Jumaat, 5 Julai 2024

BIDEN TAK MAHU TARIK DIRI



Presiden Biden tidak akan tarik diri

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden `sama sekali' tidak akan menarik diri dari saingan ke Rumah Putih, meskipun menerima tekanan selepas prestasi buruk dalam sesi debat berdepan seterunya, Donald Trump, menurut jurucakapnya semalam.

Kebimbangan kini melanda Parti Demokrat selepas debat minggu lalu dan desas desus dalaman mengenai calon pengganti Biden sebelum pilihan raya pada November ini semakin bertiup kencang.

Perkembangan itu diperkukuhkan kan lagi apabila keputusan kaji selidik menunjukkan Trump kini semakin ke depan.

The New York Times dan CNN melaporkan Biden, 81, mengakui kepada sekutu penting, usahanya untuk dipilih semula akan terancam sekiranya gagal meyakinkan orang ramai dia masih mampu melaksanakan tugasnya.

Jurucakap Rumah Putih, Karine Jean-Pierre menolak laporan itu dan menegaskan Biden `sama sekali' tidak berniat menarik diri sebagai calon Parti Demokrat.

"Presiden secara jelas akan kekal dalam saingan (pilihan raya presiden)," katanya kepada pemberita.

Biden mengakui kepada kakitangannya ketika kempen dan parti bahawa jawapan yang diberikan ketika debat itu tidak jelas serta tidak fokus terhadap Trump sekaligus merosakkan prestasinya.

"Biar saya katakan ini secara jelas dan semampunya, yang saya boleh - semudah dan secaraterus terang yang saya boleh: Saya sedang bertanding...tiada siapa yang menolak saya keluar.

"Saya tidak akan pergi. Saya berada dalam persaingan ini hingga akhir dan kami akan menang," kata veteran Demokrat itu, menurut Politico.

Pasukan kempen Biden kini berusaha keras untuk meyakinkan pengundi Demokrat bahawa prestasi buruk presiden terhadap Trump adalah sekali sahaja dan bukan pukulan yang mematikan harapannya untuk penggal kedua.

Namun, beberapa tokoh parti menyuarakan kehairanan mereka terhadap apa yang mereka lihat sebagai alasan dari presiden dan pembantunya.

Di Kongres, ahli undang-undang melihat prospek Demokrat untuk mengambil alih Dewan Perwakilan, mengekalkan Senat dan kembali ke Rumah Putih semakin pudar.

Kebimbangan itu bertambah apabila kaji selidik New York Times selepas debat, menunjukkan Trump mendahului dengan perbezaan terbesar pernah direkodkan iaitu 49 peratus berbanding 43 peratus sebelumnya berkemungkinan akan mengundi.

Enam hari selepas debat, Biden baru dilihat menyelesaikan siri panggilan dengan pemimpin kongres Demokrat. Malah kakitangan menyuarakan kehairanan terhadap kelewatan dalam usaha program jangkauan mereka.- AFP

RAMAI RAMAI

SOKONG BIDEN

JANGAN BERI DIA

TARIK DIRI

AMIN

INI MEMASTIKAN

TRUMP MENANG

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ramai2 terima peruntukan madanon Madani undi rahsia, kahkahkah