Selasa, 9 Ogos 2022

RAHSIA TIPU & CURU DUIT KERAJAAN



Dedah dokumen kapal tempur mungkin bocorkan rahsia negara, kata Zahid

BEKAS menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan bahawa pendedahan dokumen berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS) mungkin menjejaskan rahsia negara.

Beliau berkata pihak kerajaan perlu menangani isu ini dengan lebih bijaksana dan telus supaya tidak tenggelam dengan pendapat umum.

“PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) seharusnya lebih sensitif dalam mengendalikan keseluruhan proses siasatan, khususnya isu keselamatan negara kerana ia masih di peringkat siasatan,” katanya di Facebook hari ini.

Pada Khamis, PAC mendedahkan penemuan siasatannya terhadap pemerolehan itu. Ia mendedahkan bahawa tiada satu kapal pun telah dihantar selepas kerajaan membayar kepada pembuatnya RM6 bilion.

Mengikut jadual asal, enam LCS sepatutnya dihantar pada bulan ini.

Terdahulu hari ini, bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu dan timbalannya Liew Chin Tong meminta kerajaan untuk mendedahkan laporan siasatan khas bekas ketua juruaudit negara Ambrin Buang mengenai perolehan enam LCS itu.

“Laporan ini mempunyai maklumat kewangan yang tidak termasuk dalam laporan PAC,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Selepas mengambil alih pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan telah menugaskan bekas ketua audit negara Ambrin untuk menjalankan beberapa siri laporan penyiasatan terhadap pemerolehan dan kewangan kerajaan.

Walaupun laporan Ambrin mengenai urusan tanah melibatkan Kementerian Pertahanan telah dibentangkan di Parlimen pada 2019, laporan lain masih belum dikeluarkan.

Mohamed dan Liew juga menggesa kabinet untuk mendedahkan laporan forensik Boustead Naval Shipyard (BNS) mengenai LCS yang telah dilakukan oleh Alliance IFA pada 2019.

Walaupun lebih 11 tahun selepas kontrak LCS bernilai RM9 bilion diberikan kepada BNS, tentera laut masih belum menerima penghantaran kapal pertamanya.

Bagaimanapun, di sebalik kelewatan yang berlarutan, kerajaan telah membayar RM6 bilion kepada BNS, pemegang saham terbesarnya ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera, dengan 61% kepentingan. – 8 Ogos, 2022.

WOIT

TAK PERLU

BERSELINDUNG

DIBELAKANG 

RAHSIA NEGARA

KAH KAH KAH

TAKDA 

RAHSIA APA APA

AMIN

YANG ADA FAKTA

RASUAH

FAKTA CURI DUIT

FAKTA LOBI

NAK PROJEK 

FAKTA NAIKKAN

HARGA PROJEK

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah lama musuh negara berselindung dibawah akta rahsia rasmi. Siapa kah musuh negara? Mereka ialah perasuah pencuri penyamun dan pemakan komisen.