Isnin, 7 Mac 2022

BAHAYA LETERIK DALAM AIR

 



TNB tutup 40 pencawang susulan banjir kilat

TENAGA Nasional Berhad menutup 40 pencawang di Kuala Lumpur berikutan banjir kilat petang ini.

Dalam catatan Facebook, syarikat itu berkata, ia sedang berusaha untuk memulihkan bekalan secara berperingkat ke kawasan yang terjejas.

“Usaha sedang dijalankan untuk memastikan bekalan elektrik di kawasan terjejas dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat,” menurutnya dalam catatan itu.

Syarikat itu memberi amaran sekiranya banjir semakin teruk, pencawang berkaitan akan ditutup bagi memastikan keselamatan pengguna.

“Jika banjir bertambah buruk, bekalan akan ditutup di pencawang elektrik yang terjejas bagi memastikan keselamatan pengguna tempatan.”

Hujan lebat petang ini menyebabkan banjir kilat di beberapa bahagian di ibu negara.

Gambar yang beredar dalam media sosial menunjukkan kereta tersangkut di jalan raya yang dinaiki air dan paras air meningkat di tempat letak kereta bawah tanah.

Laporan awal menyebut Jalan Kuchai Lama terjejas teruk, dengan beberapa jalan terputus akibat kenaikan air. Jalan Pinang turut dinaiki air.

Antara kawasan yang terjejas adalah terowong Tabung Haji, terowong Jalan Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Pahang, Jalan Sri Permaisuri dan Jalan Tun Razak.

Sehingga jam 4.45 petang, paras air di ibu negara dikategorikan sebagai berbahaya.

Dua stesen air di Gombak dan Bandar Country Homes dan Kampung Melayu Seri Kundang di Rawang berada pada tahap bahaya.

Dalam catatan Twitter, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak berkuasa sedang bergerak pantas untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir.

Beliau turut menggesa mereka yang berada di jalan raya supaya berhati-hati.

40 pencawang tersebut adalah:
1. Royal Cendana
2. Bukit Aman
3. Class G Qrt
4. PDRM Bukit Aman
5. Hospital Tang Lin
6. Tempat letak kereta Jalan Tanglin
7. Jabatan Kesihatan Daerah WP Kuala Lumpur & Putrajaya
8. Jalan Kebun Bunga
9. Jalan Young Stat
10. Pejabat Perancang Selangor
11. Banyan Tree Signature, Jalan Conlay
12. Amphitheater
13. The Royale Chulan Hotel
14. Pangsapuri Sri Jati, Jalan Jati
15. Kompleks Budaya Kraf
16. Restoran Sri Melayu
17. Rest Hotel, Jalan Jati
18. Kraftangan, Jalan Conlay
19. Hotel Westin
20. Lembaga Tabung Angkatan Tentera
21. Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang
22. Menara Keck Seng
23. Royal Selangor Golf Club
24. RHB
25. Wisma Inai
26. Bintang Goldhill, Jalan Tun Razak
27. The Forum
28. Jalan Bukit Bintang
29. Bukit Bintang
30. Ritz Carlton Hotel
31. Istana Johor, Persiaran Stonor
32. The Pearl, Jalan Stonor
33. Dua Residency, Jalan Tun Razak
34. Conlay Court
35. The Ascott, Jalan Pinang
36. Menara BIMB, Jalan Perak
37. Suria Stonor
38. MNI Tower
39. Hotel Impiana KLCC, Jalan Pinang
40. Lot 170, Jalan Perak. – 7 Mac, 2022.


 ESOK JANGAN

LUPA BELI

LILIN 

AMIN

LAMPU PICIT

DAN BATERI

AMIN

DAN SEDIAKAN

PELITA MINYAK

KHALAS

Tiada ulasan: