Isnin, 6 Februari 2023

KHAIRY BAWA POLITIK BARU


Elok tubuh parti baharu kalau betul Khairy boleh tarik anak muda, kata Puad

KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar, yang dipecat dari Umno baru-baru ini, boleh menubuhkan parti baharu untuk menarik sokongan anak muda, sekiranya benar beliau ada tarikan kepada anak muda, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi.

Beliau mengulas pandangan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob yang berpendapat Khairy ada tarikan kepada anak muda dan Umno rugi kerana membuangnya dari parti.

“Ismail Sabri kata, KJ (Khairy) ada magnet. Umno rugi kerana buang magnet untuk tarik orang muda. Masa KJ jadi Ketua Pemuda ramaikah anak muda ditarik oleh magnet KJ untuk sokong Umno?

“Mungkin anak muda sokong KJ tetapi bukan pada Umno. KJ tidak merayu pemecatannya. Apa salahnya KJ tubuh parti baru. Kita tengok apakah anak muda akan berduyun masuk ikut magnet KJ,” katanya.


Sekiranya tidak mahu menubuhkan parti baharu, Puad menyarankan Khairy supaya menyertai Bersatu atau PAS.

“KJ boleh buktikan magnet dia, ok. Jangan pula jadi penumpang kepada parti itu,” katanya.

Dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia semalam, Ismail Sabri berkata Umno mengambil risiko memperjudikan sokongan anak muda kepada parti itu apabila memecat dan menggantung pemimpin yang lantang mengkritik parti, terutamanya Khairy.

“Kita memberi petanda yang salah kepada mereka, iaitu parti Umno tiada demokrasi, dipecat atau digantung. Itulah persepsi mereka sekarang terhadap parti ini,” katanya.

Khairy setakat ini belum mengumumkan langkah politiknya tetapi membayangkan sedia bertanding pilihan raya negeri Selangor yang perlu diadakan pertengahan tahun ini.

“Ada kemungkinan itu sekiranya ada kesesuaian dengan parti yang sesuai,” katanya kepada The Malaysian Insight dalam satu wawancara minggu lepas. – 6 Februari, 2023.

KHAIRY BIJAK

CAKAP ORANG

PUTIH

AMIN

LEBIH BIJAK DARI

ZAHID & MAIL

AMIN

LULUSAN OXFART

BUKAN

MALAY STUDIES 

DARI UM

KAH KAH KAH

BAKAL PEMIMPIN

NEGARA

KHALAS

1 ulasan:

Meh berkata...

yaaa bijak rembat 100juta kementerian belia... dan opkos beli beksin berbiliunn bak kata tun ghapar

----------------------_-----------------------
teh tarik alor setar sedapppp