Isnin, 8 Ogos 2022

PROJEK KAPAL KELUARGA RAJAPAKSA ... OPPS..


Bagaimana RM6 bilion lebur tanpa kapal tempur pesisir


SEBELAS tahun selepas projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion dianugerahkan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), tiada satu kapal pun diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Namun di sebalik situasi itu, kerajaan Malaysia membayar RM6 bilion kepada BNS, dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menjadi pemegang saham terbesarnya iaitu 61%.

Program LCS bermula pada 16 Disember 2011 apabila BNS dianugerahkan surat daripada Kementerian Pertahanan untuk membina enam LCS yang dikenali sebagai “Kapal Tempur Littoral Kapal Peronda Generasi Kedua (Kelas Frigate)” sebagai sebahagian daripada rancangan pembaharuan TLDM.

Kapal pertama sepatutnya diserahkan kepada TLDM pada 2017, manakala bakinya sepatutnya dihantar setiap enam bulan hingga 2021.

Walaupun surat anugerah dikeluarkan pada 2011, kontrak rasmi hanya ditandatangani pada 17 Julai 2014, sekali gus menyaksikan tarikh penyerahan kapal pertama ditangguh dari 2017 hingga April 2019.

Pada 2018, apabila Pakatan Harapan memerintah, projek itu ditangguhkan dan seterusnya dibekukan setahun kemudian.

Pada Oktober 2019, menteri pertahanan ketika itu Muhammad Sabu memberitahu Dewan Rakyat projek itu siap 55.7% setakat suku ketiga 2019, berbanding sasaran 78%.

Oleh kerana BNS tidak dapat mencapai sasarannya, ia mendorong tarikh penyerahan lewat tiga tahun hingga 2022.

Projek yang pada mulanya bernilai RM9 bilion, meningkat sehingga RM10.63 bilion disebabkan kelewatan itu.

Pada Oktober 2020, didakwa RM1 bilion daripada RM6 bilion dibelanjakan untuk projek itu setakat ini tidak dapat dikira. Perakaunan forensik yang dijalankan pada tahun sama mendapati wujud penyelewengan dan tiga individu ditahan SPRM.

Penemuan PAC

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memanggil Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein, bekas menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (Mindef) Muez Abd Aziz, Panglima TLDM Mohd Reza Mohd Sany, bekas Panglima TLDM Abdul Aziz Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Heavy Industries Corp Bhd Sharifuddin Md Zaini Al-Manaf dan ketua pegawai operasi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd Low Kok Chiang untuk memberi keterangan.

Susulan itu, PAC menyatakan usaha wajar kerajaan terhadap BNS gagal mengesan kelemahan kewangan syarikat.

Ia berkata, kerajaan perlu membayar yuran pendahuluan sebanyak RM1.36 bilion kepada BNS, yang bertentangan dengan protokol.

PAC berkata, kewangan BNS yang lemah berpunca daripada penyalahgunaan kuasa dan salah urus.

Sehingga 2018, BNS berhutang kepada syarikat pengeluar peralatan asal (OEM) RM801 juta dan RM956 juta lagi kepada bank.

Menurut PAC, BNS melantik dua syarikat lain untuk mendapatkan peralatan daripada syarikat OEM, menyebabkan kos semakin meningkat.

Jadual asal menyatakan lima LCS sepatutnya diserahkan kepada kementerian bulan ini.

PAC juga berkata, terma dan syarat kontrak LCS tidak memihak kepada kerajaan kerana bayaran untuk projek itu berdasarkan perkembangan dan perolehan barangan dan bukannya kemajuan pembinaan sebenar kapal.

PAC juga mendedahkan Kapal Diraja (KD) Maharaja Lela yang dilancarkan pada Ogos 2017 sebenarnya tidak lengkap dan dikembalikan ke limbungan selepas pelancarannya.

Reka bentuk asal Sigma yang dipilih oleh TLDM dan diluluskan oleh kementerian pertahanan juga ditukar kepada reka bentuk Gowind pada 11 Julai 2011, selepas BNS mengesyorkannya kepada menteri ketika itu, kata PAC. – 8 Ogos, 2022.

INI PROJEK

KAPAL KELUARGA

RAJAPAKSA..OPPS

SILAP 

KAH KAH KAH

PROJEK KAPAL

NAJIB & HISHAM

PENCURI & SEPUPU

AMIN

HANCUR NEGARA

INI KALAU 

KELUARGA 

RAJAPAKSA.. OPPS..

KALAU NAJIB 

ANAK BERANAK

TERUS BERKUASA

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

hamim berkata...

Tak habis habis songlap duit negara, harap kerajaan pinda undang undang supaya orang yang didapati bersalah songlap duit negara dihukum sula dikhalayak ramai

Tanpa Nama berkata...

Apa susah, yang penting bukan Pak Shyakh.

kjaklsja berkata...

Heran di Malaysia ni, takde langsung accountability, pengarah BNS boleh hilang mcm tu je dan langsung tak kena apa2, ini cara terbaru nak sakau duit dan lebih terhormat...