Ahad, 8 Mei 2022

MOTOSIKAL DAN MAUT

 

Penunggang, pembonceng motosikal rekod kes maut tertinggi

KEMALANGAN maut membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal merekodkan jumlah tertinggi dengan 88 kematian dicatatkan di seluruh negara setakat semalam sejak Op Selamat 18 sempena Aidilfitri dilancarkan pada 29 April lalu.


Timbalan Ketua Polis Negara Razarudin Husain, berkata kemalangan maut membabitkan pemandu dan penumpang kenderaan lain pula mencatatkan 44 kematian diikuti pejalan kaki dengan 8 kematian serta penunggang basikal (1 kematian).

“Keseluruhan kes kematian sepanjang Op Selamat 18 adalah sebanyak 141 kematian dalam 135 kemalangan maut yang berlaku di jalan raya di seluruh negara,” katanya hari ini.

Beliau berkata, selain itu, polis secara keseluruhannya merekodkan sebanyak 12,985 kemalangan di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya, setakat semalam juga, sejumlah 257,808 saman dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan trafik. 

Razarudin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 194,445 saman dikeluarkan kerana kesalahan utama iaitu memotong barisan, memotong garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju serta menggunakan alat telekomunikasi. – Bernama, 7 Mei, 2022.

 PEMBONCENG

MOTOSIKAL

PALING BAHAYA

AMIN

PASTI MEREKA

ANAK MUDA

AMIN

PEMBONCENG

MOTOR 

MAT REMPIT

PASTI CIKARO

KAH KAH KAH

APAKAH CIKARO

YANG GUGUR  ?

AMIN 

RUGI GILA

AL-FATIHAH

 KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: