Jumaat, 3 Mac 2023

SESEORANG BERNAMA NAJIB




'Seseorang' lebih berkuasa beri arahan kepada Jho Low, kata saksi

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur diberitahu ‘seseorang’ yang lebih berkuasa memberikan arahan kepada Low Taek Jho atau Jho Low kerana adalah mustahil bagi ahli perniagaan dalam buruan itu untuk menguasai berjuta-juta dolar wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa individu berkenaan.

Kevin Micheal Swampillai, 59, yang berkhidmat dengan BSI Bank Singapore dari 2010 hingga 2016 berkata ‘seseorang’ itu boleh jadi ketua pengarah atau perbendaharaan atau seorang individu daripada kerajaan.

“Saya tidak fikir Jho Low boleh menguasai wang berjuta-juta dolar sesuka hati namun individu itu tidak semestinya Najib Razak,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-44 itu berkata demikian ketika disoal balas peguam utama Najib iaitu Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes rasuah bekas perdana menteri tersebut yang membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Kevin juga berkata bank itu hanya berurusan dengan Jho Low melalui bekas Pengurus Perhubungannya iaitu Yak Yew Chee oleh itu beliau mempunyai interaksi yang amat terhad dengan ahli perniagaan tersebut dan mungkin bertemu dengannya dua atau tiga kali.

Saksi itu juga berkata Jho Low tidak pernah secara peribadi memaklumkan bahawa beliau rapat dengan Najib.

Kevin juga bersetuju dengan Muhammad Shafee hanya kerana SRC International Sdn Bhd dan 1MDB dimiliki oleh Kementerian Kewangan ketika Najib menjadi Menteri Kewangan ini tidak bermakna Najib tahu semua transaksi yang membabitkan kedua-dua entiti.

Selain itu Kevin berkata beliau dan rakan lain dari BSI Bank meluahkan rasa syak wasangka mereka berhubung 1MDB dan SRC International kepada pihak atasan bank tersebut namun digalakkan untuk meneruskan transaksi yang menguntungkan serta membabitkan jumlah wang yang besar.

Katanya beliau berasa pelik kerana kesemua syarikat berkaitan kerajaan atau dana kekayaan negara Malaysia itu memilih BSI Bank yang bukan sebuah bank besar dan mengesahkan transaksi yang dilakukan membabitkan jumlah wang yang besar.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung 17 April depan. – Bernama, 2 Mac 2023.

SESEORANG

BERNAMA NAJIB

PILIHARA CHINA

BERNAMA JO LO

AMIN

TUJUAN PILIHARAA

CHINA UNTUK 

TIPU MELAYU

DAN CURI

DUIT NEGARA

AMIN

INI BUKAN

ALI BABA

INI NAJIB

ALI BABI

AKIN

KHALAS

Tiada ulasan: