Isnin, 6 Februari 2023

AMANAT PUNAT DARI AL-KAWAHLI


PAS bersedekah bukan hanya masa pilihan raya, kata Hadi

PAS bersedekah bukan hanya pada masa pilihan raya tetapi pada setiap masa kerana amalan kebajikan itu dituntut dalam Islam, kata presidennya  Hadi Al-Kawahli.

Hadi juga menjelaskan konsep sedekah bukan terikat hanya pada harta dan barang sebaliknya luas sehingga merangkumi ilmu, khidmat tenaga dan nasihat.

“Ahli-ahli PAS menghayatinya dalam semua lapangan sejak peringkat awal sebelum dan selepas penubuhan PAS lagi. 

“Penglibatan mereka bukan hanya dalam politik dan ketika musim pilihan raya, bukan secara terpilih mahupun bermusim,” katanya.

Hadi memberi contoh bagaimana ulama awal dalam PAS mengajar ilmu secara percuma termasuk membuka pondok dan sekolah agama rakyat selain mengajar di masjid dan surau.

Wakil rakyat PAS sejak pilihan raya umum pertama sebelum merdeka pun terus memberi khidmat kepada rakyat walaupun mereka dipulau oleh kerajaan yang menindas pembangkang, katanya.

Hadi mendedahkan ada wakil rakyat PAS yang menanggung hutang kerana berkhidmat kepada rakyat yang memerlukan bantuan.

“Hutang-hutang itu hanya dapat dijelaskan selepas mereka bersara dan tidak menjadi wakil rakyat lagi. 

“Itu adalah bukti khidmat wakil rakyat PAS sepanjang masa dan kepada semua, bukan hanya pada musim pilihan raya umum, pusat, negeri dan pilihan raya kecil semata-mata,” katanya.

Hadi menjelaskan persoalan sedekah ini ketika parti Islam itu dituduh melakukan rasuah membeli undi semasa pilihan raya umum lepas.

Empat petisyen dikemukakan di mahkamah untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 di Gua Musang, Kuala Terengganu, Kemaman, serta Marang – yang dimenangi oleh Hadi sendiri – antara lain atas alasan berlaku sogokan kepada pengundi.

Sebelum ini tular satu rakaman video menunjukkan seorang individu, yang dikatakan pemimpin PAS kawasan, mengagih wang kepada pengundi yang kemudian bersumpah atas nama Allah mereka akan mengundi parti Islam itu.

Hadi menafikan pemberian wang itu melibatkan calon atau wakil calon PAS sebaliknya “sedekah daripada orang awam”, yang bukan menjadi kesalahan pilihan raya.

Dalam tulisannya hari ini, Hadi berkata tuduhan mengatakan PAS merasuah pengundi semasa pilihan raya “terlalu kecil” bagi mereka yang bersedekah, jika dibanding dengan memberi bantuan hanya semasa pilihan raya.

Beliau menyifatkan mereka yang hanya membantu untuk tujuan politik tidak ubah seperti ayam yang bertelur sebiji tetapi riuhnya sekampung.

Menurut Hadi, parti politik yang pernah atau sedang bekerjasama dengan PAS tahu tentang pengorbanan jentera PAS yang “tidak bermusim dan bertempat tanpa meminta upah daripada manusia”.

“Inilah hasil tarbiah yang tidak memisahkan urusan dunia daripada urusan agama yang berwawasan akhirat. 

“Perkara ini hanya boleh didapati dalam Islam, tetapi tidak terdapat dalam ideologi ciptaan manusia,” katanya. – 6 Februari 2023

WOIT

KAH KAH KAH

INI  PUNAT... OPSS

AMANAT BARU

DARI AL-KAWAHLI

AMIN

BERI RASUAH

OOPS... SILAP

BERI SEDEKAH

DAPAT BIDADARI

KAH KAH KAH

YANG POMPUAN

DAPAT GAPO

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ottt bhaiii..bab ni ko kena tanya mat sapu...oppps mat sabu...masa dia jadi ayam sabung pas dulu...kemana duit sumbangan dan sedekah ahli pas dulu..kah kah kah