Ogos, 2020.


SILA JANGAN

DEGIL IKUT

ARAHAN

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kuli menganas lagi bila meminta umngok letak jawatan dari kabinet.apakah kuli sedar sang amanat mengharamkan umnok berdiam diri tentang kerjasama damai antata uae dan puak israel dan berdiam diri tentang menteri dari pas langgar perintah kurantin.bila tidak berjawatan duta taraf menteri inilah manusia yang kuat melabel jelek orang lain.masa senang bolehlah label impama 2 kepala lutut(lutut yang tiada otak untuk berfikir)