Jumaat, 2 September 2022

TAHNIAH. RAM RAM SRI RAM


Pihak pendakwaan cuma jalankan tugas, kata Sri Ram

KETUA Pendakwa Raya Gopal Sri Ram berkata, pasukan pendakwaan hanya menjalankan tugas dalam memastikan Rosmah Mansor disabitkan dengan pertuduhan rasuah hari ini.

Beliau berkata pihak pendakwaan tidak mempunyai apa-apa faedah dengan keputusan yang disampaikan hari ini, menambah mereka tidak ada kepentingan peribadi dalam kes itu.

“Timbalan pendakwa raya dan pegawai penyiasat tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam kes ini, begitu juga saya.

“Kami hanya ditugaskan untuk melakukan tugas dan kami jalankan tugas tersebut,” kata Sri Ram kepada pemberita selepas keputusan kes rasuah Rosmah disampaikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta selepas didapati bersalah melakukan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Dengan ini, beliau merupakan yang pertama dalam kalangan isteri bekas perdana menteri berdepan hukuman penjara.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhannya sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Ketika disoal sama ada beliau gembira dengan keputusan yang disampaikan hari ini, Sri Ram sekali lagi mengulangi ia bukan soal perasaan mereka tetapi tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

“Kami tidak gembira atau gembira dengan apa-apa.

“Kami hanya di sini untuk lakukan tugas kami kemudian kami pergi ke peringkat seterusnya.

“Bukan peranan kami untuk bergembira apabila seseorang dijatuhkan hukuman,” tambahnya.

Sri Ram dalam masa sama memuji timbalan pendakwa raya dan pegawai penyiasat kerana melakukan tugas yang cemerlang dalam kes ini. – 1 September, 2022.

TAHNIAH

TIM PENDAKWA

AMIN

JELAS TUNTAS

PROFESIONAL

AMIN

RAM  RAM RAM

SERI RAM

BERAPA KALI

NAK KENA

BUANG OLEH

NAJIB & ROSMAH

TETAP CEKAL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: