Isnin, 2 Januari 2023

JANGAN MUSNAHKAN SEJARAH



Guan Eng harap SPPP sedia laksana keputusan kerajaan



BEKAS menteri kewangan Lim Guan Eng berharap Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bersiap sedia untuk melaksanakan keputusan yang bakal diambil kerajaan perpaduan berhubung perkhidmatan feri ikonik negeri itu.

Lim yang juga ahli Parlimen Bagan berkata beliau sudah berbincang dua kali dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung feri ikonik yang ditamatkan perkhidmatan pada 2020.

“Kami telah adakan satu perbincangan yang konstruktif… saya hanya lahirkan harapan kepada SPPP sekiranya kerajaan buat apa-apa keputusan, mereka harus bersiap sedia untuk melaksanakannya,” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Bagaimanapun, Lim tidak mendedahkan sama ada perkhidmatan feri ikonik itu akan kembali beroperasi pada masa depan di bawah kerajaan perpaduan.

Perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang yang beroperasi lebih 126 tahun, ditamatkan pada 2020 dan perkhidmatan feri sedia ada hanya boleh digunakan oleh penunggang motosikal dan basikal manakala bot laju untuk membawa penumpang individu. – Bernama, 2 Januari, 2023.

INI WARISAN

INI SEJARAH

INI ROMANTIK

SATU KETIKA

DULU

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isham, Feri PULAU PINANG ada berapa? Kalau lu bijak lu jawab