Khamis, 5 Januari 2023

INI KERJA NGOK


Polis tahan lelaki disyaki jual air ketum di kedai makan

POLIS menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran air ketum dan merampas 37.5 liter air ketum daripadanya dalam serbuan di sebuah kedai makan di Bayan Lepas, di Balik Pulau semalam.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, polis membuat intipan dan risikan sejak seminggu lepas sebelum menyerbu premis itu serta menahan lelaki berusia 43 tahun berkenaan.

“Semasa serbuan, lelaki itu sedang menjual air ketum di premis tersebut. Polis merampas sebuah tong yang di dalamnya terdapat enam bungkus plastik hitam dengan setiap bungkus plastik mengandungi 25 bungkusan plastik air ketum.

“Keseluruhan air ketum dirampas ialah 150 bungkus yang dianggar sebanyak 37,500 mililiter bernilai lebih RM1,000,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan lelaki berkenaan kini direman empat hari bagi siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
– Bernama, 5 Januari, 2023.




HENTIKAN

KERJA NGOK INI

AMIN

KETUM BAHAN

ASLI UNTUK 

BADAN SEHAT

AMIN

BEBASKAN KETUM

DARI BAGINDA

QUEEN YANG

DAH MANGKAT 

AMIN

 JADIKAN KETUM

 EKSPOT PAK TANI

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jual dekat kedai makan, intip lama lama buat apa, kalau dapat sebungkus bagus jugak lah, kah kah kah pi lah buat kerja sepatutnya jaga aman jaga jenayah jaga keselamatan orang ramai bukan setakat jaga VIP saja setiap masa, kah kah kah jaga jalanraya, sesak sini sana susah nak nampak Polis pun, patutlah senang orang pergi kerja pergi sekolah pergi mana mana waktu puncak, tapi seekor pun tak nampak, susah nak betul kan semua nak publisitinya saja, wayang asyik dalam media sosial, kalau buat kerja betul orang nampak akan puji, tak payah sibuk buat program woit kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Ketum biaq tongkat ali kacip fatimah juga herb mandul orang melayu lain lain bangsa whiskey jer seumpama malam yang mandul bintang tiada