Isnin, 21 Mac 2022

GEROMBOLAN BERGADUH

 



Laungan perpaduan dalam Umno hanya retorik, kata penganalisis

LAUNGAN perpaduan dalam parti semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini adalah retorik semata-mata, kata penganalisis politik.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight realitinya wujud perebutan kuasa dalam Umno dengan setiap puak mempunyai agenda tersendiri.

Menurut mereka, cara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dilayan semasa perhimpunan itu juga merupakan petunjuk jelas parti itu amat tidak berpuas hati dengannya.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata perebutan kuasa dalam Umno wujud sejak zaman bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Ini, katanya, tidak akan berubah.

“Bukan Umno jika tiada pertembungan. Perpaduan hanyalah retorik semata-mata,” kata Mazlan.

“Ia seperti menyambut Hari Raya, memohon ampun dan maaf, akan tetapi pada keesokan harinya bergaduh semula.”

Dua puak utama yang kini bertelagah ialah kluster mahkamah – terdiri daripada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak – dan Ismail serta anggota kabinetnya dari Umno.

“Orang seperti Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin langsung tidak menghormati Zahid.

“Kita juga mendengar ketua pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki bercakap tentang membersihkan rasuah dalam parti. Beliau mungkin tidak menamakan nama, tetapi kami tahu siapa yang beliau maksudkan.”

Semasa perhimpunan Umno yang berakhir pada Sabtu lalu, pemimpin parti menumpukan kepada gesaan supaya Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ketika Umno dan Barisan Nasional memperoleh tiga kemenangan pilihan raya negeri berturut-turut.

Khairy bagaimanapun berkata, krisis kesihatan Covid-19 sepatutnya reda dulu sebelum pilihan raya diadakan, satu perbezaan ketara terhadap gesaan yang dilontarkan presidennya.

Siap sedia

Ini juga merupakan petunjuk jelas tentang perbezaan pandangan dalam parti, kata James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania.

“Puak Zahid-Najib mendesak pilihan raya umum lebih awal, mungkin Jun atau selepasnya kerana mahu menghapuskan memorandum persefahaman (MoU).

“Puak kedua ialah Ismail, Hisahammudin Hussein dan selebihnya. Mereka mahu berpegang kepada MoU dan menangguhkan PRU selama mungkin kerana mereka mahu terus berkuasa.”

Ismail menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik dengan Pakatan Harapan pada 13 September tahun lalu, sejurus mengangkat sumpah jawatan bagi memastikan kestabilan politik.

Menerusi perjanjian itu, kerajaan akan melakukan beberapa pembaharuan politik dan institusi sebagai balasan kepada sokongan pembangkang kepada perdana menteri.

MoU itu juga menyatakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya boleh diadakan selepas Julai tahun ini.

Pemimpin Umno mendesak Ismail supaya tidak memperbaharui perjanjian itu dan menggesa pilihan raya umum diadakan secepat mungkin.

Mengimbas kembali ucapan Zahid di perhimpunan itu, Chin berkata adalah jelas Zahid meniup amaran halus menyuruh semua ahli merapatkan saf.

“Jika dilihat pada ucapan Zahid, jelas beliau amat tidak berpuas hati terutama dengan Ismail. Menggunakan perkataan berlapik, beliau sudah pun menghantar amaran kepada Ismail. Apabila beliau bercakap tentang sabotaj dalaman, itulah yang beliau maksudkan.

“Bila anda lihat daripada bahasa badan, apabila Ismail naik ke atas pentas, mereka meletakkannya di sebelah barisan hadapan walaupun beliau adalah perdana menteri.

“Sangat jelas Zahid memberi amaran kepada Ismail bahawa beliau perlu bersiap sedia. Ramai terlupa walaupun beliau adalah perdana menteri, beliau hanyalah naib presiden, beliau bukan juga pucuk pimpinan.”

Ketika Umno menarik sokongan kepada bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, Ismail adalah antara pemimpin Umno yang menyokong pengerusi Bersatu itu.

Walaupun Umno memutuskan untuk menarik sokongan kepada Muhyiddin, namun Ismail kekal dalam kerajaan bersama Bersatu dan PAS. – 21 Mac, 2022.


PAU DAH SELESAI

GADUH TERUSAN

KAH KAH KAH

GEROMBOLAN

ADA 4 TIM

KAH KAH KAH

PERTAMA

TIM PENJARA

KEDUA 

TIM MAHKAMAH

KETIGA TIM

TAK MENANG

PALING HEBOH

TAKDA JAWATAN

KAH KAH KAH

SEMUA LAWAN

TIM SABRI114

KAH KAH KAH

SABRI114 ADA

TIM MENTERI

YANG TAK NAK

HILANG JAWATAN

AMIN

NAJIB ZAHID

NAK MAT HASAN

GANTI SABRI114

KAH KAH KAH

KITA LIHAT

PERANG BESAR

BERTERUSAN

AMIN

KALAU MALAYSIA

BERNASIB BAIK

GEROMBOLAN 

PECAH 

 SEKALI LAGI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

https://suaramerdeka.com.my/123-bahagian-umno-lulus-usul-ismail-sabri-kekal-pm-hingga-habis-penggal/


Ini parti melayu ko, parti koleng nie... Dulu ckp 123 kekal sokong... Skang sudah kona... Kasi cepat bubar parlimen... Koleng mcm nie ,elok masuk karung guni, beduk beliti 2,3 tu...