Khamis, 25 Ogos 2022

SABRI BELOT



Penyokong desak PM campur tangan bebaskan Najib

PENYOKONG Najib Razak mahu Ismail Sabri Yaakob campur tangan untuk membebaskannya segera daripada penjara dan mendesak Umno menarik balik sokongan kepada kerajaan jika perdana menteri enggan berbuat demikian.

Mereka mendesak perdana menteri mengusahakan pengampunan untuk Najib dalam minggu ini juga.

“Kami mohon Perdana Menteri untuk campur tangan dan mohon pengampunan diraja untuk Najib Razak dalam minggu ini.

“Jika tidak kami ingin Presiden Umno perlu tarik balik sokongan terhadap kerajaan sekarang untuk membolehkan parlimen dibubarkan segera,” kata Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz.

Beliau ditemui pemberita di luar pagar Istana Negara selepas menyerahkan memorandum tiga muka surat kepada pegawai perhubungan akhbar Istana Negara, Mohd Husni Yusop.

Syed Mohammad Imran sebelum itu mengetuai lebih 300 penyokong Najib berhimpun secara aman di hadapan Istana Negara di Kuala Lumpur bermula 2 petang tadi.

Syed Mohammad Imran dan dua pengiring kemudian dibenarkan masuk untuk menghantar memorandum yang dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong melalui wakil Istana Negara.

“Kami mohon presiden Umno, kami tak ingin subahat tapi selaku ahli Umno, kami mohon keluar dan tarik sokongan supaya ada pembubaran Parlimen jika tiada tindakan dibuat.

“Kami percayakan perdana menteri, tapi kalau perkara ini tidak berlaku kami anggap kerajaan ini zalim,” katanya.

Syed Mohammad Imran kesal kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) menganiaya Najib, pemimpin yang beliau sifatkan banyak berjasa.

“Jika hari ini Zahid tak berkeras, perdana menteri tak buat sesuatu, saya akan isytihar keluar parti.

“Baik saya kerjasama dengan DAP… pemimpin mereka meringkuk dalam penjara, mereka bekerjasama,” katanya.

Syed juga meluahkan rasa kecewa apabila tiada pemimpin Umno turun menyertai penyerahan referendum walaupun parti itu mempunyai 192 bahagian di seluruh negara.

Memorandum itu juga dikemukakan susulan dakwaan kononnya Hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Ghazali yang mengendalikan kes Najib sebelum ini, mempunyai konflik kepentingan berkaitan dengan perkhidmatan beliau sebelum itu.

Mahkamah Persekutuan minggu lalu permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu berkenaan dakwaan itu, yang diputuskan tiada kaitan dengan rayuannya.

Semalam Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dihadapi Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan sabitan dan hukuman Najib yang dijatuhkan oleh Nazlan pada 28 Jukai 2020 dan dipersetujui oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021. – 24 Ogos, 2022.



WOIT

APA DAH JADI

KAH KAH KAH

SABRI SENYAP

DAH BELOT

DAH JADI KENG

KAH KAH KAH

SABRI SUKA HATI

DAH SELAMAT

DARI KENA

KACAU NAJIB

AMIN

MASUKAN JUGA

ZAHID

KAH KAH KAH

BARU JAMIN

SELAMAT 100%

JIKA TIDAK

BAHAYA MASIH

WUJUD

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: