Jumaat, 3 Mac 2023

APA BERSATU NAK BUAT


DAP-Umno mahu hapuskan Perikatan di Pulau Pinang, kata Wan Saiful

AHLI Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan berkata mereka akan terus mempertahankan empat Adun Perikatan Nasional (PN) di Pulau Pinang yang didakwanya dipaksa keluar oleh DAP-Umno di bawah undang-undang anti-lompat parti.

Beliau berkata pagi ini beliau bertemu Adun dan Pengerusi PN Pulau Pinang Dr Dominic Lau berhubung isu itu.

“Kami amat bimbang dengan usaha kerajaan DAP-Umno di Pulau Pinang yang mahu menghapuskan semak imbang di negeri ini dengan cara memaksa empat orang Adun PN mengosongkan kerusi mereka. Usul itu akan mereka bawa dalam Sidang DUN pada minggu ini.

“Usaha ini menggambarkan betapa sikap kediktatoran semakin mencengkam dalam gabungan Umno-DAP ini,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Wan Saiful berkata tiada lagi keinginan untuk mewujudkan pentadbiran seimbang berteraskan semangat demokrasi sebenar.

“Mereka hanya mahu memastikan mereka kekal berkuasa tanpa sebarang semak imbang supaya mereka boleh melakukan apa sahaja,” katanya.

Semalam Mahkamah Tinggi menolak permohonan empat Adun itu untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang DUN Pulau Pinang daripada membentangkan usul supaya mereka mengosongkan kerusi.

Kesemua Adun terbabit yang juga plaintif ialah Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang).

Pesuruhjaya Kehakiman Azizan Md Arshad memutuskan mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam urusan dalaman Parlimen atau mana-mana DUN.

Beliau berkata mahkamah perlu sentiasa mengiktiraf doktrin pengasingan kuasa.

“Imuniti ini timbul daripada doktrin pengasingan kuasa antara tiga organ utama kerajaan iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.

“Jika ketiga-tiga cabang ini dibiarkan akan berlaku pertembungan yang boleh memusnahkan doktrin pengasingan kuasa yang mampu menjejaskan kebebasan ketiga-tiganya mengikut bidang kuasa masing-masing,” katanya dalam penghakiman yang disampaikan melalui e-mel. 

Adun terbabit memfailkan sama pada 2020 bagi mencabar keperlembagaan Perkara 14A(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan menghalang kerusi mereka daripada diisytiharkan kosong selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 14A(1).

Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan seseorang Adun hendaklah mengosongkan kerusinya jika dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau dipilih selain sebagai calon parti politik menyertai parti politik lain.

Wan Saiful berkata Adun akan membawa perkara itu dalam mesyuarat DUN minggu ini.

“Insha-Allah gelombang PN akan bersama kami dalam usaha menawan Pulau Pinang,” katanya.

Lau dalam satu kenyataan berkata langkah menyingkirkan Adun itu adalah cara PH cuba menyekat perubahan yang dibawa PN di Pulau Pinang.

“DAP-Umno takut dengan peningkatan sokongan kepada PN. Langkah itu juga untuk menyekat suara pembangkang menjelang pilihan raya negeri,” katanya. – 3 Mac, 2023.

WOIT

JELAS BERSATU

 SUDAH

TAHU PROJEK

DAP

AMIN

SOALANNYA

APA BERSATU

NAK BUAT

AMIN

APA LANGKAH

NAK DIAMBIL

AMIN

APAKAH HANYA

 TONGGENG

DAN TERIMA

KAH KAH KAH

HANYA BUAT

HEBOH 

LAIN TAKDA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: