Selasa, 19 April 2022

SABRI 114 HANYA POSTER

 




Zahid tidak akan beri laluan kepada Ismail Sabri untuk terajui BN, kata penganalisis

AHMAD Zahid Hamidi tidak akan melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Barisan Nasional bagi memihak kepada Ismail Sabri Yaakob kerana langkah itu akan memberikan perdana menteri terlalu banyak kuasa, kata penganalisis politik.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight bahawa tindakan itu juga akan memberi isyarat bahawa Zahid bersedia untuk meninggalkan politik apabila beliau tidak memberikan sebarang petunjuk untuk berundur.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat gesaan dari dalam Umno supaya Ismail Sabri dilantik sebagai pengerusi BN berikutan keputusan parti itu untuk menjadikan beliau sebagai calon perdana menteri untuk pilihan raya akan datang.

Mereka berkata menjadikan beliau sebagai ketua BN juga akan membantu beliau memenangi PRU15.

Ahli akademik Universiti Tasmania James Chin menyifatkan jawatan pengerusi BN sebagai jawatan penting yang secara tradisinya disandang oleh presiden Umno.

“Tidak mungkin Zahid akan melepaskan jawatannya kerana ia adalah jawatan penting. Secara tradisinya ia adalah milik presiden Umno yang kononnya perdana menteri, tetapi perkara itu berbeza sekarang di mana presiden bukan PM.

“Saya syak MCA dan MIC juga mahu mengekalkan tradisi bahawa jawatan pengerusi BN adalah jawatan presiden Umno sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya perubahan itu berlaku, Ismail akan berada dalam kedudukan yang lebih kuat untuk menuntut jawatan PM selepas PRU15, mencadangkan bahawa jawatan PM itu tidak semestinya miliknya walaupun beliau telah dijadikan poster boy untuk Umno.

“Sekarang ini hanya janji Zahid bahawa Ismail adalah calon PM tetapi perjanjian politik seperti ini tidak boleh dikuatkuasakan,” tegas Chin.

Khamis lalu, Majlis Tertinggi Umno sebulat suara mengundi untuk mencadangkan naib presiden Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri pada pilihan raya umum akan datang.

Tiada jaminan Ismail kekal sebagai PM

Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisomuddin Bakar juga berkata Zahid tidak akan menyerahkan jawatan BN kepada Ismail Sabri.

“Ia tidak akan semudah itu, ini mengenai pemusatan kuasa. Zahid tidak akan melakukannya dengan mudah. Ia seperti memberi Ismail jaminan untuk menjadi PM.”

Beliau juga berkata keputusan Umno untuk menamakan Ismail Sabri bukanlah jaminan bagi ahli Parlimen Bera itu.

“Pertama, jika BN menang, maka mereka perlukan perkenan Agong untuk menamakan Ismail Sabri sebagai PM.

“Seperkara lagi ialah mereka perlu merujuk pihak lain untuk kerjasama. Masih tiada janji untuk Ismail,” jelasnya.– 19 April, 2022.

ZAHID TRIK

SABRI 114

KAH KAH KAH

LANTIK SABRI

JADI POSTER

KAH KAH KAH

BUKAN JADI PM

TAPI  JADI POSTER

KAH KAH KAH

INI AMAT BERAT

GADUH TERUS 

TIPU

AMIN

SABRI 114 HANYA

SELAMAT BILA

NAJIB ZAHID

GENG MAHKAMAH

MASUK PENJARA

KHALAS

SELAGI TAK

DIREHAATKAN

MALAON INI

AKAN KACAU 

SABRI 114

AMIN

UNTUK SELAMAT 

SABRI 114

MASUKKAN NAJIB

KE PENJARA

SEKARANG !!!

AMIN

BILA INI BERLAKU

SEMUA AKAN

IKUT CAKAP

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: