Isnin, 14 Disember 2020

INI SURAT RAFIZI HINA ANWAR



AKHIRNYA

KEBENARAN 

SAMPAI


Dah dua tahun saya tak ambil tahu mengenai perjalanan politik negara atau parti. Memang niat saya untuk tinggalkan politik ini kepada yang lain.

Kebelakangan ini ramai yang berhubung bertanya mengenai dakwaan Akmal Nasir yang kononnya menghina Anwar Ibrahim

Ini pandangan saya.

Pandangan saya diketahui umum oleh reformis dan veteran parti.

Ramai juga yang tahu dan sedar yang ada beberapa kerat yang mengelilingi Saudara Anwar ini adalah opportunis haprak yang membawa budaya berbahaya dalam parti: mereka bawa budaya gangster dan politik wang menabur duit dan janji.

Saya pernah tegur Saudara Anwar sejak dua tahun lalu.

Jadi teguran Saudara Akmal ada asasnya.

Saudara Anwar perlu pandai pilih orang kelilingnya yang menjadi penjaga tol ke pejabatnya.

Dulu pilih Azmin, tengok apa yang jadi.

Yang ada sekarang ni pun dua kali lima. Semasa kita berjuang dan keluar masuk lokap untuk membebaskan Anwar, dia tak pernah ada pun.

Bila dah menang tahun 2018, berhari-hari dia berkampung di depan Hospital Cheras untuk mula menempel. Tiba-tiba menjadi pembela parti dan orang paling setia kepada Anwar Ibrahim, sedangkan tindak tanduk mereka boleh menjatuhkan parti dan Anwar Ibrahim.

Sekarang mereka mula pula sasarkan pimpinan seperti Akmal untuk diburukkan supaya mana-mana pimpinan yang boleh ada pandangan bebas dan kekuatan yang boleh mengancam mereka menjadi pembodek tegar; perlu disingkirkan dengan cara ini.

Orang tanya saya kenapa saya tak berminat. Tak kasihankan dengan Anwar Ibrahim?

Saya jenis yang tak suka bercakap benda yang sama berulang-ulang. Kalau dah nasihat itu telah diberi dan nampaknya tidak berkesan, maka biarlah Saudara Anwar tanggung sendiri risiko menyimpan jenis-jenis opportunis di keliling beliau.

Saya nasihatkan kepada semua yang berhasrat menunggang parti ini demi kekayaan dan kedudukan peribadi - lebih baik jangan kacau saya.

Saya mungkin tidak berminat untuk turut serta; tapi saya masih benci jenis-jenis politikus yang banyak merosakkan nama baik politik. Dalam mana-mana parti, ada saja species ini.

Kalau species ini banyak buat kacau, boleh saja saya kacau balik.

Rafizi Ramli


RAFIZI

BOLEH 

KACAU BALIK

KAH KAH KAH

INI AMARAN KE

KAH KAH KAH

APA CERITA

AKAN TERBUKA

KAH KAH KAH




3 ulasan:

Sukakan kedamaian berkata...

Betul APA rafizi cakap..kamu jer yg tak faham..šŸ¤£

panglimo potaseh berkata...

Rafizi kato dah duo tahun dio ilang ..maaf gwa boto2 tak prasan pondan ni ilang. Padan lah Abam tak kasik minyak 1.50 ..sobab Rafizi dah ilang samo formula hargo minyak ..

Tanpa Nama berkata...

Piji sudah bunyi...
Songel balas reformasi institusi...
namun si songel sengal masih gila gila mimpi...
reformasi utama mesti lah dulukan dari diri sendiri...reformdiri reformdiri!

tolong tanya wawi, tolong tanya norul gotu, tolong hambat songel tengok cermin tanya hati...sampai bila nak menipu...apa temberang sampai mati???