Khamis, 25 Ogos 2022

PEMIMPIN BERJIWA BESAR


Hukuman ke atas Najib tidak patut dirai, tapi jadikan pengajaran, kata Mat Sabu


MOHAMAD Sabu menggesa rakyat supaya tidak meraikan hukuman penjara yang dikenakan terhadap Najib Razak atas kesalahan rasuah sebaliknya harus menganggapnya sebagai pengajaran dan menjauhi jenayah.

Presiden Amanah itu berkata, rakyat tidak seharusnya bergembira dengan musibah yang menimpa seseorang, sebaliknya perlu berusaha untuk memastikan kejadian serupa tidak berulang pada masa depan.

“Kita tidak seharusnya berasa gembira apabila sesuatu musibah menimpa ke atas seseorang,” kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dalam catatan Facebook hari ini.

“Sebaliknya kita hendaklah menjadikan ianya sebagai suatu panduan dan pedoman, supaya kita yang masih berada di luar dan bebas ini, tidak mengulangi kesilapan.

“Jadikan segala bentuk musibah yang menimpa kepada orang lain sebagai suatu pengajaran kepada kita semua. Jangan kita bersikap angkuh dan sombong,” katanya.

Semalam, Najib dihantar ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuannya dan mengekalkan hukumannya dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Dalam keputusan sebulat suara, mahkamah memerintahkan Ahli Parlimen Pekan itu menjalani hukuman penjara 12 tahunnya serta-merta.

Najib juga perlu membayar denda RM210 juta dan jika gagal membayarnya, dia perlu menjalani hukuman penjara lima tahun lagi.

Bekas menteri pertahanan itu berkata, rakyat Malaysia terus berazam untuk membina negara yang lebih baik dan membanteras rasuah secara berterusan, agar Malaysia menjadi negara yang makmur, aman dan berintegriti, sekarang dan pada masa yang akan datang.

“Kita berusaha dan mendoakan supaya negara Malaysia dan rakyatnya berada dalam keadaan aman, damai, berintegriti dan keadilan sosial dapat ditegakkan sebaik mungkin pada masa yang akan datang,” katanya. – 24 Ogos, 2022.

INI CONTOH

PEMIMPIN

BERJIWA BESAR

AMIN

KENYATAAN

TEPAT & JUJUR

AMIN

WALAU PUN

MUSUH POLITIK

TIDAK SEMESTINYA

KITA RAYAKAN

AZAB  MEREKA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: