Rabu, 20 April 2022

BERITA GEMBIRA

 



Pengguna kembali berbelanja besar sambut Hari Raya, kata peniaga

BERBEZA dengan keadaan sewaktu dua tahun pandemik Covid-19 mengganas, pengguna kembali berbelanja besar tahun ini bagi persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri, kata peniaga.

Usahawan ini memberitahu The Malaysian Insight, sambutan menggalakkan dari pengguna pada tahun ini menyebabkan jualan mereka meningkat lebih 100% berbanding tahun lalu.

Mereka melihat keghairahan pengguna itu turut dipacu dana dari pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mula dikreditkan kepada pemohon pada Isnin.

Seorang peniaga baju raya di Kuala Terengganu, Noor Suriani Zahid berkata, beliau berjaya menjual 500 helai baju kurung hanya dalam tempoh 10 hari berniaga di bazar Ramadan.


Peniaga itu berkata, keadaan tersebut jauh berbeza pada tahun lepas apabila hanya dapat menjual 400 helai pakaian dijual dalam tempoh sebulan berniaga.

“Pada mulanya saya bimbang nak ambil stok banyak, jadi saya hanya ambil stok sebulan sahaja.

“Tapi tak sangka dalam tempoh tiga hari saya berniaga stok saya hampir habis menyebabkan saya terpaksa berkali tambah stok baju untuk tampung permintaan pengguna,” katanya.

Noor Suriani, 34, yang ditemui di Bazar Ramadan Pusat Dagangan Terengganu berkata, trend perbelanjaan pengguna tahun ini cukup luar biasa.

Beliau memerhatikan, pengguna hanya membeli sepasang baju dalam tempoh dua tahun lalu tetapi kini membeli sehingga dua atau tiga pasang baju raya.

“Saya rasa sepanjang lima tahun saya berniaga ini pertama kali saya tengok pengguna berbelanja sakan. Sebelum Covid-19 pun pengguna tak berbelanja macam ini.

“Biasanya mereka akan berkira-kira dalam perbelanjaan dan beli hanya sehelai baju raya. Tapi tahun ini mereka beli dua tiga pasang baju raya.

“Pengguna tidak kisah harga, corak dan rekaan mereka akan beli juga, sebab katanya nak balas dendam dua tahun tak dapat balik raya,” katanya.

Noor Suraini juga gembira kerana hasil jualan yang sangat menggalakkan kali ini dapat menampung semula kerugian dialaminya disebabkan pandemik Covid-19.

“Dalam tempoh dua tahun perniagaan saya agak terjejas, jualan hari raya sebelum ini pun hanya sekadar untuk bertahan.

“Tahun ini jualan saya naik lebih 100% berbanding tahun lepas hanya 50% sahaja dan saya jangka sampai jualan saya boleh cecah sehingga lebih RM200,000,” katanya.

Sambutan Hari Raya kali ini dijangka meriah kerana perjalanan balik kampung dibenarkan semula selepas dua tahun sempadan negeri dan juga antarabangsa disekat bagi mengekang Covid-19.

Ia selaras dengan tempoh peralihan ke fasa endemik yang berkuat kuasa pada 1 April lepas.
.
Seorang peniaga capal, Mohd Ghazali Kori juga gembira kerana berjaya menerima tempahan walaupun belum membuka gerai di bazar yang terletak di Kuala Terengganu.

“Memang dari 2012 saya berniaga kita akan berniaga lewat, biasanya 10 hari sebelum nak raya disebabkan stok capal kita ditempah khas dan ia memang buatan tangan seratus peratus.

“Jadi kalau sebelum pandemik memang semua capal kita akan habis terjual biarpun kita mula berniaga di hujung (Ramadan). Tapi tahun ini memang saya peruntukkan stok lebih.”

Jelasnya beliau membuat persediaan itu berdasarkan pengamatannya ke atas corak perbelanjaan pengguna untuk membeli persiapan Hari Raya tahun ini.

“Sekarang ini pun dah ada yang tempah capal, kami boleh katakan hampir suku dari stok yang ada,” katanya yang menyediakan 259 pasang capal untuk dijual.

Mohd Ghazali, 35, berkata sambutan itu memberi kelegaan kepada peniaga sepertinya yang terjejas teruk kerana pandemik Covid-19.

“Dua tahun ini perniagaan kita memang terkesan sangat. Tahun lepas kita cuba berniaga tapi stok kita banyak tak terjual sebab mereka tak ada keperluan pun untuk buat persiapan raya.

“Dan biasanya kita sasarkan pembeli dari Kuala Lumpur yang balik kampung ke Terengganu. Tapi disebabkan tak boleh rentas jadi tak adalah pembeli kami,” katanya.

Peniaga baju Melayu dan kurta, Shafiq Adli pula berkata jualannya pada tahun ini sudah melepasi daripada jualannya tahun lepas iaitu sebanyak RM250,000.

Beliau yang menjual baju Melayu sejak 2015 tidak menyangka sambutan orang ramai tahun ini begitu menggalakkan malah pengguna tidak begitu kisah harga baju yang beli.

“Memang sambutan sangat luar biasa, harga baju yang jual serendah RM59 dan paling tinggi RM250 tapi setakat ini memang orang tak berkira-kira.

“Kalau beli itu memang mereka tak ada lah fikir dua kali sebab harga macam sebelum ini. Kalau mereka suka, pengguna akan terus beli,” katanya yang menjual di bazar Ramadan di Shah Alam.

Pemuda berusia 34 tahun itu turut menjangkakan jualannya akan semakin bertambah laris apabila pengguna sudah menerima pengeluaran dari caruman KWSP.

“Kita menjangkakan pengguna akan lebih berbelanja dan masa itu akan lebih sesak. Sebab itu sudah bersiap sedia dengan stok kita,” katanya.

Sekurang-kurangnya 5.3 juta pencarum memohon pengeluaran khas tersebut melibatkan dana berjumlah lebih RM40 bilion. – 20 April, 2022.

INI BERITA BAIK

UNTUK SEMUA

AMIN

GUA SENANG

BILA ORANG LAIN

GEMBIRA 

AMIN

GUA AKAN

JADI  GEMBIRA 

BERSAMA

AMIN

BUKAN TUMPANG

GEMBIRA TAPI

GUA SENANG

HATI LIHAT

ORANG GEMBIRA

AMIN

GUA JADI SEDIH

JIKA GUA LIHAT

ORANG LAIN

SEDIH

AMIN

GUA RASA

SUSAH BILA

ORANG LAIN

RASA SUSAH

AMIN

MARI KITA SESAMA

BAWA GEMBIRA

DALAM HIDUP INI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Soboi berkata...

Mengunakan duit pencen sekarang sama seperti happy now tomorrow we don't care..mana datang minda begins kalau tak di asak dengan u know what...plain stupid..