Jumaat, 2 September 2022

PELACUR HILANG PELANGGAN

 


Tiba masa Umno bergerak solo tanpa PAS, kata Zahid

AHMAD Zahid Hamidi hari ini berkata sudah tiba masanya untuk Umno bergerak ke depan tanpa PAS, seolah-olah menutup pintunya kepada sebarang kerjasama masa depan dengan parti Islam itu.

Presiden Umno itu berkata keputusan untuk bergerak secara solo pada pilihan raya umum akan datang adalah kerana sikap PAS sendiri.

“Parti sudah membuat keputusan bergerak secara solo akibat tindak tanduk dan sikap PAS sendiri.

“Tak perlu sedu sedan apabila PAS sendiri sentiasa main selamat dan mandi dalam beberapa kolam,” kata Zahid di Facebook hari ini. 


Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menjawab soalan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, pada kongres tahunan parti itu berkata PAS tidak pernah mengisytiharkan kerjasamanya dengan Umno di bawah Muafakat Nasional (MN) telah berakhir.

Beliau berkata MN lahir daripada dua parti terbesar di negara ini, hasil keyakinan rakyat yang semakin berkurangan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

“Atas sebab itulah Muafakat Nasional ditawarkan kepada rakyat Malaysia, sebagai satu bentuk resolusi yang berani dan tegas daripada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang atau kelas sosial, supaya Malaysia dapat dipimpin semula dengan lebih terarah dan bertanggungjawab.

“MN memerlukan kestabilan dan kekuatan politik, dan citra ini diterjemahkan oleh rakyat melalui siri-siri kemenangan dalam PRK selepas PRU14 yang memperlihatkan synergy yang jelas antara kedua-dua parti dan menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan ketika itu.

“Ini semua telah dijadikan sandaran asas dengan termeterainya Piagam MN.

“Kunci kejayaan dan kestabilan politik MN adalah kepercayaan, dan kepercayaan ini dirobekkan oleh PAS apabila memilih untuk menganggotai Perikatan Nasional di bawah Bersatu dan menenggelamkan momentum kerjasama yang dibina bersama Umno melalui MN,” kata Zahid. 

Semalam, Tuan Ibrahim juga berkata PAS tidak akan meninggalkan sekutunya Bersatu atau melupakan pengorbanan yang dilakukannya untuk membantu membentuk kerajaan sekarang.

Beliau berkata Umno juga harus berterima kasih kepada Bersatu dan pengorbanannya kerana mereka kini juga sebahagian daripada kerajaan persekutuan, sambil menambah sebaliknya Umno tidak akan mempunyai peluang untuk berkuasa. – 2 September 2022.

TERBAIK

GARIS TEPAT

DARI ZAHID

AMIN

TOLAK PELACUR

JUAL DUA LUBANG

KAH KAH KAH

BIAR PELACUR

KANG KANG

LUAS  LUAS

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: