Sabtu, 15 April 2023

SELAMT KEMBALI BERSAMA KELUARGA


Semuanya kerana hantaran di Telegram, kata bekas tahanan Sosma

HANYA kerana satu hantaran “tidak berbahaya” dalam kumpulan Telegram beliau dipenjarakan hampir 10 tahun kerana didakwa menyokong kumpulan pengganas Daesh, kata Mustaza Abdul Rahman.

Bekas mekanik polis itu memberitahu The Malaysian Insight, beliau menyertai kumpulan Telegram “gagak hitam” yang kemudian dinamakan semula sebagai “Amanah vs PAS”.

Kumpulan itu katanya membincangkan pelbagai topik, merangkumi agama dan politik hinggalah peperangan di Syria.

“Pernah saya ulas topik mengenai pengeboman sebuah pub di Petaling Jaya. Saya kata kalau sayalah penyerang, saya akan bom rumah pemilik kasino, bukannya pub.

“Saya cuma kata itu saja, tiada niat apa-apa. Ia sekadar perbualan biasa dalam kumpulan Telegram. Kemudian saya ditahan polis antikeganasan dan dituduh menyokong kumpulan pengganas. 

“Saya juga dituduh telah berikrar taat setia kepada kumpulan Daesh sedangkan saya tidak pernah buat sepanjang hidup. Malah semasa perbicaraan di mahkamah pakar forensik tidak menemui sebarang bukti daripada telefom bimbit saya yang menunjukkan saya menyokong Daesh,” katanya.

Mustaza, 36, pada mulanya ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Menurut Mustaza, sepanjang 28 hari pertama ditahan di sebuah lokasi yang tidak diketahui. Kemudian beliau dipindahkan ke Penjara Kajang untuk beberapa hari sebelum dihantar ke Penjara Sungai Buloh. 

Selepas setahun di Penjara Sungai Buloh, dihantar pula ke Penjara Tapah di mana beliau menjalani hukuman penjara selama 10 tahun, kata Mustaza.

Keputusan perit

Hukuman penjara, tiada bukti kukuh dan seksa yang ditanggung sebagai tahanan Sosma tidak setanding derita kehilangan isteri.

Selepas hilang pekerjaan, Mustaza terpaksa pula menceraikan isterinya.

Menurut abangnya, Mahathir, bekas isteri Mustaza mulanya mendapat tawaran kerja di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi diteliti semula oleh agensi itu selepas mendapat tahu suaminya merupakan tahanan Sosma.

“Oleh kerana tiada pilihan, Mustaza terpaksa ceraikan isterinya semasa dia dalam penjara. Kerana bimbangkan keselamatan diri, bekas adik ipar saya tolak tawaran kerja di SPRM dan sekarang dia bekerja sebagai guru di Sarawak.

“Mustaza dituduh secara tidak adil dan dianiaya,” kata Mahathir.

Sebulan selepas dibebaskan dari penjara, Mustaza berusaha untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu.

Bersama seorang rakan, beliau kini menjual mangga yang diimport dari Thailand termasuk baka tempatan “Harum Manis” dari Perlis.

“Dulu saya ada kereta, berniaga kecil-kecilan dengan isteri dan dikurniakan seorang anak.

“Kereta terpaksa dijual semasa saya dalam penjara, sementara isteri terpaksa cari kerja untuk sara diri dan anak kami. Bila dia dapat kerja stabil, begini pula kami diuji (bercerai).

“Perlahan-lahan saya bangkit semula. Saya berdoa masa depan saya akan lebih baik dan berharap dapat bersama semula dengan bekas isteri,” kata Mustaza. – 15 April 2023. 


SELAMAT

KEMBALI BERSAMA

SANAK SUDARA

AMIN

SELAMAT BERHARI

RAYA

DALAM DUNIA

MERDEKA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: