Sabtu, 25 Mac 2023

PENCURI NAK AJAR ISLAM !



Parti Islam seleweng agama satu ancaman – Zahid

KUALA LUMPUR – Ada parti yang menampilkan imej Islam sehingga ahli dan pemimpinnya berasa ajaran yang dibawa adalah ‘lebih beragama’ daripada pihak lain.

Kebimbangan itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri,  Ahmad Zahid Hamidi yang berpendapat fahaman tersebut wajar dibendung.

“Kita tidak mahu ummah kita terlalu melayani perbezaan (politik) dalam kalangan kita kerana ini akan mewujudkan kabilah yang taksub kepada kumpulan tertentu.

“Apatah lagi jika ada yang merasakan mereka lebih Islam daripada orang lain tapi kumpulan itu jugalah yang gunakan ayat al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias mengikut selera tersendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Batu 8, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, orang ramai harus menjadikan Ramadan kali ini sebagai iktibar untuk menginsafi segala kemelut politik yang telah berlaku.

“Kita lupakan segala perbezaan warna politik, itu kita harus singkirkan kerana yang penting adalah penyatuan ummah, penyatuan pemikiran serta hati nurani yang akhirnya menjadi penyatuan amal,” ujarnya.

Ahmad Zahid menambah, program yang dianjurkan kementeriannya hari ini boleh dijadikan teladan apabila ia kali pertama dihadiri oleh beberapa rakan dalam komponen parti politik, Pakatan Harapan (PH).

“Di dalam usaha menjalin erat Kerajaan Perpaduan yang wujud hari ini, buat pertama kali rakan daripada parti di dalam PH bersama kita dalam majlis ini.

“Jalinan erat ini di antara kita semua diharap dapat mewujudkan satu keserasian yang dapat merungkaikan rasa kecurigaan dalam kalangan kita,” ujasnya.

Ahmad Zahid berharap semua pihak dalam Kerajaan Madani dapat mengeratkan hubungan agar kerjasama yang terjalin lebih kukuh.

Katanya, usaha itu penting bagi memastikan pentadbiran negara dapat bergerak dengan lancar sekali gus masalah rakyat dapat diselesaikan. – 

KAH KAH KAH

INI LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

PENCURI NAK

AJAR ISLAM

KAH KAH KAH

BERAT

RAKYAT TAK CAYA

AMIN

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau lihat zaman jahiliyyah sikap asabiyah arab begitu kuat, ada suku ada sakat ada bangsawan ada koprat ada agamawan semua ada lah sebelum Isle, tetapi apabila Isle masuk semua ini sudah disamatarafkan kah kah kah tetapi kembali sikap asabiyah ini semula, siapa buat, siapa tanggungjawab? Kah kah kah adakah Yahudi buat atau DAP buat? Saja tanya jangan marah-marah, siapa cakap terus terang siapa pengacau keamanan dunia, siapa nak bentuk asabiyah ini cuba beritahu terus terang kah kah kah kalau tak berani baik diam terus ia kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kalau lihat zaman jahiliyyah sikap asabiyah arab begitu kuat, ada suku ada sakat ada bangsawan ada koprat ada agamawan semua ada lah sebelum Isle, tetapi apabila Isle masuk semua ini sudah disamatarafkan kah kah kah tetapi kembali sikap asabiyah ini semula, siapa buat, siapa tanggungjawab? Kah kah kah adakah Yahudi buat atau DAP buat? Saja tanya jangan marah-marah, siapa cakap terus terang siapa pengacau keamanan dunia, siapa nak bentuk asabiyah ini cuba beritahu terus terang kah kah kah kalau tak berani baik diam terus ia kah kah kah

panglimo potaseh berkata...

Jgn momain dengan Zahid Totok ni ooi .. dio pandai ugamo .. gagap gagap dio pun, dio boley corita ugama dalam bahasa Arab .. dio tau seleweng ugama satu anchamang, tapi kok sakau duit rakyat okey ..

Raja Kumbang berkata...

Dah jadi TPM pun bodoh tak habis. Kalau dah program kerajaan mestilah wakil dari PH akan hadir. Ini bukan program BN yang dah kalah dalam PRU.