Isnin, 2 Januari 2023

TIPU YANG AMAT PELIK



Johor kesan 19 kes tipu menyamar ejen RMMJ dan PPR


KERAJAAN Johor mengesan 19 kes sindiket penipuan yang menyamar sebagai ejen Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan kerugian melibatkan kira-kira RM122,000, tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Mohd Jafni Md Shukor berkata sindiket itu dilaporkan berlaku sejak Julai tahun lepas dan suspek utama dipercayai seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun.

Beliau berkata mangsa mendakwa telah dikenakan bayaran deposit pembelian rumah sebanyak RM500 hingga RM5,000 dan mereka dijanjikan akan mendapat rumah yang dimohon.

“Pada awalnya empat mangsa membuat aduan di kaunter Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) bahawa mereka ditawarkan rumah RMMJ dan PPR serta perlu menjelaskan bayaran deposit.

“Susulan itu, kerajaan negeri membuat laporan polis dan meminta Ketua Polis Johor (Kamarul Zaman Mamat) menyiasat dan mendapati ada 19 laporan polis telah dibuat oleh mangsa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jom Turun @ PPR Sri Stulang dan Sri Iskandar di Johor Bahru hari ini.

Menurut Mohd Jafni lelaki berusia 55 tahun itu telah pun dituduh di mahkamah dan beberapa kes lagi akan dituduh ke atas individu terbabit.

Tegasnya kerajaan negeri tidak pernah melantik ejen atau orang tengah bagi permohonan RMMJ dan PPR di negeri ini selain tiada sebarang bayaran dikenakan bagi permohonan yang boleh dilakukan menerusi portal eRumah atau hadir ke pejabat PKPJ.

Sementara itu, Kamarul Zaman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kes itu. – Bernama, 1 Januari, 2023.



INI KES TIPU

YANG PELIK

KAH KAH KAH

UMUR SI PENIPU

DI KETAHUI

KAH KAH KAH

MUSYAHIL

TAK TAHU SAPA

PENIPU INI

AMIN

KENAPA TAK

DI TANGKAP

KAH KAH KAH

PELIK AMAT

PELIK

KAH KAH KAH


Tiada ulasan: