Selasa, 19 April 2022

ANWAR SOSOK JUJUR BERPRINSIP

 



Anwar masih bertegas ada sokongan majoriti

ANWAR Ibrahim menegaskan beliau mempunyai sokongan mencukupi untuk menjadi perdana menteri pada 2020 dan masih mempunyai surat sokongan daripada ketua parti, katanya dalam satu temubual.

Tetapi presiden PKR dan ketua pembangkang itu berkata beliau tidak akan mendedahkan dokumen yang membuktikan sokongannya sehingga satu tarikh kemudian.

Beliau memberitahu The Vibes dalam temubual bahawa tawarannya untuk menjadi perdana menteri dibatalkan kerana beliau tidak bersetuju dengan “syarat” tertentu.

“Kita tolak dasar perkauman dangkal, kita tolak rasuah dan kita mesti ikut tadbir urus dan kepimpinan (Pakatan Harapan).

“Terdapat juga syarat lain untuk mengelakkan rampasan kerajaan yang pernah berlaku sebelum ini,” kata ahli Parlimen Port Dickson itu yang beberapa kali dipersendakan berhubung dakwaannya yang tidak menjadi kenyataan.

Anwar ditemubual oleh The Vibes, Malaysiakini dan Sinar Harian di pejabatnya semalam.

Beliau berkata tawarannya gagal kerana tidak bersetuju dengan “jaminan” untuk membenarkan pembebasan mereka yang terlibat dalam pertuduhan rasuah dan beliau tegas dalam perkara ini walaupun ia bermakna beliau tidak akan menjadi perdana menteri.

“Dari awal lagi syarat dalam perbincangan sudah dibentangkan dan saya tidak berganjak.

“Akarnya ialah ini; disebabkan syarat inilah saya gagal menjadi perdana menteri. Tetapi saya tidak boleh mengkhianati kepercayaan rakyat,” katanya.

Pada 23 September 2020 Anwar mengadakan sidang media dan menyatakan ada sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

“Alhamdulillah kini saya telah dapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli-ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah jatuh,” katanya.

Tawaran Anwar bagaimanapun gagal dan Muhyiddin kekal sebagai perdana menteri selama setahun lagi sebelum dijatuhkan oleh puak Umno yang diketuai presiden Ahmad Zahid Hamidi dan bekas presiden Najib Razak pada Ogos 2021. – 19 April, 2022.

INILAH CONTOH

PEMIMPIN JUJUR

BERHEMAH ALIM

SEMBAHYANG

KAH KAH KAH

ANWAR IBRAHIM

MENOLAK UNTUK

JADI PM

KERANA PRINSIP

KAH KAH KAH

SOSOK INI

WAJIB KITA

NOBATKAN

SEBAGAI CALON

TETAP

PERDANA

 MENTERI

MALAYSIA

AMIN

KHALAS

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Beliau berkata tawarannya gagal kerana tidak bersetuju dengan “jaminan” untuk membenarkan pembebasan mereka yang terlibat dalam pertuduhan rasuah dan beliau tegas dalam perkara ini walaupun ia bermakna beliau tidak akan menjadi perdana menteri.

Dah gagal, kenapa masih lagi buat siaran media "i have strong, formidable, convincing' majority support from members of Parliament to form a government"? dah umum baru nak tgk syarat-syarat ke? dah setahun lebih baru nak bagitahu?