Khamis, 24 Mac 2022

PERSEFAHAMAN MASIH WUJUD

 


MoU tamat jika dua belah pihak setuju, kata Wan Junaidi

MEMORANDUM Persefahaman (MoU) antara kerajaan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan akan tamat apabila kedua-dua belah pihak bersetuju, kata Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Poin 4.1 MoU tidak secara automatik menamatkan perjanjian walaupun semua perkara tidak dipenuhi kerana ia masih terbuka untuk perbincangan,” kata Menteri Parlimen dan Undang-undang itu semasa ucapan penggulungan pindaan Perlembagaan di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Santubong itu berkata Poin 4.1 bertujuan untuk menangani situasi seperti semalam di mana rang undang-undang kerajaan tidak dapat dilaksanakan kerana tidak cukup undi.

“Ia tidak akan jadikan MoU itu tamat secara automatik. MoU itu akan berakhir apabila kedua-dua pihak bersetuju dengannya,” kata Wan Junaidi.

Beliau berkata kerajaan dan PH memilih MoU kerana ia lebih fleksibel berbanding negara lain yang menandatangani perjanjian keyakinan dan pembekalan. 

“Ini membolehkan kita bincang terma dari semasa ke semasa kerana ia berdasarkan kerjasama strategik untuk memastikan kestabilan politik.”

Dalam ucapannya, Wan Junaidi berkata, MoU itu juga menyatakan kerajaan perlu berbincang dengan PH sebelum memperkenalkan usul atau rang undang-undang khas di Parlimen.

Berhubung undang-undang anti lompat parti, Wan Junaidi berkata Ismail Sabri bersetuju untuk mengadakan Sidang Khas Parlimen pada 11 April untuk membahaskan undang-undang itu.

“Sidang khas ini adalah mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3). Selain itu, perdana menteri telah bersetuju untuk melanjutkan sidang khas untuk tambahan sehari jika perlu,” katanya.

Wan Junaidi berkata tarikh itu ditetapkan untuk memberi notis 14 hari kepada semua ahli Parlimen.

“Kita akan bentang perkara ini seperti yang dipersetujui. Terpulang kepada ahli Parlimen untuk memutuskan sama ada menyokong atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Dewan Rakyat telah mengundi untuk membenarkan Raja-raja Melayu, Kerabat Diraja dan ketua-ketua negeri dikecualikan daripada mengundi.

Pada 4.50 petang, 181 ahli Parlimen mengundi menyokong pindaan Perlembagaan dengan 39 direkodkan tidak hadir. Tiada seorang pun ahli Parlimen yang mengundi menentang rang undang-undang tersebut.

Pindaan Perkara 119 memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan perintah mengecualikan mana-mana sultan, gabenor negeri, isteri, waris dan ahli keluarga mereka daripada daftar pemilih. – 24 Mac, 2022.


PERSEFAHAMAN

MASIH WUJUD

AMIN

SABRI 114 MASIH

PERDANA MENTERI

AMIN

ADA PROJEK

NAK JATUHKAN

SABRI  NAK 

BUBAR PARLIMEN

AMIN

INI PROJEK

GENG PENJARA

GENG MAHKAMAH

AMIN

CAMPUR GENG

BUKA DUA LUBANG

KAH KAH  KAH

Tiada ulasan: