Isnin, 8 Ogos 2022

INI SEMUA DRAMA KARUT ARAB



Kerajaan satu dunia perlu bangkit tamatkan kepungan Israel ke atas Gaza

KUALA LUMPUR – Ketua-ketua kerajaan di seluruh dunia diseru supaya tidak kekal pasif dan mempamerkan dasar tidak bertindak berhubung kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap bumi Gaza.

Sebaliknya. mereka perlu bangkit bersama masyarakat antarabangsa dengan bertindak tegas untuk menamatkan kepungan ke atas Gaza, kata Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

“Kami mengutuk serangan berdarah dan kejam oleh tentera pendudukan Israel ke atas Gaza baru-baru ini, membunuh 10 orang, termasuk seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dan mencederakan puluhan orang.

“Israel melancarkan serangan baru di Semenanjung Gaza pada hari Jumaat, dan membunuh seorang komander kanan sayap bersenjata Jihad Islam.

“Serangan itu tidak akan dibiarkan tanpa tindak balas oleh pejuang Gaza dan provokasi maut ini akan menimbulkan gelombang kemarahan daripada penduduk di wilayah yang terkepung.

“Reaksi Israel bahawa serangan itu adalah untuk melindungi nyawa Israel adalah mengulangi dasar biadabnya untuk mewajarkan pembunuhan beramai-ramai (genocide),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azmi, Gaza telah dijadikan medan pembunuhan oleh tentera Israel apabila menyasarkan kanak-kanak dan wanita tanpa hukuman.

Katanya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak boleh berdiam diri dan semua resolusi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) berkaitan jenayah Israel terhadap kemanusiaan mesti dikuatkuasakan ke atas Israel.

Katanya, dunia telah menyaksikan banyak kebiadaban dan serangan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Gaza membunuh beribu-ribu nyawa termasuk kanak-kanak sejak sekatan Gaza pada 2006.

“MAPIM dan Gabungan Rakyat Asean untuk Palestin, mengulangi gesaan kami agar masyarakat antarabangsa segera bertindak menghentikan serangan barbarik oleh Israel.

“Kami juga mengecam sokongan penuh AS terhadap pencerobohan itu dengan alasan hak Israel untuk melindungi dirinya. Amerika Syarikat (AS) telah terlibat dalam jenayah Israel terhadap penduduk Gaza.

“Ini telah menjadi dasar konsisten AS walaupun pencabulan jelas Israel terhadap undang-undang antarabangsa dan serangan jenayah dan pengepungan Gaza membuktikan bahawa Israel adalah negara pengganas,” katanya. – 


GAZA WAJIB

DIBANTU

AMIN

TAPI JANGAN

LUPA INI 

TOK ARAB 

KAKI KARUT

AMIN

SENYAP SENYAP

BUAT DEAL DG

ZIONIS ISRAEL

AMIN

KEMUDIAN

SIBUK MINTA

MALAYSIA

INDONESIA

PAKISTAN 

SOKONG 

PALESTTIN

POOORAH

AMIN

TOK ARAB

BETULKAN

RUMAH SENDIRI

DULU

AMIN

MEREKA KONGSI

SEMPADAN DG

PALESTIN

AMIN

TOK ARAB

KAKI PUTAR

NUMBER WAHID

DALM DUNIA

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: