Ahad, 26 Jun 2022

BILA ANWAR SERANG NAJIB


Buang mentaliti hamba sokong pemimpin korup, kata Anwar

TUGAS Pakatan Harapan bukan sekadar menyelamatkan ekonomi negara tetapi juga membebaskan rakyat daripada “mentaliti hamba”, kata Pengerusinya Anwar Ibrahim.

Walaupun tidak menamakan sesiapa dalam ucapannya di Morib malam tadi, Anwar merujuk kepada politikus tertentu yang masih lagi disanjung dan dipuji rakyat, walaupun sudah menjarah kekayaan negara untuk kepentingan peribadi mereka.

Memetik ayat Al-Quran, Anwar mengingatkan hadirin yang hadir, walaupun penting untuk hidup dalam sebuah negara yang makmur, rakyat juga perlu mempunyai pertimbangan baik dan membuat keputusan tepat.  

“Memanglah dalam zaman moden sekarang tidak ada lagi hamba, kitab oleh kata tiada lagi perhambaan tetapi secara tidak langsung kita masih mengamalkannya.

“Tengok sahaja bagaimana ada pemimpin yang kaya raya sedangkan rakyat masih miskin, apabila sepatutnya mereka membantu mereka yang memerlukan, tetapi mereka naikkan gaji dan elaun, tambah saiz Kabinet dan menteri ketika rakyat terpaksa tanggung beban peningkatan kos sara hidup. Ini perhambaan.

“Pada masa sama, ada juga orang yang masih menyokong penjenayah, mengidolakan mereka sebagai penyelamat walaupun orang ini sudah ambil berbilion masuk dalam poket sendiri. Di mana nilai kita?

“Bagaimana kita masih boleh sokong penyangak ini bila kes mereka dilaporkan media tempatan dan antarabangsa. Adakah kita masih lagi hamba?” tanyanya pada acara Jelajah Harapan Selangor, malam tadi.

Walaupun Anwar tidak menamakan sesiapa, ucapannya itu dipercayai merujuk kepada Najib Razak yang sudah disabitkan bersalah kerana korupsi.

Walau sudah sabit bersalah, bekas perdana menteri itu masih popular dalam kumpulan rakyat tertentu terutamanya di media sosial dan popular dengan slogan “Bossku”.

Najib mempunyai 4.6 juta pengikut di Facebook dan 977,000 pengikut di Instagram.

Dia turut aktif di Facebook, kerap memberikan perkembangan harian terkini menyentuh pelbagai topik berkaitan rakyat seperti kenaikan kos sara hidup dan mendesak kerajaan membenarkan lebih banyak pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pada 2020, Najib disabitkan bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan jenayah berkaitan penerimaan dana RM42 juta SRC International, menjadikannya bekas perdana menteri pertama Malaysia yang didakwa dan sabit bersalah.

Najib yang juga bekas menteri kewangan disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.   

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta tetapi kini dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Najib juga sedang dibicarakan kerana salah guna dana RM2.28 bilion 1MDB.

Dia berdepan 25 pertuduhan meliputi empat kesalahan salah guna kuasa dan 21 kesalahan pengubahan wang haram yang disyaki dilakukan antara 2011 dan 2013.

Selain Najib, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga sedang berdepan beberapa pertuduhan korupsi di mahkamah.

Rampas semula Kuala Langat

Acara malam tadi diadakan di Morib, kerusi negeri dipegang Hasnul Baharuddin (Amanah) selama dua penggal.

Morib terletak di bawah kerusi Parlimen Kuala Langat yang sebelum ini dimenangi Dr Xavier Jayakumar daripada Pakatan Harapan.

Xavier keluar PH untuk menjadi wakil rakyat bebas mesra kerajaan tahun lepas selepas terlibat dalam skandal korupsi.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata PH bersedia mengambil semula kerusi itu daripada Xavier dan percaya pengundi juga mahukan perkara sama.

“PH sudah berada di Selangor selama 15 tahun dan daripada hari pertama kita sudah mengatasi pelbagai cabaran. Pemimpin silih berganti tetapi rakyat masih memberikan kita mandat mencukupi untuk meneraju negeri ke potensi tertinggi. Kita telah buktikan apa yang kita boleh buat.

 “Walaupun ada kejadian di mana ramai antara kami, bekas kawan dalam PH meninggalkan kita, Selangor masih kukuh. Perwakilan kita menyokong satu sama lain dan kita akan terus bergerak ke depan.

“Di Kuala Langat bekas kawan kita tinggalkan kita, memang malang. Tetapi kita akan kembali untuk menang di sini. Saya yakin dengan sokongan ditunjukkan pengundi di Kuala Langat, yang kita akan mampu ambil semula milik kita,” katanya. – 26 Jun, 2022.

BILA ANWAR

SERANG NAJIB

MAKNAYA

RUNDINGAN

SAIFUDIN DG ZAHID

DAH GAGAL

AMIN

AWALNYA ADA

JANJI ZAHID

SOKONG ANWAR

JADI PM

AMIN

ANWAR AKAN

BEBASKAN

NAJIB & ZAHID

AMIN

NAMPAKNYA 

NAJIB & ZAHID

AKAN MASUK JIL

MAKA LEBIH BAIK

SOKONG SABRI 114

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan sembang saja. Kalau betul tak mahu rakyat jadi hamba, hapuskan semua pencen menteri, exco dan mp. Duit rakyat tu semua yg bayar pencen korang. Ingat kita ni hamba ke? Cakap tak serupa bikin. Setakat ni tak tau lah berapa ekor mp yg berani suarakan hal ini. Semua ni diaorang punya makan dalam terang dalam gelap pun boleh. Wakil rakyat kunun.... Puittt

Tanpa Nama berkata...

Anwar silap. Bukan mentaliti hamba. Kalau hamba hidup sengsara kerana terpaksa.
Ini mentaliti gundek. Walaupun gi gundekkan tapi bangga. Bukan gundek saja bangga, tapi satu keluarga, sanak saudara orang kampung semua turut bangga anak di gundekkan.
Melayu..Melayu..apa nak jadi lahai..

Tanpa Nama berkata...