Ahad, 26 Jun 2022

ZAHID PEMIMPIN GTEGAS


Tajuddin gugur MKT Umno sebab kritik parti, kata Zahid

TAJUDDIN Abdul Rahman digugurkan daripada Majlis Kerja Tertinggi Umno kerana sikapnya yang mengkritik parti, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjelas lanjut sebaliknya meminta wartawan mendapatkan penjelasan daripada Tajuddin sendiri.

“Kena tanya beliau sendiri, apa kenyataan beliau telah buat, apakah bahan-bahan ucapan beliau atau ceramah atau bahan-bahan yang telah beliau nyatakan dalam mesyuarat tertutup, tanya beliau sendiri,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

Semalam, tersebar sepucuk surat penghargaan dan terima kasih bertarikh 21 Julai kepada Tajuddin yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, yang hari ini disahkan oleh Ahmad Zahid.

Tajuddin baru-baru ini dinamakan sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia dan menunggu watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong. 

Tajuddin adalah antara Ahli MKT Umno lantikan presiden, yang diumumkan bersama beberapa jawatan lantikan lain pada 14 Julai 2018.

Ketua Bahagian Umno Pasir Salak itu kalah dalam pemilihan parti pada Jun 2018 merebut jawatan naib presiden.

Dalam tempoh pelantikannya, beliau pernah juga diberi tanggungjawab sebagai pengarah pilihan raya Umno pada Nov 2020 sebelum digantikan oleh timbalan presiden Umno Mohamad Hasan pada Julai 2021.

Tajuddin diketahui antara pemimpin Umno yang cenderung mahu pemilihan parti diadakan dahulu sebelum Pilihan Raya ke-15.

Umno baru-baru ini meminda perlembagaan parti untuk menetapkan pemilihan parti diadakan tidak lebih enam bulan selepas pilihan raya umum.

Tajuddin juga antara pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan tindakan Ahmad Zahid mengetuai sekelompok ahli parlimen parti menarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pada Ogos 2021. – 24 Jun, 2022.



ZAHID PEMIMPIN

TEGAS

AMIN

TERAJANG MALAON

KAKI BISING

BUAT SIBUK

AMIN

APAKAH AGONG

AKAN BERI WATIKAH

PADA MALAON

YANG DIHINA OLEH

PARTI SENDIRI

KAH KAH KAH

TUGAS AGONG

JADI BERAT 

DAN PENDEK

AMIN

APAKAH JAKARTA

TERIMA BARANG

REJEK

KAH KAH KAH

KENAPA HINA

JAKARTA DENGAN

PRODUK BUSUK

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang agung pun tak ndak gangster pasir salak ni. Kalau agung nak dah lama agung sain watikah walaupun gering kaki. Sain watikah ni bukan pakai kaki pun.