Isnin, 21 Mac 2022

PKR PECAH LAGI ?

 



Hasrat Rafizi rebut jawatan timbalan presiden akan bawa perpecahan

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) khuatir hasrat Rafizi Ramli untuk membuat kemunculan semula hanya untuk merebut posisi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan membawa perpecahan dalam parti.

Ini kerana beliau sudah lama menghilangkan diri, kata Naib Ketua AMK Cabang Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman.

Lagipun, menurut beliau, tiada keperluan untuk Rafizi bertanding jawatan yang lebih tinggi sedangkan beliau telah diberikan tugas sebagai naib presiden sebelum ini namun beliau memilih untuk mengabaikannya.

”Justeru, saya ingin menyarankan kepada Rafizi untuk merendahkan sedikit ego demi penyatuan parti dengan mempertahankan jawatan naib presiden dan seterusnya memikul tugas sebagai pengarah pilihan raya.

”Saya yakin sosok yang amat berpengalaman dan setia dengan perjuangan seperti Datuk Saifuddin Nasution Ismail amatlah sesuai diangkat sebagai timbalan presiden,” katanya dalam kenyataan di sini.

Syed Badli menambah, beliau akan menyokong jika Rafizi bertanding naib presiden jika beliau berjiwa besar menerima pelawaan ini demi memperkukuh kedudukan PKR.

Beliau turut mengakui terdapat kebenaran dengan hujah Rafizi berhubung kelemahan prestasi parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15. 

PKR AKAN

PECAH LAGI ?

KAH KAH KAH

CIK RAFIZI MASUK

PARTI TERBARAI

KAH KAH KAH

BETUL KE?

KAH KAH KAH

KHALAS

 JALAN SELAMAT

 BOLEH DIBAWA

 OLEH SAIFUDDIN

AMIN


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rafizi sepatutnya bertanding untuk jawatan Presiden. Bawa agenda untuk menyatu kan party. Baru boleh menang.
Rafizi sudah terkenal dengan politik berani mati atau dlm BI 'gung-ho' politics. Ini lah masa nya untuk dia gunakan kerana ini saja cara boleh menyelamatkan PKR. Misi berani mati atau Do-or-die mission .
Jika Rafizi menang ada peluang untuk selamatkan PKR...Jika kalah akan terkubur lah dunia politic Rafizi DAN juga parti PKR...