Isnin, 14 Disember 2020

KERAJAAN MUHYIDDIN JATUH ESOK

 



HEBAT HEBAT

MEMULIH EKONOMI

NEGARA 

PASCA KOBID

AMIN

TAPI PALING PENTING

APAKAH ANWAR

MENOLAK BUJET

AMIN

TOLAK BUJET

KERAJAAN JATUH

AMIN

TAK BERSAMA

TOLAK BUJET

KONFIRM

KENA PAU

KAH KAH KAH


Dr M, Ku Li tawar

 bantu bentuk kerajaan

 jika Perikatan runtuh

 esok

DR Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh menawarkan kesediaan untuk membantu usaha pembentukan sebuah kerajaan baharu sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tumbang apabila Belanjawan 2021 dikemukakan untuk undian pada bacaan ketiga di Dewan Rakyat esok.

Dalam satu sidang media bersama, dua ahli politik yang lama berseteru ini mengumumkan mereka sedia sama-sama membantu untuk menyelamatkan negara daripada ahli politik yang hanya hendak berpolitik.

Mereka juga menyeru anggota Dewan Rakyat untuk mengetepikan kepentingan peribadi sebaliknya mengutamakan kepentingan negara untuk menjadikan Malaysia – sekali lagi – sebagai kuasa ekonomi Asia.

“Ada kemungkinan esok apabila belanjawan diundi pada bacaan ketiga, ada kemungkinan kerajaan akan kalah.

“Saya harap ahli Parlimen akan mula fikir bukan tentang diri mereka tetapi negara.

“Wakil rakyat yang sayang negara mereka jangan pilih parti, jangan pilih untuk diri sendiri tetapi pilih untuk negara,” kata Dr Mahathir dalam sidang media bersama Tengku Razaleigh di Kuala Lumpur, petang ini.

Dr Mahathir mendedahkan beliau dan Tengku Razaleigh didatangi oleh banyak pihak yang meminta panduan serta bantuan untuk menyelamatkan negara yang kini berdepan dengan masalah ekonomi susulan penularan pandemik Covid-19.

“Ada kawan-kawan dan ahli profesional yang mencari kami dan bertanya apa yang kami boleh buat. Kami berharap akan dapat sokongan untuk melaksanakan idea yang ada.

“Kami mahu berkhidmat untuk negara dan bantu memajukan negara untuk rakyat,” kata Dr Mahathir.

Mereka juga berharap kegemilangan dan kejayaan Malaysia pada suatu masa dahulu, yang dianggap antara kuasa ekonomi Asia, dapat dicapai semula.

Bagaimanapun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak menjelaskan kedudukan jawatan perdana menteri sekiranya ada keperluan apabila kerajaan sedia ada tumbang.

Menurut Tengku Razaleigh, kerajaan Perikatan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang dibentuk selepas percaturan politik pada Februari lalu yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan, tidak stabil kerana tidak mempunyai keabsahan.

“Oleh sebab tidak stabil, tiada siapa yang akan menaruh kepercayaan bukan saja kepada politik tetapi ekonomi,” katanya.

“Saya percaya rakyat sanggup tampil ke hadapan untuk memajukan negara. Kita yang tua ini hanya boleh memandu,” katanya.

Dr Mahathir kini berumur 95 tahun sementara Tengku Razaleigh, 83.

“Perjumpaan hari ini untuk memulakan langkah yang baharu,” tambahnya. – 14 Disember, 2020.


JIKA MUHYIDIN

JATUH

KU LI BOLEH

AMBIL ALIH

AMIN



4 ulasan:

wabwas berkata...

Betul la selasa selalu luar biasa!

Tanpa Nama berkata...

aku melihat situasi diperak .. mb perak di jatuhkan oleh umno + dap.. dari kejatuhan itu.. siapa yang naik.. MB UMNO.. kerajaan masih PN.

kalau ikut pelan tun + kuli.. patut kerjaan baru.. tapi macam mana kalau umno/bn + pn sailang pelan tun + kuli..

angkat Hadi atau Zahid jadi PM ?.. kerjaan PN kekal..

tapi yang aku pelik nuar ni macam mana dia boleh dapat 113 kerusi ? kalau ikut situasi diatas tak mungkin nuar boleh ada 113 kerusi

yang aku nampak nuar cuma boleh dapat banduan .. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

All the shit happening in Malaysia all due fight between Azmin and Anwar. Malaysia akan aman damai tampa dua ekor ini. Lets kick these two idiot out. And DAP too stupid to see this. I had high hope for DAP but at the end they got sucked in by Anwar.

cikminah berkata...

Semoga Berjays, Tun!