Ahad, 8 Mei 2022

PASAL APA SEKARANG BUKAN CERITA ?

 


Mengapa baru sekarang Muhyiddin buka cerita Zahid? – Shahril

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mempersoalkan tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin yang terus mendakwai Ahmad Zahid Hamidi memintanya campur tangan dalam kes mahkamah yang hadapinya.

Shahril berkata, Muhyiddin hanya melemparkan dakwaan itu selepas UMNO tidak ada lagi kepentingan kepadanya. 

“Jika perkara ini benar-benar berlaku pada permulaan penubuhan kerajaan PN (Perikatan Nasional), mengapa hanya buka cerita lepas dua tahun ketika kempen PRN Johor?

“Kenapa hanya apabila ditekan oleh UMNO, keluarkan cerita cerita sebegini? Hingga mengguna saluran utama untuk keluarkan dakwaan tersebut setelah tiada lagi kepentingan dengan UMNO? Kenapa tak dari awal?,” katanya dalam hantaran di laman  Facebook, hari ini.

Semalam Muhyiddin mendakwa Ahmad Zahid menunjukkan sejumlah fail berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau yang menjawat jawatan Perdana menteri ketika itu untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah.

Menerusi dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 26 April lalu, Muhyiddin berkata, Ahmad Zahid membuat permintaan itu selepas menghadiri mesyuarat di kediamannya.

Beliau berkata demikian dalam afidavit jawapan terhadap permohonan injunksi yang difailkan oleh Ahmad Zahid dalam saman fitnah berhubung dakwaan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu meminta bantuan Muhyiddin untuk menyelesaikan atau menangguhkan kes mahkamahnya.

Menurut Shahril, apabila UMNO membantu Muhyiddin dengan memberikan sokongan  kepadanya beliau tidak berbunyi.

“Inilah yang dimaksudkan peribahasa terhimpit hendak di atas, terkurung hendak di luar. Tidak mahu mengambil tanggungjawab atas ketidakikhlasan berkawan dengan UMNO.

“Dalam erti kata lain, sama ada ini cerita rekaan, atau beliau pentingkan jawatan selaku PM. Pilihlah yang mana satu,” ujarnya.

Menurut Shahril naratif yang lebih tepat lagi berhubung perkara tersebut ialah Presiden UMNO telah memimpin parti yang telah jatuh sehingga mampu bangun dan kembali ke landasan kemenangan.

Tambah beliau, Ahmad zahid telah membawa kejayaan-kejayaan dalam tempoh singkat yang tak terbayang dek akal sewaktu mula-mula pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 walaupun ditekan pelbagai pihak sejak 2018.

“Maka, lawan parti akan sentiasa tidak senang duduk, melempar pelbagai tuduhan dengan niat menjatuhkan, meskipun beliau tidak pun disabitkan apa-apa kesalahan lagi,” katanya



MUHYIDIN

BUKA CERITA

SEKARANG

KERANA

SEKARANG ADA

URA URA NAJIB

NAK MASUK JIL

KAH KAH KAH

MUHYIDIN NAK

BUKTIKAN DIA

TETAP TEGAS

DALAM KES

NAJIB SEBAGAI

PENCURI

KAH KAH KAH

MUHYIDIN TEGAS

TAK CAMPUR

MAHKAMAH

AMIN

INI BUKTI

MUHYIDIN TEGAS

AMIN

Tiada ulasan: