Isnin, 7 Mac 2022

DINAFIKAN - AKHIRNYA TERBUKTI BETUL

 



Penduduk Tasik Kenyir tidak percaya pembalakan bukan punca banjir

PENDUDUK di sekitar Tasik Kenyir termasuk masyarakat Orang Asli tidak percaya aktiviti pembalakan bukan punca kejadian tanah runtuh dan banjir teruk yang melanda kawasan perkampungan mereka.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight jika bukan aktiviti pembalakan, dari mana datangnya lambakan sisa kayu dan kemusnahan begitu teruk di sekitar Tasik Kenyir dapat dilihat hari ini.

Alias Pelong, 56, yang tinggal di Kampung Sungai Berua, Hulu Berang berkata kehidupan masyarakat Orang Asli sudah lama diragut keselesaannya kerana aktiviti pembalakan.

Dahulu mereka boleh mencari hasil hutan sekitar 20 kilometer ke hulu sungai tetapi sekarang terpaksa ke kawasan lebih jauh di sekitar Tasik Kenyir kerana kegiatan pembalakan, katanya.

“Dulu kawasan hulu itu tempat rayau kami. Di situlah tempat kami cari makan tapi kawasan itu diambil dari kami dan pembalakan pun masuk. 

“Bila pembalakan masuk hasil hutan jadi berkurangan. Jadi kami terpaksa berpindah cari ke tempat lain lebih jauh di sekitar Tasik Kenyir.

“Perjalanan pergi sahaja mengambil masa tiga atau empat jam,” katanya, yang juga pengerusi jawatankuasa pembangunan keselamatan kampung Sg Berua.

Hujung minggu lalu, banjir teruk melanda Kampung Sungai Berua dan beberapa kawasan lain di Hulu Terengganu, meranapkan sekolah Orang Asli dan tiga rumah penduduk.

Masyarakat Orang Asli di kampung itu percaya banjir itu kerana aktiviti pembalakan.

Malah menurut Alias, belum pernah mereka mengalami banjir seteruk itu bahkan kampung itu tidak ditelenggami air semasa banjir terburuk di pantai timur pada 2014.

“Pada kejadian banjir hari Ahad itu, air naik di kampung pada jam enam pagi. Sebelum itu kita cuba nak selamatkan barang di sekolah tak sempat. Di sekolah air naik sampai enam meter.

“Melihat keadaan sangat teruk saya arahkan penduduk untuk keluar berpindah. Rumah saya tidak kena mungkin di tempat tinggi tapi rumah anak saya habis kena banjir,” katanya.

Alias berkata bencana itu juga menyebabkan trauma kepada masyarakat Orang Asli kerana ada yang masih enggan pulang ke rumah biarpun air sudah surut.

Masyarakat Orang Asli ini asalnya tinggal di Tasik Kenyir tetapi dipindahkan ke Kampung Sungai Berua kerana pembinaan empangan di tasik itu. Ketika ini dianggarkan seramai 600 penduduk Orang Asli tinggal di kampung tersebut.

Terengganu dilanda musibah banjir yang paling terburuk dengan jumlah mangsa direkodkan mencecah 20,000 penduduk, dengan Hulu Terengganu antara daerah paling terjejas.

Banjir itu mengejutkan apabila Tasik Kenyir yang terkenal kerana pelancongan dipenuhi puing kayu dan balak, seperti ditunjukkan dalam satu rakaman video yang tular minggu lalu.

Penduduk setempat dan aktivis alam sekitar menggesa kerajaan negeri membuat siasatan segera.

Bagaimanapun kerajaan negeri menafikan puing kayu dan kayu balak yang memenuhi kawasan Tasik Kenyir berpunca daripada pembalakan haram di sekitar tasik buatan itu.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kesan kemusnahan besar akibat banjir di daerah itu kerana gelinciran tanah dan aliran puing bersaiz sederhana di cerun Sungai Terengganu berhampiran stesen janakuasa elektrik di Kenyir.

Menurut beliau hasil siasatan jabatan perhutanan di sepanjang Sungai Terengganu berhampiran empangan mendapati, tiada aktiviti pembalakan dijalankan.

Tiga kejadian tanah runtuh di Tasik Kenyir turut menumbangkan menara penghantaran voltan tinggi Tenaga Nasional Berhad, memaksa syarikat itu menghentikan operasi stesen janaelektrik di kawasan itu.
Balak tepi tasik

Biarpun kerajaan negeri menafikan, penduduk Kampung Jenagor, Ghazali Abd Rahman yang juga nelayan di Tasik Kenyir berkata mereka memang tahu wujudnya aktiviti pembalakan di kawasan itu.

Pembalakan di sekitar kawasan tasik itu bukan perkara baharu malah sebenarnya wujud sejak Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan negeri lagi. 

“Tapi kemudian aktiviti pembalakan itu dihentikan cuma kami nelayan kemudiannya mengesan pembalakan semula pada tahun lepas,” katanya.

BN tidak jadi kerajaan di Terengganu dua kali iaitu selepas pilihan raya umum 1999 dan 2018.

Ghazali berkata mereka juga terkejut melihatkan kegiatan pembalakan berlaku di kawasan dekat dengan tasik.

“Memang nelayan dan penduduk ada cakap-cakap mengenai pembalakan sebelum ini. Tapi sekadar cakap-cakap meluahkan bimbang kerana kita tak tahu pembalakan ini haram atau ada kelulusan.

“Yang pasti biarpun kami tahu ada pembalakan tapi tiada apa yang boleh kami lakukan,” katanya.

Ghazali berkata Tasik Kenyir yang mempunyai keluasan 36,900 hektar itu menjadi nadi kehidupan penduduk di sekitarnya selama ini, yang terlibat dengan pertanian dan perikanan.

“Nelayan di Tasik Kenyir ada kira-kira 40 orang dari penduduk Jenagor dan Kg Dura. Bayangkan kalau pembalakan tidak dikawal dan apa kesannya kepada penduduk,” katanya.

Nelayan itu berkata pembalakan memang tidak berlaku di kawasan berhampiran dengan empangan tetapi di kawasan lain di Tasik Kenyir yang luas.

Tasik Kenyir, yang dibina pada 1985 untuk tujuan stesen janakuasa hidroelektrik, turut berfungsi untuk tebatan banjir.

Ia diapati Hutan Simpan Kekal Tembat di sebelah utaranya manakala di sebelah selatannya pula terletak Hutan Simpan Kekal Hulu Terengganu yang menganjur ke Taman Negara.

Air Terjun Lasir ditutup kerana pembalakan

Menceritakan lebih lanjut, Ghazali berkata kegiatan pembalakan sebelum ini pernah menyebabkan Air Terjun Lasir yang merupakan antara 14 kawasan air terjun semula jadi di Tasik Kenyir bertukar keruh dan berlaku hakisan tanah pada 2019.

Katanya kerajaan negeri juga mengakui pembalakan menjadi punca air keruh dan hakisan, dan kemudiannya menutup Air Terjun Lasir.

Malah dakwanya sepanjang lebih 60 tahun tinggal di situ, beliau belum pernah melihat gelongsoran bukit di kawasan hutan akibat hujan lebat dan banjir.

Katanya gelongsoran bukit itu boleh dilihat daripada rumahnya yang hanya kira- kira empat kilometer dari Empangan Kenyir.

Sementara itu aktivis alam sekitar, Suzairi Zakaria berkata hujan yang berterusan memang punca tanah runtuh ataupun fenomena kepala air sepertimana berlaku di Tasik Kenyir.

Bagaimanapun beliau berkata sudut lain seperti pembalakan dan penerokaan hutan juga perlu diambil kira kerana faktor itu turut menyebabkan proses hakisan akan bertambah buruk dan berlaku lebih cepat.

“Memang bila kerajaan negeri kata hujan lebat menjadi faktor gelinciran tanah dan banjir itu betul. 

“Namun pembalakan atau penerokaan hutan juga turut menjadi faktor yang menyumbang. Ia mempercepatkan proses hakisan dan bila hujan berterusan maka keadaan akan bertambah buruk,” katanya.

Aktivis itu yang aktif dalam pemuliharaan tumbuhan liar di kawasan pembalakan termasuk di Tasik Kenyir itu berkata aktiviti tersebut dikesan di Sungai Como dan Hutan Simpan Hulu Terengganu berdekatan Kampung Kemat.

“Pemerhatian kita mendapati berlakunya pembalakan di dua kawasan ini dan aktiviti itu aktif bermula pada  tahun lepas di Sungai Como dan 2019 di Kampung Kemat,” katanya.

Justeru itu beliau menggesa kerajaan mengkaji semula kegiatan pembalakan di kawasan tasik tersebut.

Aktivis itu berkata jika aktiviti itu tidak dikawal ia akan menyebabkan kemusnahan habitat semulajadi biodiversiti dan spesis flora dan fauna.

“Ia juga akan menjejaskan kualiti air minuman kerana air tercemar dek kemusnahan beberapa lokasi penting.

“Ini mengakibatkan loji rawatan air tidak dapat memproses air dengan baik dan sudah tentu akan memberi kesan kepada kesihatan,” katanya.

Tambahnya isu mengenai pembalakan tidak terkawal dan kesan kepada alam sekitar sering disuarakan olehnya namun ia sering dipandang enteng pihak berwajib.

“Macam kerajaan negeri alasan mereka lulus lesen pembalakan kerana mereka fikir ia untuk hasil negeri.

“Tapi tidakkah mereka fikir bila bencana begini mereka perlu keluarkan wang untuk baik pulih kemusnahan lebih tinggi daripada apa yang mereka terima.

“Sebab itu kita berulang kali minta kawallah lesen, bukan tidak boleh ada pembalakan tapi kawal. Kita harap kerajaan negeri juga perlu memastikan tiada elemen rasuah dalam pengeluaran lesen,” katanya. – 7 Mac, 2022.


CARA MEMBACA

BERITA DI MALAYSIA

MASIH TEPAT

AMIN

APA YANG DINAFI

OLEH KERAJAAN

ITU ADALAH BETUL

AMIN

SEKALI LAGI

CARA MEMBACA

BERITA DIBUKTIKAN

BENAR DAN SAHIH

KHALAS

KEYAKINAN 

ORANG RAMAI

TERHADAP MENTERI

PEGAWAI KERAJAAN

MAKIN KUREEENG

KAH KAH KAH

LIHAT SAJA

BAGAIMANA NAJIB

NAFI

JO LO TERLIBAT

 DALAM PROJEK

 MENCURI DUIT 1MDB

AMIN

DULU BOLEH

BERJAYA  MENIPU

TAKDA MEDIA LAIN

SEKARANG

KANTOI MANTOI

AMIN

TERIMA KASIH

RONALD  REAGAN

KHALAS

1 ulasan:

NKLpunya berkata...

Memang cilako lobai-lobai tu... mulut kumat kamit berbahasa Arab melondir menjual namo Maha Eso menunggang agama, kononnya depa tu alim penjago kesucian agamo dan kunci pintu syurgo tetapi kuat menipu, mengsonglap hasil bumi negaro ... ptuiii...!