Khamis, 24 Mac 2022

AMERIKA BOCORKAN SEMUA

 




Pereka mengaku serah kalung berlian RM92 juta pada Rosmah

SEORANG pereka barang kemas mengaku di mahkamah bahawa kalung berlian merah jambu RM97.2 juta yang didakwa dibeli dengan dana 1MDB diserahkan kepada Rosmah Mansor.

Lorraine Schwartz memberitahu juri Mahkamah Persekutuan Brooklyn di New York bahawa beliau menyerahkan sendiri kalung itu kepada Rosmah di atas sebuah kapal layar, lapor Bloomberg.

Laporan itu menyebut Schwartz mendakwa, pada waktu itu isteri kepada bekas perdana menteri Najib Razak sedang bersantai di atas sebuah kapal layar di luar pantai Monaco.

Kataya, turut hadir dalam pertemuan itu jutawan Jho Low yang kini dalam pelarian.

Schwartz mendakwa Low atau menghubunginya pada Jun 2013 untuk mereka kalung khas untuk Rosmah dengan berlian merah jambu dengan bentuk hati. 

Dakwaan itu bertentangan dengan kenyataan Najib pada 2018 bahawa berlian merah jambu itu hadiah daripada Sheikh Mansour Zayed dari negara Arab.

Menurut Schwartz, Rosmah pada asalnya meminta berlian 18 karat namun beliau hanya mempunyai berlian merah jambu 22 karat.

Salinan invois pembelian kalung berlian tersebut turut dikemukakan sebagai rekod rasmi mahkamah, menurut laporan Bloomberg.

Rekod mahkamah menunjukkan Rosmah membeli barang kemas bernilai AS$1.3 juta lagi dari Schwartz pada 2014, lapor agensi itu.

Turut dikemukakan, bukti mengenai pembikinan filem The Wolf Of Wall Street yang didakwa dibiayai dengan dana 1MDB.

Schwartz tampil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan terhadap bekas pengurus bank Goldman Sachs, Roger Ng dalam kes penyelewengan AS$6.5 bilion dana 1MDB.

Roger Ng didakwa bersubahat dengan Tim Leissner mengatur bon bernilai AS$6.5 bilion yang diterbitkan 1MDB. – 24 Mac, 2022.

NAJIB BUKAN

SAJA PENCURI

NAJIB JUGA

PENIPU BESAR

AMIN

BIL BELI INTAN

ADA  DIMAHKAMAH

 PAKAI DUIT 1MDB 

BUKAN HADIAH 

TOK ARAB

AMIN

TAK PERLU 

SUMPAH LAKNAT

AMIN

MANA NAK LARI

MANA NAK SOROK

AMIN

MASUKAN SGERA

NAJIB ROSMAH

DALAM  JIL

MALAYSIA AKAN

AMAN DAMAI

KHALAS

RAMPAS HARTA 

NAJIB ROSMAH

JADIKAN DANA

BANTU RAKYAT

MISKIN

AMIN

KHALAS



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MACC, apa macam? Ada resit, Ada saksi.

Soboi berkata...

Ini saya sokong.