Selasa, 9 Ogos 2022

BAJU BURBERRY ON SALE



PM buat laporan polis akaun Telegram, Signal digodam

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan akaun peribadi Telegram dan Signal miliknya digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini, memaklumkan akaun itu dipercayai digunakan bagi aktiviti jenayah penipuan dan meminta individu yang menerima mesej daripada akaun tersebut untuk mengabaikannya serta membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Individu yang menerima mesej daripada akaun ini diminta mengabaikannya kerana ia adalah mesej palsu daripada individu yang menyamar sebagai perdana menteri.

“Individu yang menjadi mangsa penipuan kewangan dan lain-lain, hendaklah melaporkannya segera kepada PDRM dan SKMM bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan itu. – Bernama, 9 Ogos, 2022.

WOIT

JIKA TERIMA

IKLAN

BURBERRY

JUAL LELONG

JANGAN

PERCAYA

KAH KAH KAH

INI FITNAH

LAGI TOHMAH

KAH KAH KAH

INI IKLAN

DARI AKAUN

SABRI BLURBERY

YANG KENA

GODDAM

KAH KAH KAH 

AMIN

Tiada ulasan: