Sabtu, 15 April 2023

HAPUSKAN SOSMA SEKARANG !!!



Bekas tahanan Sosma masih trauma

TUJUH tahun selepas ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), bekas pegawai polis Mustaza Abdul Rahman masih trauma dengan keseluruhan episod itu.

Bekas mekanik yang bertugas di balai polis daerah Sungai Petani itu berusia 29 tahun ketika anggota polis dari Bahagian Anti Pengganas (E8) menyerbu tempat kerjanya pada 2016.

Berbekalkan senapang separa automatik dan balaclava, Mustaza ditekan ke bawah dan tidak diberi peluang untuk mempersoalkan penahanannya itu. Semasa digari, pegawai memberitahu beliau ditangkap kerana menyokong kumpulan militan Daesh.

“Pada masa ini, seminggu sebelum Hari Raya 2016. Saya berada di balai polis Sungai Petani, membetulkan bateri van polis ketika diserang hendap. Saya menggigil apabila mereka menerkam, tertanya-tanya apa yang saya buat, apa yang saya buat.”


“Sarjan yang bersama saya semasa penahanan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya dan seperti saya, beliau juga terkejut. Unit E8 bersenjata lengkap. Ia bukan serangan hendap biasa. Seolah-olah saya ketua daripada sindiket dadah.

“Saya dimaklumkan ditahan kerana didakwa menjadi sebahagian daripada Daesh,” kata Mustaza kepada The Malaysian Insight baru-baru ini, kira-kira sebulan selepas dibebaskan.

Mustaza didakwa secara sedar memberi sokongan kepada aktiviti keganasan melibatkan penggunaan bahan letupan dengan niat untuk meneruskan ideologi. 

Beliau juga didakwa tahu mengenai kesalahan berkaitan keganasan tetapi tidak menyerahkan maklumat tersebut kepada pihak atasan apabila diwajibkan berbuat demikian oleh undang-undang dan memberi sokongan kepada Daesh dengan berikrar setia melalui aplikasi Telegram dalam sembang kumpulan bernama “Gagak Hitam “.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun selepas rayuannya di Mahkamah Persekutuan ditolak. Pada 1 Mac 2023 Mustaza dibebaskan.

Mustaza yang kini berusia 36 tahu dan bapa tunggal, menghadapi kesukaran untuk menggambarkan penahanannya di bawah Sosma.

Abangnya, Mahathir yang hadir semasa wawancara memberitahu The Malaysian Insight, Mustaza bukan orang yang sama seperti sebelum ditangkap.

“Saya tidak dapat bayangkan apa yang beiau lalui. Selepas ditahan, polis menyerbu rumah dan menggeledah untuk mencari bukti. Akhirnya menggunakan bingkai Arab yang boleh anda boleh beli di mana-mana kedai sebagai bukti beliau menyokong Daesh.

“Beliau pada mulanya ditahan selama 28 hari dan dalam tempoh itu, kami tidak dapat menghubunginya.

“Jika 28 hari itu tidak mencukupi, beliau terus ditahan selama tujuh bulan lagi kerana mereka tidak dapat mencari bukti kukuh untuk mendakwanya. Hanya pada lawatan keempatnya ke mahkamah barulah beliau didakwa berikrar taat setia kepada Daesh,” kata Mahathir.

Sosma digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Ia diperkenalkan oleh perdana menteri ketika itu Najib Razak dan diwartakan pada 22 Jun 2012.

Undang-undang itu diwujudkan di bawah artikel 149 Perlembagaan Persekutuan untuk meningkatkan keselamatan dalam negeri, termasuk mencegah perbuatan keganasan, sabotaj dan pengintipan.

Tiga tahanan Sosma pertama ialah Yazid Sufaat, Halimah Hussein dan Mohd Hilmi Hasim atas dakwaan keganasan pada 2013.

Subseksyen 4(5) Sosma memberi kuasa kepada polis untuk menahan seseorang yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan bagi tempoh tidak melebihi 28 hari untuk siasatan.

Diseksa di bawah Sosma

Mustaza pada mulanya keberatan untuk bercerita mengenai tempoh yang dihabiskan dalam tahanan kerana ia hanya akan mengimbau kembali babak gelap dalam hidupnya. Perlahan-lahan beliau mula bersuara.

“Kadang-kadang pada waktu malam, saya akan bangun dalam ketakutan. Saya masih dapat merasakan suasana di mana ketika disimpan di dalam bilik gelap tanpa tingkap dan penghawa dingin dipasang kuat.

“Tiada selimut, tiada tilam, hanya kau, seorang diri. Sejuk sangat, kau tak boleh tahan sejuk. Beberapa malam semasa penahanan saya, mereka akan bawa kau keluar dari bilik dalam keadaan telanjang. Mata saya ditutup.

“Sepanjang masa mereka sentiasa memberitahu yang saya adalah sebahagian daripada Daesh dan saya berikrar setia kepada mereka. Mereka cuba ‘brainwash’ saya. Saya ditumbuk di perut dan menanggung pelbagai jenis penyeksaan,” katanya.

Mustaza mengakui beliau kini perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan persekitaran baharunya.

Mustaza juga menantikan hari raya yang bakal tiba, selepas tujuh tahun tidak dapat berjumpa keluarga.

“Saya teruja untuk berterus-terang, tetapi saya juga berhati-hati. Saya cuba bersikap sederhana dalam setiap aspek. Saya menyesuaikan diri, terima kasih kepada keluarga. Saya fikir saya melakukannya dengan baik selepas dibebaskan.

“Sebenarnya, saya masih tidak percaya sudah keluar dari penjara. Saya dipenjarakan kerana sesuatu yang tidak saya lakukan dan keluar dari penjara adalah sesuatu yang nyata,” tambahnya.

Mustaza dan Mahathir bersetuju kerajaan mesti melupuskan Sosma - undang-undang yang mereka berdua sifatkan sebagai drakonian.

“Jika Sosma adalah undang-undang mencegah jenayah, terutamanya keganasan, undang-undang itu sepatutnya mengubah seseorang ‘buruk’ kepada ‘baik’ tetapi sebaliknya, anda mengubah seseorang yang ‘baik’ menjadi ‘buruk’,” kata Mahathir.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini berkata kerajaan tidak akan mengkaji semula Sosma. Senator itu berkata undang-undang itu boleh dikaji semula pada masa depan tetapi bukan sekarang.

“Pendirian saya ialah undang-undang adalah dinamik dan tidak statik, dan kita mempunyai Parlimen untuk menggubal dan meminda undang-undang.

“Kita perlu bertindak balas terhadap situasi itu dari semasa ke semasa. Dan patutkah ia dipinda sekarang? Tidak. Ini prinsip dan pendirian saya pada masa ini,” kata menteri itu.

Pada masa ini terdapat 22 tahanan Sosma yang ditahan di penjara dan kesemua 22 itu dikaitkan dengan kumpulan Daesh. 

Seramai 17 ditahan di penjara Tapah manakala lima lagi berada di Kamunting. – 15 April, 2023.

AKU FAHAM

PERASAAN INI

AMIN

MANA SEDIH

MATA MEMBACA

BERAT LAGI

BAHU MEMIKUL

AMIN

HAPUSKAN SOSMA

SEKARANG !!!

KHALAS

Tiada ulasan: